Sunday, January 27, 2019

Di JAJAH!

          Mengikut sejarah, Siam suatu masa dahulu merupakan satu kuasa yang kuat di Nusantara kerana mereka mempunyai kapal yang banyak dan dilengkapi dengan senjata serta prajurit yang terlatih. Kehebatan mereka ini menjadi ancaman bagi negara-negara jirannya termasuklah Tanah Melayu ketika itu.

          Jika ingin diceritakan tentang sejarah silam, maka akan tenggelamlah kisah makanan mereka! Jom tukar topik!

          Kami berlapan berlepas dari KLSentral menaiki ETS ke Padang Besar. Perjalanan mengambil masa 5jam 30 minit. Keadaan di dalam keretapi sangat selesa dan bersih. Untuk jangkamasa perjalanan yang tidak berapa lama, sempat juga kami lelapkan sekejap mata membuat kelat.




          Tiba di padang Besar, ami menunaikan solat Subuh di Setesen Keretapi dan diikuti dengan ssarapn pagi di satu-satunya kafe yang ada iaitu Cafe Nasir.  Sambil menunggu keretapi antik Siam dari Padang Besar menuju destinasi, kami duduk bersembang. Hilang sikit rasa mengantuk.

          Ada dua pilihan untuk ke seberang iaitu dengan menaiki keretapi antik Siam yang tidak ada penghawa dingin tapi ada kipas dengan membayar THB50/RM6.00 atau menaiki van dengan membayar THB200/RM20.00. Bezanya antara dua ini ialah:

Keretapi: 
Tambang murah, Immigresen Malaysia dan Siam di bangunan yang sama, lapang, tepat masa....10 pagi dan 3 petang.

Van sewa:
Tambang mahal, erlu berjalan jarak yang jauh dengan mengheret beg untuk cop passport dan di bangunan yang berasingan, sempit, tidak ikut masa tapi ikut penuh kereta.

Pengalaman menaiki keretapi antik amat melucukan. Sekiranya jumlah penumpangnya ramai khasnya pada hujung minggu atau percutian, maka kita mesti ikut nombor tempat duduk yang tertulis atas tiket TETAPI sekiranya kita pergi semasa pertengahan minggu dan bukan musim percutian maka kita bebas duduk dimana saja kita suka. Tempat duduknya tidak seperti ETS yang boleh di baringkan tetapi ibarat bersandarkan badan di sekeping papan. Tegak. Tingkapnya pula seperti tingkap bas zaman dahulu yang boleh diturun naikkan. Tapi kipas angin disediakan dan digantungkan di atas silingnya. Perjalanan ke destinasi ialah 45minit sahaja.
Keadaan dalam keretapi antik Siam dari Padang Besar
ke Hatyai,

          Kebanyakan hotel dan rumah tumpangan dibina berdekatan dengan Setesen Keretapi Hatyai. Kami mengidap di Regency Hotel. Hotel lama tetapi biliknya luas dan yang paling penting harganya murah. Selalunya saya menempah bilik hotel melaui AGODA atau Booking.com saja kerana dipaparan mereka terdapat banyak pilihan hotel serta disebut harga. Jadi kuasa memilih di tangan kita. Kedudukan hotel juga diberikan dalam Google Maps dan untuk pengetahuan kita di kota Hatyai sahaja ada terdapat 3,000 buah hotel dan rumah tumpangan! Pilih sajalah!

Setesen Keretapi Hatyai. Hotel kami anya 500m dari sini.
Jalan kaki saja.
          Tujuan ke Hatyai bagi kebanyakan pengunjung ialah untuk makan dan urut. Untuk membeli-belah agak kurang berbanding dengan Bangkok tapi kalau dicari...ada saja!

Terdapat beberapa tempat Makanan HALAL yang sering popular di kalangan pengunjung dari negara kita.....

1. Kai Tod Decha

 Image result for Kai Tod Decha Food

2. Restoren Salma

 


3. Restoren Hamid


4. Chabura Dim Sum

 

5. Khlong Hae Seafood Steamboat & BBQ

 

6. Kelantan Restaurant
 

7. Hatyai Street Food

  


8. Tamrab Muslim Restaurant
 

          Restoren Halal terdapat dengan banyak sekali di kota ini. Yang perlu kita titikberatkan ialah dari segi kehalalannya dan kebersihan premis. Tetapi, apa yang dipamirkan adalah yang baik. Bagi sebuah kota yang tidak putus dikunjungi pelabcong dari Asia mahuun negara-negara lain, tahap kebersihan mereka amat memuaskan. Bayangkan dari petang hingga ke larut malam warung-warung di te[o jalan tidak akan meninggalkan barang sedikitpun kekotoran atau sampah ditapak mereka dan segalanya kelihatan amat bersih pada waktu siang esok harinya. ini kita kena belajar...bagaimanakah mereka mendidik rakyat mereka untuk menanam disiplin sebegitu... apa salahnya meniru benda yang baik?



Selain dari  tempat makan yang disenaraikan mengikut pengalaman peribadi, terdapat banyak lahi tempat-tempat lain seperti di Khlong Hae Floating Market, ASEANA Night Market dan banyak lagi. Yang penting apabila melihat tanda HALAL dipamerkan, hati kita sudah 50% lega. Saya yakin dengan mereka kerana undang-undang dan peraturan mereka dari segi penyediaan dan penjualan makanan adalah sangat ketat dan sekiranya dilanggar, maka gelaplah masa hadapan mereka. Lagipun, selatan Siam mempunyai penduduk yang seagama kita dan masih terdapat satu dua generasi yang fasih berbahasa Melayu telor Kelantan.

Khlong Hae Floating Market.

          Oleh kerana kami berlapan dan jarak pergerakan kami adalah di sekitar radius yang terhad maka kami bergerak menggunak Tuk-tuk. Sekali perjalanan selalunya dalam lingkungan THB20 seorang sahaja. Sekiranya kita hendak ke tempat makan di sekitar Khlong Hae, seeloknua tempat satu Tuk-tuk danbayar sekitar THB500 dan THB600 untuk satu kenderaan pergi dan balik. Jangan bayar dulu dan pemandu akan menanti kita di situ.jangan lupa ambil gambar pemandu dan nombor kenderaan. untuk keselamatan saja. bila pulang dan sampai di penginapan, barulah boleh langsaikan tambang kita tu.

Kenderaan rasmi kami...Tuk-tuk.
     Ada terdapat beberapa gedung membeli belah di Hatyai. Antaranya ialah  Central Festival Mall, Plaza Shopping Mall, ASEANA Night Market dan di sekeliling hotel ada juga jualan pelbagai barangan dari pakaian hingga ke mainan kanak-kanak, ubat-ubatan tradisonal Siam, hiasan dan sebagainya...tepi jalan aje atau pun di kedai-kedai kecil. untuk tujuan membeli belah, sedian RM500. - RM1,000.00 sudah memadai tetapi selera masing-masig adalah berbeza. Kalau teringin barangan berjenama, ke Robinson, Mark & Spenser danlain-lain lagi. Pilih saja dan bayar. Kalau bernasib baik kebetulan ada jualan murah....lagilah berbaloi membeli di sana.


          Jangan lupa ke awasan pasar mereka di Clock Tower. Di sana terdapat pelbagai jenis benda yang di jual. Tetapi yang menarik hati ialah barangan keluaran tempatan mereka iaitu ZEBRA yang terkenal dengan periuk belanga dan perkakas dapur yang diperbuat dari besi keluli. Murah dan banyak pilihan dengan bentuk terkini. Pisau pun ada dijual tetapi kita tidak dibenarkan membawa pulang kerana iaadalah antara barang terlarang. Mangkuk tingkat pelbagai rupa pun ada dijual dalam bentuk dan saiz yang berlainan. Memang akan berpinarlah mata kita bila melihat pilihan barang dapur mereka. Kalau naik kereta sendiri bolehlah beli tapi kalau naik keretapi, berkira-kiralah dulu.....kena fikir ak menjinjitnya nanti.

Menikmati pemandangan tenggelamnya Sang Suria dari
bilik hotel.
          Sangkaan kita yang Siam gagal menakluk kita setelah adalah salah. Mereka sudah menjajah otak kita dan tekak kita. Sekali merasa makanan mereka (bagi yang sukalah), pasti akan  ulangi dan sentiasa merindui. Mengurut pulak punyalah murah.Satu badan diurut baru THB250! Buruh mereka murah dan terdiri daripada orang tempatan.......masing-masing serius dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas dan tanggungjawab dan saling menghurmati sesama mereka. Kerja yang berat duilakukan bersama. Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing.

          Sebab itulah kita digalakkan bermusafir. Lihat kebesaran Allah. Banyak jalan,luas pemandangan, banyak pandangan. Pulang dengan membawa pengalaman dan pengetahuan. Pemusafiran sebenarnya memberi kita ketenangan dan dapat menambah kenalan baru....... pergilah berjalan.....barulah boleh faham nilai diri kita sendiri dan jangan lupa bersyukur kepada Allah atas rezeki ini. Alhamdulillah.