Hari berganti minggu,
Minggu berganti bulan,
Bulan berganti tahun....
Ramadhan memberi salam,
membawa keberkatan,
membawa ketenangan....
Tahun ini amat berlainan,
Allah menurunkan sedikit ujian
untuk umat keseluruhannya
siapa pun kita,
di mana pun kita,
ujiannya sama..
COVID19 diberi nama
bermula di Wuhan, China
menebar dan menyinggah ke seluruh dunia
hingga kini tiada penawarnya..
terkurunglah semua,
kurang pergerakan,
ibarat burung di dalam sangkar...
walau sangkar rotan,
walau sangkar emas,
walau sangkar rotan,
walau sangkar emas,
nampak di luar tetapi tidak mampu keluar..
rupanya Allah mengingatkan manusia
Allah ingatkan amanah dan
tanggungjawab kita
untuk kembali ke yang sepatutnya
bersama anak, isteri dan keluarga
melakukan segala bersama
dan bukan menggila berkerja...
Ramadhan ini...
ikatan keluarga menjadi erat
mengaji Al Quran bersama
berterawwikh bersama
bersahur dan berbuka bersama
dan
berjemaah lima waktu bersama
membimbing anak dengan ilmu
bertapa Allah menyayangi kita...
perasankah kita?
setiap musibah pasti ada hikmahnya.
Ramadhan ini pasti dikenangi
kerana keistimewaannya...
Alhamdulillah