Words will control us once used. Always be aware and careful with what you said.
Thursday, July 30, 2009
Rehat tapi teringat...
Dah lama kami diberitahu. Along dan suami akan menunggang motorsikal berkuasa tinggi mereka ke Krabi, Thailand. Memberitahu bukan untuk meminta persetujuan kami sebagai ibubapa tapi as formality....like people always say, "I'm not asking you , I'm telling you!'
'
Kami akur dengan kehendak mereka kerana kami dulu pun muda dan pernah melalui situasi sebegini. Asal rancangan mereka ialah mereka sekeluarga bertolak ke Alor Star bersama tapi menaiki kenderaan berasingan iaitu A'sim tunggang motorsikalnya dan Along memandu Hilux bersama A'mmar beriringan dengan 6 buah motorsikal yang lain. Risau juga memikirkannya kerana jika A'mmar menangis nanti, siapa yang boleh melayan dia? Kami diamkan sahaja kerana biarlah mereka membuat rancangan dan keputusan sendiri....itu adalah langkah kearah kedewasaan.
Tiga hari sebelum bertolak ke Alor Setar, Along menyatakan bahawa dia dan A'mmar akan menaiki kapal terbang pulak. Deep inside our heart we agreed and suggested that she take Firefly. Harganya labih murah dan bertolak dari Terminal 3 Subang Airport! Selesai masalah susah hati kami serta mudah kerja kami. Tak payah terburu-buru ke KLIA atau LCCT yang jauh tu..Tapi demi anak dan cucu, apa saja......
Petang semalam, kami menghantar anak dan cucu kami ke Subang Airport. Beratnya hati nak lepaskan si kecil tu. Maklumlah, hari-hari dari pagi hingga petang dan kadang-kadang sampai lewat malam, A'mmar akan bersama kami. Yang paling merinduinya ialah Atoknyalah sebab setiap hari mandi bersama dalam bath tub.
Cucu itu adalah penwar segala penyakit hati dan perasaan. Mana taknya, bila hati sedang marah, pandang wajah cucu yang tersenyum dengan lidahnya yang tersentil, hati langsung cair! Hilang marah dan susah hati dibuatnya. Hai cucu, bertapa kami merinduimu.
Tapi kami pasrah. Elok juga si A'mmar tu balik Alor Setar. Dapatlah Tok Wan dan Mama Tok serta saudara mara dia berpeluang menjaga A'mmar yang memang terkenal sebagai seorang bayi yang sangat peramah dan mudah di jaga oleh sesiapa pun....Alhamdulillah. A'mmar is lucky to have so many people who love and adore him very much. Aku berdoa agar A'mmar akan terus membesar dengan penuh keceriaan dan penuh dengan kasih sayang serta berdisiplin. May he grow up to be a happy, healthy and successful man dalam hal-hal duniawi dan akhirat.... Insyaallah.
Ketika ini, Along dan A'sim pasti sudah sampai ke destinasi. Semoga mereka selamat dan berbahagia bersama. It will be another honeymoon for them. Jangan balik nanti A'mmar bakal dapat adiklah pulak....hahahahha...Whatever, itu adalah milik mereka.
Walaupun Oma dan Atok dapat berehat semasa A'mmar balik kampung ni tapi kami tetap teringatkan dia. Looking forward for Sunday night to hold A'mmar back in our arms.....miss you so little one!!
Subscribe to:
Posts (Atom)