Kali pertama ke Dewan Philharmonic KLCC adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan penuh dengan tandatanya. Ke mana arah tujuan, kami ikut saja haluan. Alhamdulillah sempat sampai jam 8.23 malam. Kami terus masuk ke dalam dewan dan menuju tempat duduk. Terima kasih kepada Mumu yang telah memberi kami tempat duduk yang sangat baik(N20 dan N21.....lain kali bagi kami yang sama juga ya!)....paling hujung dan tiada orang di hadapan kami.
Tepat jam 8.30, persembahan dimulakan. Keluarlah Ramli Sarip dan disambut dengan sorakan dan tepukan yang gmuruh dari semua penonton. Beliau memulakan persembahan dengan beberapa buah lagu hitsnya. Setiap kali lepas menyanyi, penonton bersorak lagi. Penonton yang mula duduk dengan penuh bergaya akhirnya tidak tertahan lagi . Bermula dengan gerakan tangan dan kemudian anggukan kepala dan akhirnya kaki pun bergoyang.
Aku boleh ketakan yang setiap kali menyanyi, Ramli Sarip menghayati sertiap bait dan patah perkataan dengan sepenuh jiwanya. Aku merasakan seolah-olah beliau sedang bercerita denganku, Walaupun lagu Rock tetapi ia berkisarkan jiwa dan ketuhanan. Sekali imbas, kita akan menyangka yang penyanyi itu seorang ganas tetapi sebenarnya dia adalah manusia yang berjiwa halus, lucu dan bersahaja. Ada beberapa kali beliau menceritakan tentang zaman silamnya dan ketahuilah bahawa ada kalanya tidak tidur sehingga awal pagi untuk menyiapkan sebuah lagu. Contohnya lagu Ku Di halaman Rindu untuk Kumpulan Sweet Charity yang mana Ramli Sarip adalah merupakan ahli kumpulan tersebut.
Penyanyi undangan beliau ialah Misya Omar. Telingku sudah biasa dengan nyanyian duet Ramli Sarip dengan Datuk Khatijah Ibrahim. Jadi aku dapati suara Misya tidak ngam dengan suara serak Ramli . Namun apabila Misya membawa lagu Istilah Bercinta , jiwaku tersentuh. Aku lebih kurang tahu akan kisah tragis dalam pembikinan lagu tersebut. Memang aku sedih membayangkan cerita disebalik lagu tersebut. Tahniah aku ucapkan.
Ramli Sarip meneruskan persembahan demi persembahan dan setiap lagu nyanyiannya akan diiringi oleh peminatnya dengan penuh perasaan. Ada kalnya disuruh pemuzik memperlahankan muzik supaya suara penonton akan le bih jelas lagi. Aku kagum dengan persembahan Ramli malam itu kerana beliau hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja. Jiwanya sangat sensitif kepada bahasa bangsanya sendiri. Sungguh mendalam kasihnya kepada bahasa Melayu. Aku mesti tabik spring pada Ramli bila aku jumpanya nanti. Sebenarnya, beliau adalah teman keluargaku. Sudah lama kami mengenali beliau dan kami bertambah rapat apabila beliau membuat persembahan semasa hari persandingan anak sulong kami Hana dan Asim. itu adalah kenangan yang tidak mungkin kami boleh lupakan. Kami sekeluarga menyanyi lagu Nyanyian Serambi bersama beliau ketika itu! Kini Hana sudah pun menjadi seorang ibu kepada A'mmar(18 bulan) dan penyanyi tersebut membahasakan dirinya sebagai Tok Mok kepada cucuku!
Sepatutnya jangkamasa persembahan ialah selama 2 jam tetapi sebagai seorang penghibur yang menghormati peminatnya,beliau lanjutkan sehingga 2jam setengah! Bila aku lihat disekeliling, aku dapati penonton yang hadir terdiri dari pelbagai bangsa dan umur!
Di penghujung persembahan, antara lagu yang menjadi kegilaan ramai ialah Doa buat kekasih, Kamalia dan Teratai. Gamat dewan dengan ikutan nyanyian persembahan penyanyi tersebut.
Ramai rakan artis yang hadir pada malam itu dan semua kelihatan seronok. Yang aku perasan ialah Datuk Sharifah Aini, Adibah Nor dan ramai lagi. Komposer Ramli MS juga dikatakan ada. Sememangnya Ramli Sarip tidak pernah menghampakan dalam memberi persembahan yang baik. Kami berlagak sealah-olah tidak pernah cukup dengan persembahan beliau. Sungguh menghiburkan! Dalam usia 58tahun, aku kira Ramli Sarip memang seorang penghibur yang hebat dan bagiku tiada lain yang sepertinya. Beliau mempunyai stamina untuk membuat persembahan terus menerus sepanjang masa .Beliau adalah dalam kelas yang tersendiri. Beliau tidak perlu penari latar atau penyanyi jemputan yang ramai. Yang jelas ialah keikhlasan beliau meyampaikan mesej dakwah melalui lagu-lagu dendangannya dengan sepenuh hati menjiwainya dan bersuara serak-serak basahnya yang sungguh unik.
Tahniah yang tidak terhingga kepada Ramli Sarip atas kejayaannya. Bagiku kau Masih Hebat dan Tetap Menggigit!!
Istilah Bercinta
Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan
Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan
Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu
Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan
Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan
Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan
Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu
Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban