Selesai makan, masing-masing dengan agenda masing-masing. Ada yang terus naik ke Air Terjun Temir dan mandi berendam di sana.
Ada yang dibawa CDS ke kebun durian dan mengenali pokok-pokok herba yang ditanam di sana. Antarannya Pokok Tongkat Ali, Mahkota Dewa dan lain-lain lagi. Penerangan yang diberi oleh CDS amat menterujakan.
|
Baru kenal Pokok Tongkat Ali |
Ada yang belum puas berendam di Lata Temir. Alasan yang diberi ialah cucu nak berenang, walhalnya atok dan nenek yang lebih.....Tapi ALhamdulillah, LTER amat perihattin. Keluarga Dato Fauzi dibawa ke Latar Temir.
|
Comelkannnn,,,,,,kenderaan rasmi LTER! |
Ada yang duduk bersembang di ruang makan sambil menikmati alam semula jadi.
|
Menikmati masakan Chef Hajjah Wan Remlah. |
|
Tempat terbaik untuk lepak bersama adik beradik. |
|
Jumpa duriannn....seronoknya.....budak budak pun hairan dibuatnya! hahahhha |
Setelah selesai menjalankan aktiviti masing-masing, setiap orang bersiap sedia untuk makan tengahari dan pulang. Tetapi sebelum itu, masing-masing mengambil durian-durian yang telah ditempah lebih awal untuk sibawa pulang. Ada yang beli sebiji-sebiji dan ada yang beli durian yang telah dikotakkan. Apapun, rasanya tetap rasa durian! Baunya pun bau durian!hahhahahhha.
|
Orang yang nak makan durian ni tak dapat datang tapi isterinya membawa pulang untuknya...... |
Percutian hujung minggu bersama jiran dan keluarga amat menyeronokkan. Aktivit seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan keluarga malah mrngeratkan juga ukwah sesama jiran. Ini amat penting dalam kehidupan kita khasnya apabila saudara-mara kita tinggal berjauhan. Jiranlah segalanya.
Segala perancagan percutian ini berjalan dengan baik. Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak aktiviti kekeluargaan dan kejiranan yang sebegini di masa hadapan. Otak sedang memikirkan lokasinya! Ada cadangan?