15 Disember 1984...
Setelah seminggu bercuti, suamiku mula bekerja semula.
Sedang dia bermesyuarat, tiba-tiba air ketubanku pecah. Nasib baik ketika itu kedua Almarhumah Mak dan Allahyarham Abah ada. Bergegas suamiku pulang dan membawa aku ke Hospital Asunta. Nasib baik lalu lintas tidak sesak seperti sekarang. Ketika itu kami tinggal di Gombak!
Tiba masa, lahirlah anak sulong kami Siti Nurhana. Melihat wajahnya buat kali pertama , menitiskan air mata kesyukuran. Sempurna kelahirannya, sihat tubuhnya. Alhamdulillah.
Hari ini, aku mengenang kembali saat-saat melahirkannya. Kesakitan langsung terlupa bila mendengar tangisan pertamanya. Nyaring suaranya......
Hari ini, Along berusia 34 tahun. Dia kini sudah bersuami dan berank 3. Aku bersyukur kerana kebahagiaannya disamping keluarga tercinta.
Aku berdoa semoga anakku ini mempu menjadi ibu yang jauh lebih baik dariku kerana aku tahu dia seorang yang sangat penyayang , tegas lagi bijaksana.
Semoga Allah mengurniakannya dengan kesihatan yang baik dan semoga memeliharanya dari segala keburukan di dunia dan akhirat.
Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kelahiranmu yang ke 34 wahai anakku.