Sunday, October 14, 2012

Peperangan Hunain dan pengajarannya.



Jaaranah



Firman Allah dalam ayat 25  dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud : 


Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir. 



  Peperangan Hunain berlaku selepas kejayaan Rasulullah s.a.w dalam Pembukaan Kota Mekah di mana baginda terdengar adanya perancangan bani Hawazin dan Thaqif  pimpinan Malik bin Auf yang tinggal di Taif untuk menyerang umat Islam. Bagi mengetahui secara lanjut tentang persiapan mereka lalu Rasulullah s.a.w menghantar Abdullah bin Abi Hadrad al-Aslamiy ke Taif. Dia diminta agar tinggal di tengah-tengah kaum tersebut bagi mengumpul maklumat. Setelah itu dia pulang ke Mekah dan memberitahu tentang persiapan bani Hawazin dan Thaqif dari segi kelengkapan senjata dan juga dengan bilangan tentera antara 20 hingga 30 ribu orang bagi menyerang umat Islam. Pasukan kuffar ini turut membawa bersama harta benda dan anak isteri mereka bagi menetapkan mereka dalam peperangan dan tidak lari dari medan perang. Namun ada perancangan sampingan iaitu menyerang hendap tentera Islam yang tidak diketahui baginda Rasulallah.  

      Rasulullah s.a.w  bersama 12 ribu orang tentera muslimin telah keluar menuju ke lembah Hunain. Keesokan harinya ketika mereka bangun dan bersiap untuk berperang di mana ketika pasukan muslimin di barisan hadapan pimpinan Khalid bin Walid sedang bergerak mara, mereka diserbu dari arah kiri dan kanan disamping anak panah yang menghujani mereka dari arah depan dan belakang. Ramai tentera Islam yang gugur syahid terutama mereka yang baru masuk Islam sebagai peringatan di  atas niat mereka yang turut sama berperang kerana ingin mendapatkan harta rampasan perang disamping perasaan angkuh dan sombong kerana merasakan kekuatan bilangan tentera Islam kali ini lebih kuat dan ramai berbanding sebelum ini. Serangan ini mengucar-kacirkan tentera Islam dan ada yang telah berundur ke belakang. 


     Namun akhirnya, tentera Islam dapat memecahkan tentera musuh kepada dua bahagian.  Kumpulan musuh yang kecil yang telah  terpisah telah dihambat dan akhirnya dapat di tawan. Ketika itu mereka sudah sampai di Jaaranah. Rasulallah mengumpulkan tawanan perang dan diberi layanan yang baik. Salah seorang dari panglima tentera musuh ingin menguji Rasulallah yang dikatakan seorang RAsul dan pastinya baginda tidak akan menghampakan sesiapa yang meminta. Lalu dia bertemu Rasulallah dan meminta sebahagian dari kambing yang dirampas sebagai Ghaiba. Rasulallah menyatakan kepadanya, "kamu lihat lembah di sana, kamu ambillah apa yang kamu mahu. Selepas itu, seluruh tawanan perang mengucap  syahadah.


     Rasulallah mebahagi-bahagikan tawanan dalam kumpulan yang berasingan. Tiba-tiba, seorang perempuan tua bangun lalu bertanya Rasulallah samada baginda mengenalinya. Setelah baginda bertanya, perempuan itu menunjuka kesan hitam gigitan dibahunya n mengingatkan Rasulallah bahawa itu adalah kesan gigitan Rasulallah semasa di susukan. Perempuan itu adalah Halimahtun Saadiah, ibu susuan baginda!. Mendengar itu, kedua mereka menangis saling

berpelukan. Baginda mendudukkan Halimahton Saadiah dan di beri layanan yang istimewa. Dikatakan bahawa apabila Halimahtun Saadiah meninggal dunia, Rasulallah sendiri yang menurunkannya ke liang lahat dan menangislah baginda . Airmata Rasulallah yang jatuh itu telah menyentuh kulit muka Halimahtun Saadiah . Sentuhan airmata  itu menjamin yang jasadnya tidak akan dimakan api neraka. Itulah sebenarnya ganjaran buat ibu susuan baginda, Halimahtun Saadiah. Allahu Akbar!!!

     Berbalik kepada cerita di Jaaranah, oleh kerana kesemua tawanan memeluk agama Islam, Rasulallah menghadiahkan kesemua harta ghaibah(harta rampasan perang) kepada mereka. Ini menimbulkan rasa kurang senang kaum Ansar kerana selalunya Rasulallah akan membahagi-bahagikan ghaibah kepada tenteranya. Maka timbullah rasa kurang senang dan kurang puas hati di kalanagan mereka.  Allah mengutuskan Jibrail untuk memberitahu Rasulallah akan keadaan itu. Lalu baginda memanggil kaum Ansar dan menerangkan bahawa tawanan perang itu baru sahaja memeluk agama Islam. Maka kita kena beri satu ganjaran buat mereka supaya mereka gembira. Mereka semua akan pulang ke kampung halaman mereaka dengan harta yang kita beri tetapi kaum Ansar akan pulang membawa pulang Rasulallah! Maka  apakah harta yang lebih bernilai lagi berbanding dengan Rasulallah. Baginda menyatakan perasaan  amat mengasihi baginda terhadap mereka sebagaimana baginda mengasihi dirinya sendiri! Mendengar ucapan Rasulallah, maka terduduk malulah kaum Ansar , menangis dan  bertaubat dengan kesilapan mereka.


     Jadi, Perang Hunain menyedarkan kaum Muslimin supaya sentiasa membetulkan niat dan lakukan sesuatu atas perintah Allah dan menurut arahan  Rasulallah. Di peperangan ini juga, sikap lupa diri  kaum Ansar diperbaiki dan tawanan perang diIslamkan.   Yang paling mengembirakan ialah apabila baginda bertemu kembali dengan ibu susuan baginda , Halimahton Saadiah.