Punya teman rapat di semua peringkat umur seseorang adalh sesuatu perkara yang biasa. Kalau kita bertanya dengan kanak-kanak sekolah rendah, pasti akan menyatakan yang si polan adalah teman karibnya. Tetapi ingatlah, kita akan bertemu ramai orang sepanjang hidup kita dan kita akan punya ramai kawan lagi. Oleh itu kawan rapat kita pun saling berganti mengikut tempat dan masa.
Semasa aku di sekolah rendah, aku tidak punya teman karib. Mengapa? Alasannya ialah aku sentiasa bertukar dan berpinda sekolah. jadi, tidak punya kawan yang tetap.Semasa di awal sekolah menengah, teman karibku ialah seorang anak Mat Salleh dari United Kingdom! Wah meriah betulkan. Ini adalah kerana, kami tinggal di kejiranan yang sama. Kami ke sekolah yang sama dan sentiasa bermain bersama. Selepas beberapa tahun, Karen Wilsher berserta adik-adiknya Eddie Wilsher dan Mark Wilsher pulang ke tanahair mereka. Aku benar-benar merasa kehilangan kawan.
Semasa di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, aku punya ramai kawan yang sehingga hari ini dari 1981 masih lagi berhubung antara satu sama lain. Kami sering kunjung mengunjung antara satu dengan yang lain. Kini anak-anak kami sudah besar panjang. Malah aku sudah bercucu tetapi bila berjumpa teman lama, kami berlagak seperti remaja. hahhahahha.
Jiran tetanggaku adalah merupakan kwan-kawanku. Ahli G15 adalah nyawa dan nadi tempat tinggalku. Semuanya adalah kerana kami bersatu hati dan berfikiran terbuka. Kini, biarlah aku isytiharkan disini bahawa merekalah teman karibku. aku bersyukur dan bangga menjadi sebahagian daripada mereka.
Bagiku, kita tidak boleh memilih adik beradik kita. Kita dilahirkan dari satu punca yang sama. Kita tidak boleh membuang mereka kerana kita bersaudara. Air dicincang tak akan putus! Kekadang kita dapati kita tidak sehaluan dengan mereka kerana mereka bukan pilihan kita!
Tetapi, lain cerita dengan kawan. Kita memilih kawan sendiri. Kita meletakkan kepercayaan kepada mereka.Segala rahsia kita ceritakan kepada mereka. Tetapi, jika kita ditipu kawan, usahlah marah sangat,kerana kita yang pilih dia. Salahkan diri kita dahulu. Atas sebab itulah, nasihatku ialah supaya kita semua memilih kawan yang betul-betul memahami jiwa raga kita, yang berfikiran sehaluan, mudah memaafkan dan menegur kesilapan kita, yang beragama dan beriman kerana kawan yang tidak solat adalah pembawa masalah terbesar dalam persahabatan.
Carilah kawan yang tidak berkira dan yang boleh dibawa berbincang dalam apa perkara sekali pun. Memang susah mencari kawan yang punya semua kriteria itu tetapi percayalah bahawa merekalah kawan sejati.