Wednesday, May 19, 2010

Menonton Wayang.....


Tepat jam 6 petang tadi, suamiku menelefonku. Katanya malam ni ada jemputan untuk menonton wayang bersama 2 pasangan lagi. Bila ditanya, ceritanya iala Robin Hood....filem baru tu.

Setelah selesai solat Maghrib berjemaah bersama suamiku, kami pun ke panggung wayang di bangunan Tropicana City di Damansara. Nasib baik Wak Jamal masih belum pulang dan menghantar kami ke destinasi yang dimaksudkan. Cuma 2 pasangan yang dapat hadir kerana Nora punya anak kecil untuk dihantar pergi tuisyen.

Tepat jam 8.20 malam kami dibawa masuk ke panggung wayang. bertih jagung, Coke dan air kosong menjadi bekalan kami. Wayang pun dimulakan. Panggung itu tidak ramai penontonnya, sekitar 30 orang sahaja. Kenapa? Mungkin cerita jenis ini tak ramai yang meminatinya atau mungkin sudah seminggu ditayangkan... tapi aku suka. Pelakon utamanya ialah Russel Crowe....(mmmm gantangnya) dan Kate Blanchett. Berbeza dari lakonan Kevin Costner(mmmmmm kacaknya) dan Mary Elizabeth Mastrantonio pada tahun 1991. Jalan ceritanya juga berbeza. Kevin Costner membawa watak Robin Hood sesudah menjadi wira orang miskin dengan merompak dan membahagi harta benda Raja England dan orang Bangsawan Inggeris dengan sama rata. Tetapi lakonan Russel Crowe pula mengisahkan Robin Longstride seorang askar Inggeris yang berperang mati-matian untuk Rajanya. Beliau berjuang sejak dari Perang Salib dan menentang orang Peranchis tetapi diberi ganjaran yang tidak setimpal, hanya mengikut arahan malah dihukum dengaan cara yang tidak adil kerana berkata benar. Robin dan beberapa orang sahabat karibnya dilabel sebagi "outlaw" dan sesiapa yang berhubung dengan mereka akan dihukum. Itulah permulaannya Robin berkampung di dalam hutan.

Ceritanya memperkenalkan kepada kita akan watak-watak penting dalan cerita Robin Hood yang kita tahu iaitu seperti Friar Tuck seorang paderi yang berfikiran terbuka lagi lucu, Little John sahabat karib Robin, Sir Walter Locksley sibuta yang kematian anaknya yang bernama Robert dan Lady Marion cinta hati Robin. Pendek kata, cerita wayang ini ialah seperti pembikinan cerita Robin Hood yang kita pernah tahu tetapi memaparkan bahagian yang kita tidak tahu.

Namun, apa juga cerita wayang yang kita tonton hasil dari Hollywood seolah-olah nampak sangat realistik. Letupan, pembakaran, gegaran, peperangan, seram, tembakan dan sebagainya seperti benar-benar berlaku. Kadang-kadang, kita sama-sama menjerit seolah-olah ia benar-benar berlaku.....tetapi sebenarnya teknik pergambaran mereka itu yang membezakan segalanya.

Tidak adil sama sekali jika kita membandingkan filem kita dengan mereka...tak akan mampu kita menandingi mereka. Satu perkara yang harus kita ingat dalam kepala kita ialah apabila barat sudah mula menggunakan keretapi bawah tanah(underground train) pada tahun 1863 dan kita masih lagi menggunakan keris untuk mempertahankan diri! Bayangkanlah bertapa kedepannya mereka dari segi teknologi berbanding kita. Syukurlah dengan unsur kemodenan yang kita alami sekarang.

Terima kasih kepada kerajaan kita yang memberi kita peluang mencari ilmu di merata dunia dan membuka mata dan minda kita semua untuk melihat kemajuan orang dan kita bawa balik ke negara kita. Malaysia adalah sebuah negara yang jauh maju berbanding dengan negara jiran yang sewaktu dengannya. Percayalah!