Tak ramai yang tahu akan sabun berjenama ini...tapi sangat sinonim bagi mereka yang dilahirkan sekitar tahun 6oan. Setiap kali aku teringat akan sabun ini, terbayang wajah-wajah orang tua yang kukenali khasnya wajah arwah nenekku Hajjah Seri Banun dan arwah atokku iaitu bekas seorang penghulu yang paling handsome semasa zaman mudanya.....
Semasa aku bersekolah rendah, pernah kedua orang tuaku menghantar aku bersekolah di kampung di Parit Yusof (pertengahan bandar Batu Pahat dan Muar di Johor). Seingatku, umurku ketika itu dalam 7 tahun. Kedua arwah mak dan abah tinggal nun jauh di Kemaman Terengganu. Bayangkanlah bertapa rindunya aku kepada mereka tapi demi pelajaran dan masa depanku, mereka redho...dan aku rela dalam terpaksa....kesian!
Aku ditempatkan di rumah atok dan nenekku bersama abang, kakak dan sepupuku. Arwah nenek sangat garang dan tegas orangnya. Ketika itu, tiada kemudahan air paip di rumah, tiada jamban pam dan sebagainya. Air hujan perlu di takung dalam tempayan dan untuk ................(faham-faham sajalah), kena lakukannya di parit belakang rumah.....hahahhaha bukan tahu malu ketika itu! itu adalah kebiasaan ketika itu.
Tiba waktu mandi, bayangkan bertapa seksanya kami terpaksa menceduk air yang sangattttt sejukkkk dari tempayan. Air pulak adalah takungan air hujan. Lepas mandi penuh jentik-jentik atas tubuh badan kami...hahahha. Menggosok gigi adalah wajib tapi tiada ubat gigi....guna sabun mandilah! Sabun mandi bukanlah berjenama LUX atau yang sewaktu dengannya tapi sabun cap KAPAK! Sabun ini lembut dan berwarna hijau. Itulah sabun, itulah ubat gigi, itulah syampu dan itulah juga untuk mencuci pakaian kami. Hahahhaha...namun begitu, kami tetap wangi. Bayangkan keadaan rambut kami ketika itu...
Itu adalah cerita yang wajib kami ingatkan dan sebutkan berulang kali setiap kali bertemu sepupuku yang merupakan seorang warga Singapura kerana kedua ibubapanya merupakan orang sana. Kahwin pun dengan orang Singapura maka bermastautinlah dia di sana. Bagus juga...dapatlah aku tumpung rumahnya setiap kali ke pulau tersebut! Hingga kini kami amat rapat.....semuanya gara-gara kes sabun cap KAPAK!!! Boleh dikatakan yang sabun ini One Fits All!!!