Bermula dari 18 Mac. Tarikh keramat! Itulah tarikh suamiku dilahirkan 67 tahun yang lalu. Kebiasaannya kami sekeluarga akan keluar makan bersama di luar tetapi tidak kali ini. Itulah juga tarikh bermulanya PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan bagi seluruh rakyat Malaysia. Semuanya bahana COVID19......ujian dari Allah. Mungkin ada baiknya!
Maka bermulalah satu cara hidup baru bagi semua orang. Jika selama ini tidak pernah ke dapur, maka kini kaum ibu menghabiskan masanya di dapur...masak, masak, masak dan masak sebab banyak anak burung yang nak makan! Segala buku resepi lama kini terbuka kembali. Tak cukup dengan buku resepi, tonton youtube pulak. Tapi kejayaan itu pasti bagi yang tidak berputus asa.
Anak-anak pula tidak dibiarkan tanpa tujuan. Sesetengah sekolah, khasnya di kawasan bandar yang mana boleh dikatakan setiap rumah punya talian internet, maka bertungkus lumuslah para guru menyediakan pelbagai jenis kertas kerja, kuiz dan sebagainya untuk mengisi masa anak-anak murid di rumah. Yang ini aku perlu tabik hurmat kepada para guru. Ingat ya, mereka juga ibubapa yang perlu menjaga keluarga mereka seperti kita juga tetapi tanggungjawab sebagai pendidi tetap mereka jalankan. Terima kasih para pendidik. Hanya Allah saja yang dapat membalas budimu.
Kalau memberi tugasan di dalam bilik darjah, guru boleh melihat dengan mata sendiri dan memberi tunjuk ajar yang lebih bagi yang kurang faham, malas atau lalai tetapi bila tugasan dijalankan di rumah secara ONLINE guru digantikan oleh ibu bapa. Yang ini aku kena tabik berkali-kali. Barulah ibubapa faham bertapa susahnya guru menjaga anak mereka di sekolah. Kalau mereka 3 orang anak, mengajar anak sampai terkeluar anak tekak, cuba bayangkan guru yang mengajar 30-40 orang murud sekelas yang datang dari pelbagai latar belakang, pelbagai perangai , tahap kepandaian dan kebijaksanaan yang berbeza dan berlainan minat serta kehendak....bayangkannnnnn. Oleh itu, janganlah kita marah guru kalau anak kita nakal dan didenda. Janganlah pandang rendah pada guru hanya kerana pangkat dan kedudukan serta pendapatan kita jauh lebih dari mereka. Janganlah sekali-kali menghina guru jika anak kita gagal tetapi cubalah menilai mereka dengan cara lebih dewasa lagi dan bukan ikut seronok hati kita saja. Tak semestinya kita orang yang berjaya, maka kita ada kuasa menghina guru. JANGAN! Ingatlah siapa dirimu kalau tanpa guru! Semasa PKP ini, adalah masa terbaik untuk menilai diri sendiri.
Bagusnya guru-guru ini, walaupun Kementerian Pendidikan Negara sudah mengisyhtiharkan bawa tiada UPSR and tiada PT3, mereka tetap menjalankan tanggung jawab menghantar tuagasan untuk murid-murid. Maka, aku sarankan, buatlah jadual belajar untuk anak cucu di rumah dan bukan melanguk saja di depan peti televisyen seluruh keluarga menonton filem-filem NETFLIX, drama-drama Korea di handphone dan sebagainya. Pergi ajar dan bantu anak cucu buat kerja sekolah! masa inilah nak uji kesabaran kita. Bila selesai baru dihadiahkan masa menonton cerita kesukaan mereka dan bukan 18 tahun ke atas pula! Biru muka nanti.
Masa PKP ini jugalah masa terbaik melihat diri kita. Perbaiki dan tambahkan pengetahuan ilmu agama kita. Jika selama ini sibuk dengan kerja, kerja dan kerja hingga tiada ilmu tersemat di dada, ada macam-macam ilmu terdapat di Youtube. Asah semula bacaan ALQuran. Bayak kelas ONLINE yang di adakan untuk membantu kita mendalami ilmu akhirat. Janganlah memilih menjadi orang yang rugi. Isikan masa dengan mengaji, berzikir dan berdoa bersama keluarga. PKP memberi peluang untuk kita melihat kelebihan dan kekurangan ahli keluarga kita. Ajari anak lelaki menjadi imam. Jangan salah sangka ya, anak semuda 12 tahun membaca surah yang panjang untuk solat berjemaah. Terbeliak mata si ibu dan sibapak! hahahhahahhaha.
Pokok pangkalnya, COVID 19 ini mengubah cara hidup kita kepada yang sepatutnya. Seluruh keluarga berada di rumah dan ini menjadikan kita mampu memperbaiki hubungan silaturrahaim sesama kita dan mengenali mereka secara lebih mendalam lagi. Jika selama ini kita sibuk dengan kerja di pejabat, ke luar negara dan sebagainya, hingga membiarkan anak ke sekolah tanpa bersarapan dan tanpa menyiapkan kerja sekolah, kini kita diberi peluang untuk mengubah segalanya. Banyak hikmah disebalik musibah inikan. Semua dengan kehendak Allah.
Selamat beristirihat, selamat membaiki hubungan keluarga, selamat mencuba pelbagai resepi baru dan selamat mengenali dan pertingkatkan ilmu untuk diri sendiri dan seluruh keluarga. Inilah masanya.