Thursday, October 4, 2012

Cara pengenalan diri berkumpulan.....

HambaMu datang Ya Allah
Memenuhi PanggilanMu
HambaMu datang Ya Allah 
Tiada sekutu untukMu
Segala pujian hanya untukMu









Dari pakaian mereka yang sama, menunjukkan budaya negara masing-masing. Ada yang menampal gambar peta negara mereka atas pakaian mereka. Ada yang menggunakan selendang dan di atasnya tertulis asal usul mereka. ADa pula yang memakai batik dan songkok yang sama warna. Namun, apa juga pakaian yang dikenakan, yang utama ialah kita semua saudara seagama dan semua datang dengan mengharapakan keredhoaan dan rahmat Allah. 









Menjadi tetamu Allah....siri 2

            Setiba kami di kota Madinah, beg baju kami tidak sampai ke bilik sedangkan orang lain sudah berpakaian bersih. Peringatan, jangan cepat naik angin. Istigfar. Bersabar dan berserah. Kami terus ke Masjid Nabawi dengan pakaian yang sudah lebih 24 jam di badan. Berkat kesabaran, akhirnya dapat juga beg kami. Alhamdulillah.
                                            

            Di Madinatul Munawarah, kami di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah. Antaranya ialah Masjid Qubaa iaitu masjid pertma yang di bina oleh Rasulallah dalam sejarah Islam dengan bertiangkan batang Kurma dan beratapkan pelepah-pelepah Kurma. Setiap hari Sabtu, Rasulallah akan berjalan atau menaiki untanya menuju ke masjid Qubaa untuk solat di sana. Berwudhuk dari hotel dan mengerjakan solat sunat dua rakaat di masjid ini dijanjikan satu pahala Umrah!  Kini, sebuah masjid yang tersergam indah dibina di tapak asalnya.

            Kemudian rombongan di bawa ke Jabal Uhud dimana terjadinya Perang Uhud. Hebatnya ialah Bukit Uhud yang sepanjang 7km, selebar 4km dan setinggi 1km adalah salah satu daripada yang berasal dari bumi yang akan berada di Syurga nanti. Subhanallah! Semua 70 orang Syuhada Uhud di kebumikan ditempat mereka tumbang. Tapi janji Allah itu benar. Terjadi satu banjir besar di situ dan kesemua jasad Syuhada yang kelihatan seolah-olah masih baru telah timbul dan kesemuanya di kebumikan dalam satu kawasan perkuburan khas di Uhud.

                         
            Selepas itu kami di bawa ke kawasan Masjid Tujuh iaitu tempat di mana terjadinya  Perang Handak(parit) . Ketika itu Panglima Perang Salman al Farisi mencadangkan pada Rasulallah agar di bina parit besar mengelilingi Madinah supaya tidak dapat dimasuki oleh tentera kafir Quraisyh. Besarnya parit itu tidak dapat melepasi lompatan seekor kuda dan dalamnya parit itu menyebabkan sesiapa yang jatuh tidak dapat memanjat keluar walaupun seekor kuda! Akhirnya Allah menurunkan ribut pasir yang menyebabkan tentera musuh berundur. Subhanallah.
Salah sebuah dari Masjid Tujuh yang tinggal di tapak Perang Handak.
Kami juga melintasi sebuah masjid yang dibina oleh Rasulallah untuk mendirikan Solat Jumaat pertama dalam sejarah Islam. Masjid Jomah.
Masjid Jomah.




Menjadi tetamu Allah...siri 1

            Kali pertama ke tanah suci iaitu pada tahun 1988...ketika itu masih muda belia. Anak-anak masih kecil tapi entah mengapa hati tergamit untuk mengerjakan Umrah sedangkan suami ingin membawa aku ke USA. KAli pertama melihat kaabah, hati bagai nak runtuh, kelu lidah ..hanya air mata yang bercucuran. Dalam rombongan itu ada beberapa pasangan veteran yang sudah beberapa kali ke sana membimbing kami dan bercerita tentang tempat- tempat yang dilawati. Alhamdulillah.

             Tahun 1989, kami menjual sebahagian harta kami dan dengan mengumnpul serba sedikit wang dari adik beradik, berjaya kami menghantar arwah bapaku dan arwah ibu mertuaku serta kakak iparku mengerjakan haji. Syukur Alhamdulillah.

            Tahun 1990, kami pula di jemput mengerjakan haji. Ramai yang tarik diri kerana kejadian Perang Teluk. Umur masih muda. Anak-anak masih kecil. Dilema! Tapi kami pergi juga. Berbekalkan pengalaman Umrah dua tahun sudah serta kursus haji yang disediakan Tahung Haji maka ke tanah sucilah kami dan pulang dengan gelaran. Alhamdulillah.

            Janji Allah memang benar, Sejak kepulangan kami dari mengerjakan haji, pelbagai  kemudahan dan rezeki yang melimpah ruah Allah berikan. Syukran Ya Allah. Tahun 1992 sehinggalah tahun 2011, hampir setiap tahun kami ke tanah suci menunaikan Umrah samada bersama keluarga maupun teman-teman. Masyaallah!

            Tahun 1998, krisis ekonomi dunia melanda. Kerja kurang. Sana sini mengeluh tentang kejatuhan matawang dan ekonomi merosot. Kami mengadu pada Allah. Kami ke tanah suci mengerjakan haji buat kedua kalinya. Badan masih sihat dan kami kian matang, Pengalaman ke tanah suci yang lepas lepas menjadikan kami kuat semangat dan yang penting yakin. kali ini tidak dengan Tabuing Haji tapi emnggunakan Visa ziarah....panjang ceritanya! Alhamdulillah.

             Tahun 2011, kami mengerjakan Umrah bersama anak-anak, menantu, cucu, kakak ipar dan teman-teman. Saat paling bahagia buat kami.Kemewahan yang kami terima...Masyaallah tidak terkata! Syukran Ya Allah.

Kini, ketika ini, saat aku menulis ini, aku berada di kota Makataul Mukarammah bersama suami dan anak bujangku. Jika diizinkan Allah, maka kami akan mengerjakan Haji buat ketiga kalinya dan Haji Wajib buat anak kami Ahamd Azman dan sunat buat kami. Insyaallah. 

            Semoga Allah menerima segala ibadah kami dan dipermudahkan segala urusan kami.