Bertapa bersyukurnya kami apabila kami dapat tempat penginapan yang selesa, petugas-petugas ZAHAFIZ Travel yang perihatin dan peka. Tidak dilupakan makanannya yang sedap dan mewah. Kalau tak bersyukur juga dan masih mahu bising , membebel dan tidak puas hati, bagiku itu adalah satu kerugian yang amat besar. Seharusnya kita kena ingat, apa juga yg disajikan di tanah suci adalah kerana kehendak Illahi.
Tanah haram adalah dalam wilayah kerajaan Allah! Itu kita mesti ingat. Di sini, walau bagaimana sekalipun perancangan kita, walau sebanyak manapun kos bayaran kita, walau setinggi manapun pangkat kita ...... kita di bawah kekuasaanNya. Allah menentukan segalanya. Allah berhak membuat apa sahaja yang dikehendakinya. Allah menjadikan jemaah Haji seperti budak-budak. Apa taknya, di suruh berpakaian yang sama, disuruh mengutip batu dan disuruh baling sambil mengira. tidur pula di khemah dan makanan disediakan. Siapapun kita di tanah air, kita adalah kanak-kanak di mata Allah. Allah berhak menurunkan pelbagai ujian untuk umatnya dan Allah Maha Mengetahui. Ingatlah, Allah amat mengasihi kita dan berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosa kita. Yakinlah!