Lima tahun yang lepas, dunia gegar dengan COVID19. Ramai yang kecundang. Seluruh dunia bersedih dan panik.... oleh itu kerajaan kita berusaha mendapatkan vaksin yang diperkenalkan oleh sang pencetus.
Sementara itu, setiap hari telinga kita disajikan dengan bunyi siren ambulans yang mengambil pesakit baru atau menghantar mayat ke kuburan.
13 Oktober 2021, aku didapati Tahap 4 COVID sedangkan semua suntikan termasuk booster telah aku ambil. Tapi itu semua percayuran Allah. 10 hati sembilan malam aku di rawat di wad HDU Hospital Pakar AVISENA. Alhamdulillah semuanya ditanggung oleh insuran. Selepas keluar badan tidak secergas dulu. Masih letih tapi ku kayuh juga demi kehidupan.
11 Oktober 2024, sekali lagi aku di rawat di hospital yang sama. Kali ini bukan COVID tetapi akibat dari kesan calarnya, maka dengan mudah aku dikalahkan dengan kuman melalui darahku. Dia serang paru-paruku. Yang peliknya aku tidak batuk tetapi demam yang tidak kebah-kebah, sakit seluruh badan dari hujung kaki hingga ke kepala dan terasa badan amat kering. Lidah dan mulut terasa amat pahit. Apa saja yang dimasukkan ke mulut, semuanya pahit.
Selama aku di hospital, pelbagai usaha dilakukan intuk menstabilkan keadaan kesihatanku. Setelah beberapa hari disiasat, barulah dijumpai punca sakitku. Paru-paruku di serang. Keadaan paru-paruku sangat lemah hingga melibatkan pernafasan yang pendek dan susah hendak bercakap. Kebanyakan masa aku hanya berdiam diri dan mengadu pada Allah SWT....
'Ya Allah... hambamu ini sakit. Usaha telah dijalankan. Kau berikanlah ilham kepada doktor untuk merawat sakitku ini. Hanya dengan redhoMu dan kehendakMu serta rahmatMu saja yang dapat menyembuhkan aku". Itulah doa hatianku pada Allah.
Alhamdulillah akhirnya aku beransur sembuh. Pada 28 Oktober 2024 selepas 18 hari dirawat di hospital, akhirnya aku dibenarkan pulang ke rumah. tetapi, setiap hari selama satu minggu, aku ke hospital untuk memasukkan antiobiotik yang datang dalam bentuk cecair. Maka setiap hari debaran di dadaku kencang kerana untuk memasukkan ubat itu, pihak hospital kena masukkan jarum intrvenous. Bayangkanlah seminggu jarum masuk dan jarum keluar...... Allah saja yang amat mengetahui bertapa takutnya aku. Setiap hari aku memohon agar Allah menimbulkan urat yang kuat untuk menerima jarum intravenous.
Di sini, aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staff hospital turut serta Dr Rashidi merawatku selama aku berada di hospital. Setiap dari mereka sangat baik, sentiasa senyum dan amat berlemah lembut. Ada yang sedang mengandung 9 bulan genap( Alhamdulillah selamat melahir anak perempuan semalam) dan sebagainya. Setiap orang ada masalah masing- masing tetapi mereka menjalankan tugas dan amanah dengan baik sekali. Sangat profesional. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Hospital Pakar AVISENA!
Sahabat handai, sanak saudara dan jiran tetangga tidak putus-putus mengunjugiku. Ada yang datang dari jauh. Ada yang sudah puluhan tahun tak jumpa. Mereka amat risau kerana aku tidak pernah sakit sebegini lama. Terima kasih aku ucapkan atas kunjungan kalian, mendoakanku dan membawa pelbagai jenis juadah, hadiah dan buah-buahan. Foto yng dirakamkan semasa kehadiran kalian akanku simpan but kenangan.
Pengorbanan suamiku tak dapat aku bayangkan. Bayangkan selam 18 hari aku dihospital, beliau turut menemaniku dan menangisi dengan keadaanku. Baginya aku adalah segalanya... pincang hidupnya dengan keadaan alu begini. Apa yang tidak pernah dia lakukan seperti membancuh minuman, memotong buah, menyuap makanan dan yang terpenting ialah mengimamkan solatku. Sebelum tidur, telingaku disajikan dengan bacaan AlQuran dengan suara merdunya . Bertapa tenangnya aku.
Along Hana, anak sulongku juga banyak berkorban. Aku tahu dia sibuk dengan urusan kerja dan urusan anak serta rumahtangganya tetapi dia sentiasa di sisiku, menjagaku. Aku tahu bertapa susahnya hatinya dengan keadaanku dan sentiasa menangis melihat keadaanku. Namun, Along anak yang kuat semangat. Dia tak musah dilemahkan. Syukur dia bersuamikan Muhammad Asim yang sentiasa berada disisinya serta anak-anak yang sihat dan ceria. Angah pun ada juga datang menziarahiku. Tapi dalam keadaannya yang beranak empat dan masih kecil dan keadaan tempat kerja yang jauh, aku amat memahami keadaannya. Tetapi sempat juga dia membawa seluruh keluarga mertuanya menziarahiku. Terima kasih anak-anakku. Teruslah mendoakan Mak dan Ayah ya.
Apa pun, bersyukurlah dengan apa yang Allah hidangkan untuk kita. Mungkin di mata kita lain tetapi percayalah percaturan Allah lebih hebat. Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, terimalah dengan hati terbuka. Jangan sesekali menempelak kerana pasti ada yang lebih baik yang Allah sediakan untuk kita. Solat jangan sesekali ditinggalkan kerana ia tiang. Rumah tidak boleh berdiri tanpa tiang. Yang membezakan kita dengan orang lain ialah solat kita. Maka, dalam keadaan apa sekalipun, solat jangan lalai. Banyakkan berselawat.... itu semua adalah ubat. Bila ada rasa kekuatan sikit bacalah Al Quran sebagai penenang juwa.
Demikianlah kisahku yang terkini. Aku hanya ingin mengongsi akan pengalamanku dan perasaanku. Apa pun jua, Allah yang paling utama. Aku hanya mengadu pada Allah kerana Dia Ar Rahman, Ar Rahim!