Di luar sana hujan turun dengan lebat sejak jam 5.30 pagi lagi. Kalau semasa zaman persekolahan dulu, jam 5.30pagi adalah masa aku bergerak keluar rumah menaiki Land Rover milik syarikat tempat arwah Abah kerja menuju ke sekolah yang 26batu jauhnya!!! Jalannya adalah laluan lori-lori balak n lori-lori kelapa sawit....berlubang dan banyak jambatan-jambatan kayu melintasi sungai-sungai kecil. Keadaannya kalau hari panas maka habuk akan melitupi seluruh badan dan kalau hujan, keadaannya seperti memandu di atas coklat yang cair! kalau bernasib baik, akan lalulah binatang-binatang liar melintasi jalan dan bila pandang ke atas , akan kelihatan pelbagai spesis kera dan burung berderetan di atas dahan menanti hari siang. Itulah antara pengalaman-pengalaman yang akan kekal selamanya di dalam lubuk ingatanku. MasyaAllah! Namun, jika diberi pilihan, tidak mahu aku menjalani kehidupan seperti itu lagi....bukan diumur begini. Cukuplah!
Kenangan lalu mengusik jiwa
Banyak pengalaman suka dan duka
Pengorbanan kedua orang ibu dan bapa
Sampai Qiamat pun takkan mampu terbalas jasa