Sunday, April 21, 2013

Rumahku Syurgaku.....


   


     Selalu sangat kita dengar slogan ini....Rumahku Syurgaku!  Ertinya rumah milik kita itu ibarat syurga buat kita sekeluarga. Tak kisahlah apa rupabentuknya, jenis apa buatannya, perabutnya dan sebagainya. Itu semua citarasa kita sendiri. Kenapa mesti kita ikut pendapat dan kehendak orang lain sebab yang tinggal dalam rumah itu ialah diri kita sendiri. Sendiri mahu fikirlah!

     Hari ini aku memenuhi jemputan majlis doa selamat dan kesyukuran di Serendah. Alhamdulillah anak saudaraku kini memiliki sebuah rumah sendiri. Selepas mendirikan rumahtangga pasangan ini tinggal bersama keluarganya. Sebagai seorang anak lelaki, sudah pasti sesuatu yang menyeronokkan tinggal bersama keluarganya sendiri.  Tetapi kita kena fahami hati si isteri pula. Dia juga ingin mengemas dan mencantikkan rumah miliknya sendiri yang  susun atur perabut dirumah mengikut citarasanya sendiri. Lain perasaannya! Kita semua pernah melaluinya....maka ia bukanlah satu kemusykilan.

     Nasihatku buat semua, bila anak kita sudah berumahtangga, biarlah mereka membina keluarga mereka sendiri mengikut kayu ukur sendiri, punya perasaan memiliki dan punya masyarakat sendiri. Biarkan mereka hidup sendiri. Kita perhatikan sahaja dari jauh. Agak-agak dalam kesempitan, hulurkanlah sedikit bantuan on loan basis...... not free!  Bukan nak menganiayai tetapi ajar mereka bertanggungjawab.


     Cucu? Masa kita untuk menjaga bayi dan anak kecil sudah berlalu. Sesekali bolehlah kita bantu menjaga cucu tetapi Not Everyday. Badan kita tak sekuat dulu. Reflex kita tak sepantas dulu  dan masa untuk diri kita bertambah pendek.  Pergilah cari ilmu agama untuk diri sendiri. Sebenarnya banyak yang kita tak tahu dari yang tahu. Pergilah mengaji Al Quran. Bacalah hari-hari. Janganlah kita menjadi orang yang rugi. Buanglah ego, buanglah malu! Carilah guru untuk mengajar kita ilmu-ilmu agama. Hidup lebih bermakna!

     Dunia ini sangat luas. Islam menggalakkan kita berjalan melihat alam! Seeloknya, kalau ada wang lebih sikit, pergilah  melancung dalam atau luar negeri. Go out and see the world. Jauh Perjalanan, Banyak Pemandangan dan Luas Pandangan! Sekarang kos buat pasport untuk warga emas 50%  dari harga asal.  Pilihan pesawat sangat banyak.  Kalau tak larat naik turun kapal terbang, why not cruising? Banyak pilihan!! Destinasi? Pilih saja.

       

     Pokoknya......Jangan duduk terperuk di rumah saja. Our children will be okay! No worries!

Sunday, April 7, 2013

Let's look back!




    
          

           Back in 1955, the 27th day of July.....was the first ever the people of TANAH MELAYU had their first taste of democracy by participating in The First General Election of Federation of Malaya (Pilihanraya Pertama dalam  Persekutuan Tanah Melayu)! 

           Everything was so simple and straight forward. It was a celebration! Everybody was looking forward to that very day! 

           Let's enjoy listening to the feel good song which portray the feelings  of the people back in 58 years ago!