Saturday, July 1, 2017

Kerana.... aku temanmu

Dalam suka
dalam bahagia
dalam duka
dalam derita
dalam sihat
dalam sakit
kau  merujuk kepadaku
kau mempercayaiku
kerana...... aku temanmu
setiap hari aku diintai
aku dibelai
aku ditatap
dan.....aku bercerita kepadamu
tanpa ada jemu mahupun lesu
aku sentiasa bahagia disampingmu
kerana..... aku temanmu
tiba masanya nanti
Malaikat Izrail datang menyapamu
merentap rohmu
dan....
kau terkulai layu
terbujur kaku
maka menangislah semua yang melihatmu
ibu.....bangunlah  ibu
sayang....mengapa kau tinggalkan aku...
ratapan anakmu
rintihan suamimu penuh sayu
siapa yang melihat pasti terasa sendu
tinggallah semua
tinggallah kecintaanku
suamiku....anakku....cucuku.....sahabat ...jiran
aku pergi dulu
air mata tidak tertahan lagi
namun......apakan dayamu
wahai temanku
dalam hingar bingar ratapan mereka
menangisi pemergianmu
aku tersenyum memandangmu
aku tetap berada disisimu
segalanya sudah dipersiap buatmu
menanti ketibaanmu
aku akan bersamamu
kerana....aku temanmu
ketika jasadmu diturunkan ke liang
destinasi akhir tiba sudah
selamat tinggal dunia
selamat tinggal keluarga
tetapi, usahlah kau takut
kau tidak keseorangan
aku ada
aku tetap bersamamu
aku akan menemanimu
akuakan membelamu
biarku jawab segala persoalan
kerana.....aku temanmu
semasa hayatmu
kau menjagaku
aku sentiasa disampingmu
kau merujuk segala permasalahan denganku
aku bangga denganmu
aku bukan sekadar perhiasan didalam almari cerminmu
akulah tempat kau mengadu
setiap hari kau bersamaku
kau cium aku
kau peluk aku
bahagianya aku
Teman.....
Akulah Al Quran
didalamku adalah 
kalimah-kalimah Allah
perintah-perintah Allah
kisah teladan
panduan hidup  
kisah duni dan akhirat
segalanya
akulah pelengkap 
penunjuk arah
agar kau tidak sesat
namun....
kau turuti segalanya
tahniah buatmu
bangga aku denganmu

kini tibalah giliranku
biar aku menjagamu
kerana....aku temanmu
Akulah
AlQuranmu