Wednesday, June 16, 2021

Wahai Tuhan Yang Maha Esa



Dapat kurasakan

KeesaanMu

Ku saksikan kebesaranMu

Kau mendengar esakanku

Kesedihanku

Perasaanku

Kau layan kehendakku

Permintaanku

Akhirnya 

Kau makbulkan doaku.

Aku amat mensyukuri kurniaanMu

Bertapa banyaknya nikmat dariMu!

Umur yang panjang, kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki...

Apa lagi?

Segalanya dariMu....

Ya Allah....

Malunya aku kepadaMu

Aku hanya insan yang kecil dan kerdil

Dicipta dari setitik air yang hina

Tapi....

Kau tetap mendengar  rayuanku

Rintihanku

Doaku yang tidak berkeputusan

Buat semua kesayanganku

Sesungguhnya ...

Kau tidak pernah melupakanku

Hanya aku yang lalai

Hanya aku yang cuai

Ampuni aku Ya Rob

Ampuni aku

Dekatkan hatiku dengan Al Quran

Lembutkanlah lidahku menyebut kalimahmu

Terangkan 

dan 

Tajamkanlah penglihatanku

Lancarkanlah penyebutanku

Kuatkanlah semangatku

dan

Sampaikanlah pahala bacaanku

 buat kedua orang tuaku

Lapangkanlah kubur mereka

Terangilah kubur mereka

Kasihanilah mereka

Hanyak kepadaMu aku meminta

Hanya kepadaMu aku berserah

Hanya kepadaMu aku mengharap

Wahai Tuhan Yang Maha Esa

 


Wednesday, June 9, 2021

……..rindu

                 Mengenangimu


         Wahai sahabatku Akhtar……kita kini sudah amat jauh terpisah. Bukan diantara daerah. Bukan diantara negeri mahupun negara…. Kita berada di dua alam yang berlainan.  Kau di sana dan aku masih di sini.


          20 November 2020, kau pergi.  Sehingga kini aku masih amat merinduimu. Hebatnya kamu sebagai seorang sahabat semasa hayatmu. Kelembutanmu, keikhlasanmu, senyumanmu serta tawamu amat aku rindukan. 


            Aku berdoa semoga Allah menempatkan rohmu bersama para solihin. Tenanglah dikau di sana wahai sahabatku. Bukan aku sahaja tetapi kawan2 seperjuangan kita di MPKT juga terkesan dengan pemergianmu menyahut panggilan Illahi.


            Semoga pahala kami mengaji bersama setiap bulan sampai buatmu wahai sahabat. Itu saja yang mampu kami lakukan buatmu. Tempatmu kini diambil alih oleh anak sulongmu. Ikatan ukwah kita tidak akan putus….InSyaAllah. Quran mendekatkan kita….