Wednesday, May 4, 2022

Syukran Ya Allah

 Syukran Ya Allah



Hari ini, seusia ini, kau masih memberi aku peluang bernafas. Tahun yang lalu kau mencubit aku. Berbulan aku terlantar. Tapi, aku bersyukur kehadratMu kerana aku kembali segar! Saat terlantar, tiada lain yang kupinta.... hanya kepadaMu aku berserah.


Syukran Ya Allah..... peluang kehidupan ini aku berhasrat untuk memperbaiki segala kelemahanku, mempertingkatkan keimananku dan mensyukuri segala nikmatMu. Berilah aku kekuatan itu wahai Maha Penciptaku..... hanya kepadaMu aku meminta.


Syukran Ya Allah..... 

Dua insan yang kau amanahkan mengandungkan, melahirkan dan membesarkanku telah Kau panggil  pulang. Aku memohon kepadaMu Agar kau ampunilah segala dosa dan kesalahan kedua orang tuaku.  Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecilku. Aku bermohon agar ditempatkan mereka di Syurga FirdausMu. Anugerahkanlah mereka kedudukan tertinggi dan pakaikanlah mereka Mahkota di kepala. Tidak terbalas budi mereka ... hanya Kau saja! Aku bermohon semoga Berlemah lembutlah

  dengan mereka kerana mereka Mak dan Abahku!


Syukran Ya Allah.....

Kau jodohkanku dengan dia. Itulah nikmat, itulah rezeki buatku dariMu.  Ya Allah, dia adalah imamku, guruku, sahabatku.... malah dia adalah penyejuk hatiku, perujuk kemusykilan dan penenang di waktu kusutku. Memandangnya sahaja, terlerai masalahku! Panjangkanlah jodoh kami hingga ke FirdausMu. Aku bermohon kepadaMu agar kau merahmati kehidupannya di dunia dan akhirat kerana dia insan teristimewaku Dulu, Kini dan Selamanya! Suamiku adalah hadiah paling istimewa  dariMu untukku. 


Syukran Ya Allah..... 

Kau kembangkan Zuriat keturunanku dari dua pasang anak menantu hingga tujuh orang cucu. Terima kasih kerana  memelihara kesihatan dan keselamatan mereka.  Aku memhon kepadaMu agar dipertingkatkan keimanan mereka dan jiwa yang sentiasa mengingatiMu dan menyebut-nyebut namaMu. YaAllah, kau terangkanlah hati mereka,  tajamkan penglihatan dan pendengaran  mereka, betulkan sebutan mereka agar mereka berjaya membaca dan menghafaz Al QuranMu kerana itulah kunci kejayaan mereka di dunia dan di akhirat.  Hanya kepadaMu aku memohon. 

Amiiiin.


Syukran Ya Allah....

Aku mempunyai saudara-mara, sahabat-handai, jiran tetangga teman-taulan dan ramai kenalan   yang amat menyayangiku dan menghurmatiku. Ampunilah mereka dan rahmatilah kehidupan mereka dan pertemukanlah serta kumpulkan kami bersama di SyurgaMu nanti.. 



Tuesday, January 4, 2022

Mengapa?

 Hari ini ia menyapa. 

Lama sungguh tidak berjumpa. 

Bila ditanya kemana rimba  kau  berjimba. 

Katanya ,”Biarlah rahsia…. “.

Selamat pulang Sang Suria. Kepulanganmu  amat dinantikan.

Tapi langit sudah kembali kelam…

Mengapa?

Katanya, “Izinkan aku berehat seketika. 

Nanti aku akan kembali jua buat sepenuh masa….”

Segeralah kau kembali….

Hadirmu amat diperlukan…

Whose fault?


I decided to have a short vacation.

It has been a long time since I last had one. 

I needed a short break. 

I put Rain in charge. 

He promised to be good.

But it seems he did not..

It upsets me of his doings. 

He hurts people and animals. 

Washed away everything that blocked his ways. 

I saw bodies and debris 

I heard cries 

I saw rage

I heard shouts here and there..

They were so upset, stressed, sad 

Lost their belongings

Lost their  loved ones

Some even lost their mind

But……Rain denied!

He said….

Water flows freely ….everywhere

Small or big hollows, drains and into the rivers….and to the sea 

So strong that I can move almost anything effortlessly…

But

There were buildings everywhere

Where can I go?

Humans changed the earth surface.

What used to be a clearance 

What used to be a passage….

Were no more there

Humans dumped rubbish everywhere…

Suffocated the river

They narrowed the river banks

They cut trees as they wished

The ground became soggy and gave way.

Water flows fast, nothing to slow it down..

I have to carry the logs, the rubbish and earth…..

The same goes for everything ….

What can I do?

Is it my fault?

NO!!

It is their fault!

They caused the flood

Well……

Now you are back…

Just do your job.

Time to dry the earth

We both have our own path

We both have our own jobs and missions

I have done mine

Allah has stated everything

The humans are at fault

They have brains…

But they refused the gift

They did the unthinkable

It was their own doings…

Not yours and not mine

It’s them…

Let this be a lesson to them