Syukran Ya Allah
Hari ini, seusia ini, kau masih memberi aku peluang bernafas. Tahun yang lalu kau mencubit aku. Berbulan aku terlantar. Tapi, aku bersyukur kehadratMu kerana aku kembali segar! Saat terlantar, tiada lain yang kupinta.... hanya kepadaMu aku berserah.
Syukran Ya Allah..... peluang kehidupan ini aku berhasrat untuk memperbaiki segala kelemahanku, mempertingkatkan keimananku dan mensyukuri segala nikmatMu. Berilah aku kekuatan itu wahai Maha Penciptaku..... hanya kepadaMu aku meminta.
Syukran Ya Allah.....
Dua insan yang kau amanahkan mengandungkan, melahirkan dan membesarkanku telah Kau panggil pulang. Aku memohon kepadaMu Agar kau ampunilah segala dosa dan kesalahan kedua orang tuaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecilku. Aku bermohon agar ditempatkan mereka di Syurga FirdausMu. Anugerahkanlah mereka kedudukan tertinggi dan pakaikanlah mereka Mahkota di kepala. Tidak terbalas budi mereka ... hanya Kau saja! Aku bermohon semoga Berlemah lembutlah
dengan mereka kerana mereka Mak dan Abahku!
Syukran Ya Allah.....
Kau jodohkanku dengan dia. Itulah nikmat, itulah rezeki buatku dariMu. Ya Allah, dia adalah imamku, guruku, sahabatku.... malah dia adalah penyejuk hatiku, perujuk kemusykilan dan penenang di waktu kusutku. Memandangnya sahaja, terlerai masalahku! Panjangkanlah jodoh kami hingga ke FirdausMu. Aku bermohon kepadaMu agar kau merahmati kehidupannya di dunia dan akhirat kerana dia insan teristimewaku Dulu, Kini dan Selamanya! Suamiku adalah hadiah paling istimewa dariMu untukku.
Syukran Ya Allah.....
Kau kembangkan Zuriat keturunanku dari dua pasang anak menantu hingga tujuh orang cucu. Terima kasih kerana memelihara kesihatan dan keselamatan mereka. Aku memhon kepadaMu agar dipertingkatkan keimanan mereka dan jiwa yang sentiasa mengingatiMu dan menyebut-nyebut namaMu. YaAllah, kau terangkanlah hati mereka, tajamkan penglihatan dan pendengaran mereka, betulkan sebutan mereka agar mereka berjaya membaca dan menghafaz Al QuranMu kerana itulah kunci kejayaan mereka di dunia dan di akhirat. Hanya kepadaMu aku memohon.
Amiiiin.
Syukran Ya Allah....
Aku mempunyai saudara-mara, sahabat-handai, jiran tetangga teman-taulan dan ramai kenalan yang amat menyayangiku dan menghurmatiku. Ampunilah mereka dan rahmatilah kehidupan mereka dan pertemukanlah serta kumpulkan kami bersama di SyurgaMu nanti..