Tuesday, November 5, 2024

Apa itu CRP? Perlu tahu!

Bila doktor kata CRP amat tinggi. Ertinya ada gangguan bacteria dalam badan kita.  C-Reactive Protein atau CRP amat penting untuk kita ketahui. Jom kita kenali dia. Biar aku terangkan dalam bahasa kampunglah!

Dalam keadaan bada kita yang normal, Allah jadikan CRP ni ada dalam 6 ekor saja untuk menjaga tubuh kita dari serangan bakteria asing. Bila kita demam, secara automatik, jumlah CRP ini akan terus berganda-ganda jumlahnya. Itu tandanya badan kita sedang diserang dan CRP cuba mempertahan. 

Bagaimana doktor tahu CRP kita bertambah? Mestilah melalui ujian darah. Sebab itulah semasa kita di hospital, doktor sentiasa mengambil sampel darah kita... bukan suka-suka tau tapi antara yang nak diperiksanya ialah CRP kita.  Jadi janganlah marah kalau setiap Subuh adabyang mengambil darah kita. Mereka nak membantu kita. Hulurkan ajelah tangan tu.

Dalam kes aku, semasa mula-mula masuk hospital, CRP aku berjumlah 140. Walaupun setelah ubat diberi, CRP terus meningkat hingga ke 370! Ketika itu, antibiotik yang diberi tidak mampu melawan bakteria yang menyerang sehinggalah doktor dapat mengenalpasti nama bakteria yang menyerang,  disusuli pula oleh  nama-nama jenis antibiotik yang boleh melawannya, barulah CRP aku menurun hingga ke 7. 

Sebelum antibiotik yang betul ditemui, aku asyik demam saja dan yang paling tingginialah 40 darjah hingga ke peringkat meracau! Ingat ya, bila badan kita demam, ertinya organ dalaman kita ada yang tidak sihat. Kemungkinan bernanah di mana-mana. Dalam kes aku,  selepas jalani proses ultra sound didapati hati aku sedikit membengkak. Kemudian X-Ray dan diikuti dengan CTScan. Dan melalui CT Scan inilah baru disahkan bahawa parut COVIDku di paru-paru diserang backteria dan diselaputi kahak. Bila XRay, paru-paru yang sihat berwarna gelap tetapi bila ia berwarna putih, ertinya dah diselaputi kahak.

Maka bermulalah ubat cairkan kahak, ubat untuk hati yang membengkak  dan antibiotik yang sudah dikenalpasti kemujarabannya untuk paru-paruku.

Sebab itulah, nasihat aku kepada semua yang ditahan dihospital, bila setiap Subuh darah kita disedut, jangan senang-senang berfikiran serong. Bila deman kita tak kebah-kebah, jangan nak marah-marah. Darah kita masih sedang diuji untuk mengenalpasti bakteria yang masuk dan menyerang badan kita supaya doktor dapat memberi antibiotik yang betul. Walaupun demam dah kebah, masih diambil darah kita, jangan bising... itu doktor nak pastikan CRP kita kembali normal. Kalau semasa ambil darah mereka terpaksa membuat berkali-kali, sabarlah. Bukan dia suka-suka nak buat begitu. Dan bukan semua irang mahir mencari urat yang betul. Ada urat yang jenis kari-lari (running vein). Kalau boleh dia nak buat sekali saja. Macam masalah aku ialah urat aku terlalu halus dan susah dijumpai. Selalu tersorok dan tak mahu timbul. Aku tadah ajelah. redho aje!

Demikianlah sedikit ilmu yang aku dapat sampaikan dengan menggunakan bahasa kampung supaya senang difahami. 

Yang penting orang yang merawat dan  menjaga kita kena sabar tetapi kita yang sakit jauh lebih kena sabar kerana kita memerlukan mereka. Berterima kasihlah kepada para doktor, jururawat dan pekerja hospital... sesungguhnya jasa mereka tak dapat kita balas. Meteka juga manusia biasa. Ada masa mereka sedih atau risau dan sebagainya, seperti kita juga. Mungkin ada masalah hutang, keluarga, anak sakit, bergaduh dan sebagaijya. . Semua orang ada masalah. Maka kita kena belajarlah bersabar.

Sunday, November 3, 2024

Fun Run.......2024

 Today, I was to join in the AVISENA Run for Pink for 5 km organised by AVISENA Specialist Hospital and managed by Absolute Welness. This event us meantbto supportbthe cancer patients and survivors. Unfortunately, I have to let go due to my current health. But InSyaAllah will join next year.

But it did not stop me to support the event. My husband and Grand daughter Aaira accompanied me to the hospital to give moral support especially to my daughter Hana and her Absolute Wellness Team who managed the event . I should say they did very well. All smooth sailing! I am sure the participants and all those who were involved were satisfied.  Last year they had the same event and they managed to get 600 participants but this year, more than 1000! Congratulations!

Saw many familar faces. doctors, nurses and my neighbours! Yan and Khadijah Leong are Cancer Survivors. They walked the 5 kilometer just to support this event! Dr Rashidi, Dr Norwazilah and Dr Illa also took part. My son in law, A'sim and my grandson Aafi did the same! I am so proud of them. Aafi arrived at the finishing line hakf and hour earlier! But being there among the participant made me feel like I am one of them toooooo....... Hahhahaha how I wish.

Today my appointnment at the hospital will be at 2 pm. This will be my second last dose. But until today I still feel weak but InSyaAllah will be better soon. 





Saturday, November 2, 2024

Genap 3 tahun

 Lima  tahun yang lepas, dunia gegar dengan COVID19. Ramai yang kecundang. Seluruh dunia bersedih dan panik.... oleh itu kerajaan kita berusaha mendapatkan vaksin yang diperkenalkan oleh sang pencetus.

Sementara itu, setiap hari telinga kita disajikan dengan bunyi siren ambulans yang mengambil pesakit baru atau menghantar mayat ke kuburan.

13 Oktober 2021, aku didapati Tahap 4 COVID sedangkan semua suntikan termasuk booster telah aku ambil. Tapi itu semua percayuran Allah.  10 hati sembilan malam aku di rawat di wad HDU Hospital Pakar AVISENA. Alhamdulillah semuanya ditanggung oleh insuran.  Selepas keluar badan tidak secergas dulu. Masih letih tapi ku kayuh juga demi kehidupan.

11 Oktober 2024, sekali lagi aku di rawat di hospital yang sama. Kali ini bukan COVID tetapi akibat dari kesan calarnya, maka dengan mudah aku dikalahkan dengan kuman melalui darahku. Dia serang paru-paruku. Yang peliknya aku tidak batuk tetapi demam yang tidak kebah-kebah, sakit seluruh badan dari hujung kaki hingga ke kepala dan terasa badan amat kering. Lidah dan mulut terasa amat pahit. Apa saja yang dimasukkan ke mulut, semuanya pahit.  

Selama aku di hospital, pelbagai usaha dilakukan intuk menstabilkan keadaan kesihatanku. Setelah beberapa hari disiasat, barulah dijumpai punca sakitku. Paru-paruku di serang. Keadaan paru-paruku sangat lemah hingga melibatkan pernafasan yang pendek dan susah hendak bercakap. Kebanyakan masa aku hanya berdiam diri dan mengadu pada Allah SWT.... 

'Ya Allah... hambamu ini sakit. Usaha telah dijalankan. Kau berikanlah ilham kepada doktor untuk merawat sakitku ini. Hanya dengan redhoMu dan kehendakMu serta rahmatMu saja yang dapat menyembuhkan aku". Itulah doa hatianku pada Allah. 

Alhamdulillah akhirnya aku beransur sembuh. Pada 28 Oktober 2024 selepas 18 hari dirawat di hospital, akhirnya aku dibenarkan pulang ke rumah. tetapi, setiap hari selama satu minggu, aku ke hospital untuk memasukkan antiobiotik yang datang dalam bentuk cecair. Maka setiap hari debaran di dadaku kencang kerana untuk memasukkan ubat itu, pihak hospital  kena masukkan jarum intrvenous. Bayangkanlah seminggu jarum masuk dan jarum keluar...... Allah saja yang amat mengetahui bertapa takutnya aku. Setiap hari aku memohon agar Allah menimbulkan urat yang kuat untuk menerima jarum intravenous.

Di sini, aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staff hospital turut serta Dr Rashidi merawatku selama aku berada di hospital.  Setiap dari mereka sangat baik, sentiasa senyum dan amat berlemah lembut. Ada yang sedang mengandung 9 bulan genap( Alhamdulillah selamat melahir anak perempuan semalam) dan sebagainya. Setiap orang ada masalah masing- masing tetapi mereka menjalankan tugas dan amanah dengan baik sekali. Sangat profesional. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Hospital Pakar AVISENA!

Sahabat handai, sanak saudara dan jiran tetangga tidak putus-putus mengunjugiku. Ada yang datang dari jauh. Ada yang sudah puluhan tahun tak jumpa. Mereka amat risau kerana aku tidak pernah sakit sebegini lama. Terima kasih aku ucapkan atas kunjungan kalian, mendoakanku dan membawa pelbagai jenis juadah, hadiah dan buah-buahan.  Foto yng dirakamkan semasa kehadiran kalian akanku simpan but kenangan. 

Pengorbanan suamiku tak dapat aku bayangkan. Bayangkan selam 18 hari aku dihospital, beliau turut  menemaniku dan menangisi  dengan keadaanku. Baginya aku adalah segalanya... pincang hidupnya dengan keadaan alu begini. Apa yang tidak pernah dia lakukan seperti membancuh minuman, memotong buah, menyuap makanan dan yang terpenting ialah mengimamkan solatku. Sebelum tidur, telingaku disajikan dengan bacaan AlQuran dengan suara merdunya . Bertapa tenangnya aku. 

Along Hana, anak sulongku juga banyak berkorban. Aku tahu dia sibuk dengan urusan kerja dan urusan anak serta rumahtangganya tetapi dia sentiasa di sisiku,  menjagaku. Aku tahu bertapa susahnya hatinya dengan keadaanku dan sentiasa menangis melihat keadaanku. Namun, Along anak yang kuat semangat. Dia tak musah dilemahkan. Syukur dia bersuamikan Muhammad Asim yang sentiasa berada disisinya  serta anak-anak yang sihat dan ceria. Angah pun ada juga datang menziarahiku. Tapi dalam keadaannya yang beranak empat dan masih kecil dan keadaan tempat kerja yang jauh, aku amat memahami keadaannya. Tetapi sempat juga dia membawa seluruh keluarga mertuanya menziarahiku. Terima kasih  anak-anakku. Teruslah mendoakan Mak dan Ayah ya.

Apa pun, bersyukurlah dengan apa yang Allah hidangkan untuk kita. Mungkin di mata kita lain tetapi percayalah percaturan Allah lebih hebat. Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, terimalah dengan hati terbuka. Jangan sesekali menempelak kerana pasti ada yang lebih baik yang Allah sediakan untuk kita.  Solat jangan sesekali ditinggalkan kerana ia tiang. Rumah tidak boleh berdiri tanpa tiang. Yang membezakan kita dengan orang lain ialah solat kita. Maka, dalam keadaan apa sekalipun, solat jangan lalai. Banyakkan berselawat.... itu semua adalah ubat. Bila ada rasa kekuatan sikit bacalah Al Quran sebagai penenang juwa.

Demikianlah kisahku yang terkini. Aku hanya ingin mengongsi akan pengalamanku dan perasaanku. Apa pun jua, Allah yang paling utama. Aku hanya mengadu pada Allah kerana Dia Ar Rahman, Ar Rahim!