Wednesday, June 9, 2021

……..rindu

                 Mengenangimu


         Wahai sahabatku Akhtar……kita kini sudah amat jauh terpisah. Bukan diantara daerah. Bukan diantara negeri mahupun negara…. Kita berada di dua alam yang berlainan.  Kau di sana dan aku masih di sini.


          20 November 2020, kau pergi.  Sehingga kini aku masih amat merinduimu. Hebatnya kamu sebagai seorang sahabat semasa hayatmu. Kelembutanmu, keikhlasanmu, senyumanmu serta tawamu amat aku rindukan. 


            Aku berdoa semoga Allah menempatkan rohmu bersama para solihin. Tenanglah dikau di sana wahai sahabatku. Bukan aku sahaja tetapi kawan2 seperjuangan kita di MPKT juga terkesan dengan pemergianmu menyahut panggilan Illahi.


            Semoga pahala kami mengaji bersama setiap bulan sampai buatmu wahai sahabat. Itu saja yang mampu kami lakukan buatmu. Tempatmu kini diambil alih oleh anak sulongmu. Ikatan ukwah kita tidak akan putus….InSyaAllah. Quran mendekatkan kita…. 



Monday, January 18, 2021

Bersediakah aku?


Bersediakah aku?
Apabila tiba masanya nanti....
Tidak sesaat awal
dan 
Tidak sesaat lewat!
Dimana...
Bagaimana....
Bila.....
Itu bukan urusan kita
Kita ni hamba yang kerdil...
Dia dah tunjuk cara kehidupan yang baik
Dia dah berikan rezeki yang baik
Dia uji, uji, uji, uji dan uji kita
untuk apa?
Untuk tengok kita ni ke kiri atau kanan.
Kita dilahirkan sebagai hambaNya...
Kenapa kita tak dulukanNya?
kita dah lalai...
lailai selalai lalainya....
Baliklah pada kitabNya
kalau tak tahu baca...
inilah masanya.
Cari guru yang benar boleh mengajarmu..
Jangan malu.
buang segan dan silu...
Pergilah segera kamu berguru
supaya kuburmu nanti bak berlampu
Selamat mencari ilmu ...

Akhirnya.......membiak lagi!

 

          Sudah berbulan lamanya aku menunggu. Kali terakhir ialah bulan September 2020. Kusangkakan mereka sudah merajuk. Maklumlah berpindah ke rumah baru. Sessi pengenalan agak lewatlah tuuu.

          Pagi tadi, seperti biasa, selepas bersarapan dan beriadah, tugas utamaku ialah berinteraksi dengan pokok di kebun bunga yang sekangkang kera tuuu. Sambil menyiram pokok, mataku terpandang sekumpulan anak ikan yang bukan asing lagi.......ooohhhhhh membiak lagi akhirnya. Lama dah menunggu. 


          Ini bererti, bertambahlah rezeki buat seisi keluargaku....Ikan Talapia Goreng!!!!! Alhamdulillah!!!




           



Sunday, December 27, 2020

Mencemburuimu...beruntunglah kamu!

 

          Saban hari dia terlantar di atas katil. Namun, sedikit keluhan pun tidak keluar dari mulutnya. Dirinya berserah penuh kepada Allah. 


          Pelbagai usaha untuk memberi keselesaan kepadanya. Berusaha si anak menghantar ke hospital swasta semampunya. Dia dirawat pakar dan dilawat oleh keluarga, sanak saudara dan kenalan. Sepanjang kau di sana, anakmu itu tidak pernah membiarkan kau sendirian. Dia sentiasa menemanimu, mendoakanmu dan mengharapkan yang terbaik untukmu.


          Melihat kau terbujur disitu mengingatkanku kepada Allahyarham Abah.  Tak sanggup aku berlama menatapmu. Di saat itu aku mendoakan agar Allah memberimu yang terbaik dan semoga Dia berlemah- lembut denganmu. 


          Di saat aku bermusafir untuk bertemu anak cucuku, kau pula dijemput pulang selamanya. Apakan dayaku tidak dapat menziarahimu buat kali terakhir. Namun aku sentiasa diberi maklumat terkini. Aku amat mencemburuimu kerana peninggalanmu. Kau punya anak yang solleh. Hingga dibacakan sendiri Talkin di pusaramu.  Sepanjang aku melihat rakaman itu, aku menangis dan menangis. Sedih bercampur bangga dan cemburu! Kau amat beruntung. Semoga kau tetap beroleh keberuntungan hingga di akhirat.....Itulah hadiah terbaik buatmu. 


          Beristirehatlah wahai abangku. Sepanjang hidupmu kau telah berusaha sehabis baik buat semua dan kini rasakanlah hasil perkebunananmu yang hidup subur menghijau.  


            Takziah buat seluruh keluargamu dan tahniah buatmu......kerana peninggalanmu yang hebat! Beruntunglah kamu. 





Friday, December 18, 2020

Persahabatan Jarak Jauh


            Kami tidak pernah bersua muka. Hendak membayangkan wajahnya pun aku tak mampu. Kali pertama mendengar suaranya aku dapat rasakan keikhlasannya. Alhamdulillah.


           Suatu hari, anak sulongku Hana, membawa pulang seorang teman perempuannya. Tanpa meminta izin atau bertanya pendapat,  dia megambil keputusan sendiri untuk  menumpangkan kawannya di rumahku. Aku tidak berkata apa sehinggalah berpeluang bersemuka dengan anakku untuk mendapatkan penjelasan.


         Setelah diterangkan sehabis padatnya dan sehabis logiknya, aku bersetuju dengan tindakan anakku itu. Niatnya memang baik. Dia risau tentang kawannya itu untuk tinggal bersendirian tanpa pengawasan orang tua......akulah tu! ini adalah kerana Aqilah adalah anak bongsu kepada sebuah keluarga dari Kuantan, Pahang.


        "Orang merantau Mak, tak sanggup Along tengok dia tinggal seorang diri. Kita tumpangkan dulu buat seketika. Bila kita rasa dia dah bersedia untuk berdikari, barulah kita lepaskan. Bolehke Mak?" aku hanya mengangguk bersetuju. Tiada kata yang mampu aku keluarkan ketika itu kerana jika akulah ibu Aqilah, aku adalah manusia yang paling runsing memikirkan anakku sendirian di perantauan.


            Alhamdulillah, Aqilah anak yang baik. Sopan dan amat menghurmati orang dan ruang orang lain. Pandai menjaga aurat dan pembersih orangnya. Beruntung ibu yang melahirkannya. Sekali imbas, wataknya nampak macam keras tetapi sebenarnya dia pelembut dan manja.  Ini adalah kerana dia seorang ahli sukan. Pernah mewakili Malaysia dalam pasukan hoki negara kita. Aku anggap Aqilah sebagai anakku sendiri. Yang mana salah kutegur and yang mana patut aku zahirkan. Tetapi, dia bukan anak yang menyusahkan. Alhamdulillah.


          Semalam, anakku mengiringi Aqilah pulang ke Kuantan setelah 3 bulan tidak bertemu ibunya. Aku boleh bayangkan bertapa rindunya mereka. Anakku Hana di perkenalkan dengan Sofia, ibu Aqilah. Hana kagum dengan layanan keluarga Aqilah dan bila balik, dibekalkan pelbagai jenis makanan seperti Puding DiRaja, Tempoyak, Pekasam Ikan Kelah, pelbagai jenis ubi, Sayur-sayuran, Buah-buahan dan sebagainya. Tetapi yang paling hebat ialah Sofia kirimkan buah tangan buatku....bunga ORKID!!! Ya Allah, gembira tak terkira tetapi dalam masa yang sama takutnyaaaaa. Sebabnya, aku tidak tahu menanam orkid , apa tah lagi menjaganya! Sofia siap bekalkan bajanya sekali. Ini satu cabaran buatku. Jika menjadilah Orkid pemberian Sofia ini, maka selepas ini banyaklah pokok bunga orkid di sekeliling rumahku! Tolong doakan ya!! InSyaAllah!


          Bersahabat tidak perlu berdekatan atau perlu pertemuan. Hanya berkenalan dan bersembang melalui telefon sudah mencukupi untuk mengenali isi hatinya. Persahabatan yang berpaksikan keikhlasan InSyaAllah berkekalan. 


          Terima kasih Kepada Sofia yang percaya kepada aku dan keluarga menjaga anak daranya. InSyaAllah, Aqilah dah cukup dewasa dan pandai serta bijak menjaga dirinya sendiri. Percayalah. Jangan risau kerana dia ada keluarga yang menyayanginya di sini. Semoga Allah kekalkan Persahabatan Jarak Jauh ini hingga ke Jannah. Alhamdulillah.....





   


Thursday, December 10, 2020

37 years...

 


It felt like only yesterday! Alhamdulillah, 37 years of marriage and we still have that warm loving feeling. 


Alhamdulillah, we still hold hands, hugs and kiss wherever and whenever we want. You never miss saying that three words every day to me... it makes me feel good.  You are always there in my high and low. 


We’ve been best friends from day one and we never give up no matter what happened. We kept all our promises and vows together.  Thank you for everything. I am so grateful to Allah for this relationship. 


May Allah bless us with the BEST of Health so we can be together many years to come. InSyaAllah. 


Happy 37th Wedding Anniversary to us.  May Allah bless us with greater Iman so we can walk hand in hand to Janatul Firdaus. 


Aamiin Ya Robbil Alamiin...





Wednesday, November 25, 2020

My Little Art Studio

My little Art Studio

Not much that I can offer

Only a handful

of my very own creations

which I am so very proud of.


My little Art Studio

is not as what you think

is just a little corner

of my home

which I am so very proud of.


My little Art Studio

is where I keep myself busy

is where I find time for myself

away from everything

My little Art Studio 

is where my heart is

which I am so very proud of.

Oooooooo 

My little Art Studio





Sunset f.rom a cruise holiday. 
From my balcony.

My first painting of the cloud.

A river deep in the forest.
Glue Gun and Acrylic.

My Secret Garden.
Acrylic on wood.

An Island.
Acrylic on Canvas.

My Koi.
Stenciling on canvas with Acrylic.

Flowers in my mind.
Acrylic on wood.

Aaira's Koala.
Acrylic on wood.

Encounter.
Pencil Water Color on Paper.

An additional in guests toilet.
Well something to cheer them up!


Monday, November 23, 2020

Selamat Tinggal Sahabatku.......






      

         Aku ternanti-nanti berita darimu. Hampir sebulan kau tidak menghubungiku. Keluh kesah dibuatnya. Tertanya-tanya pada diriku sendiri, mungkinkah ada yang melukakan hatimu? Tiba-tiba telefonku berdering. Terdengar suaramu tetapi tidak seceria biasa. ada yang tak kena niii....

          Aku jadi gusar. Aku bertanyakan khabar dan akhirnya kau meluahkan segalanya. Ya Allah ....kasihannya sahabatku. Terasa lemah longlai kaki dan tanganku. Air mata tidak tertahan lagi namun aku tahan dari engkau mendengar tangisanku. Aku cuba menenangkanmu. Aku kata yang kau akan sihat. Tetapi tiada kepastian sebenarnya......hanya kata-kata pemanis mulut.

          Pusing keliling aku bertanya teman-teman perubatanku. Jawapan yang diberi menambahkan susah dihatiku. Ya Allah..... aku hanya mengadu kepadaMU sahaja. Tidak sanggup aku berkongsi cerita dengan teman-teman lain. Ia juga permintaannya  dan aku menghormatiya kecuali seorang sahaja.  Kami membuat rancangan untuk mengajak teman-teman ke Kota Bahru melawatnya. Sedikit demi sedikit, aku hanya dapat berkias-kias akan keadaan kesihatannya dan akhirnya dia sendiri yg bercerita. Semua sahabat amat bersedih tetapi kerana dia tidak menunjukkan kesakitan malah mempamirkan wajah yang riang dan bersemangat. Tetapi Allah saja yang tahu perasaannya.

 

          Beberapa kali selepas pertemuan itu aku berulang-alik dari Shah Alam ke Kota Bahru. Berbagai alasan kuciptakan hanya untuk menemuinya. Hampir tiga kali aku ke sana. Kali terakhir ialah pada akhir September 2020. 

          Kau masih lagi bersemangat menjamu selera minum pagi bersamaku. Mengikut suamimu, itulah yg paling banyak kau makan buat sekian lama. Lega aku melihat keadaanmu. Saat aku hendak pulang , kau tiba-tiba kelihatan pucat dan demam. Kau tidak menoleh langsung untuk melihat aku pergi. Namun aku redho kerana kau ingin berehat dikamarmu. Sebelum kau masuk, aku sempat membisikkan kepadamua yang aku akan berusaha untuk datang lagi pada awal bulan Oktober. Kau hanya mengangguk dan kami berpelukan seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Allah saja tahu bertapa aku merasa amat sayu meninggalkanmu dalam keadaan begitu. Tiada lagi lambaian darimu. Kau langsung tidak menoleh ke belakang. Aku tahu kau menangis.

  

          Awal bulan Oktober pun tiba, aku sudah menyiapkan pakaian untuk pergi tetapi kekangan demi kekangan mendatangi. Jumlah pesakit COVID 19 di Selangir kian meningkat dan akhirnya terkuburlah hasrat untuk menemuimu. Bersabar aku menanti selama dua minggu dan malangnya disambung lagi PKPD. Aku hanya mampu berdoa dan menyerahkan segalanya pd Illahi.

          Bertambah sayu lagi bila kau dimasukkan ke hospital kerana Gastrik dan di saat itu semangatku mulai luntur. Tak tahu apa nak ku lakukan. Aku  berdoa semoga  Allah memberi yang  terbaik untukmu dunia dan akhirat. Aku hanya mendapat perkhabaran dari anakmu dan sahabat2  yg sempat mengunjungimu dan menceritakan keadaanmu. Ya Allah, bagai disiat-siat jiwa ini mendengarnya. Bertapa kau didalam kesakitan sahabatku. 

          20.11.20 tampak amat cantik susunan nombornya. Di awal pagi itu, Allah menghadiahkanku cucu ketujuh. Bertapa gembiranya aku ketika itu. Ramai sahabat jauh dan dekat memberi ucapan tahniah, ucapan selamat dan mendoakan cucuku. Tetapi kegembiranku terhenti pada lewat malam tu bila mendapat berita tentang pemergianmu menyahut panggilan Illahi. Kau meninggalkanku buat selamanya. Saat itu aku tidak lagi menangis. Aku masih mampu bertenang. Aku jalankan tugas dan tanggungjawab   menyampaikan berita sedih ini kepada semua sahabat kita di seluruh negara. Kau adalah kesayangan kami semua. Namun saat kerandamu diusung ke perkuburan, saat itulah air mataku berderai tanpa hentinya. Sah.... kau sudah pergi selamanya. Sehingga hari ini, aku masih sedih dan merinduimu.

          Sahabatku, kenangan kita bersama selama kita bersahabat akan kukenang selamanya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kehidupanku. Semoga Allah memberimu yang terbaik dan menempatkanmu bersama para solihin. Semoga kita bisa bertemu di Jannah nanti. Carilah aku dan aku akan mencarimu dengan izin Allah. 

           Selamat tinggal sahabatku. Allah menghalangku melihat keadaanmu dalam kesakitan tetapi mengingatimu saat sihatmu. Aku redho....

























Sunday, November 22, 2020

Musafir Rindu

 

Hujan malam menambah resah
Hati sepi semenjak kau tiada
Semakin hari semakin rindu
Biarpun tubuh terpisah jauh

Bagai patah tak tumbuh lagi
Bagai hilang tidak berganti
Bagai terbawa separuh diri
Bersama pergimu yang tak kembali

Bukanlah gurauan
Bukan sekadar mainan perasaan
Apa yang tersurat
Itu yang tersirat namun ku rela

Dalam doaku kusebut namamu
Tenanglah dikau sayangku

Aku bagai musafir lalu
Menyusulmu sudahlah tentu
Disana kasih kekal abadi
Suci dan kudus kesepakatan Ilahi











Sunday, November 15, 2020

I wish......

 I wish I am a bird

So I can fly to you

I wish I am a fish

So I can swim freely to meet you 

I wish I am a Superhero

So I can help you

But dear... I am just a normal human being

I need to follow orders

I need to stay home

Even money is useless

I feel so helpless

Clueless

But..... 

I can only wish......

My wish is what is the BEST for you from HIM.