Friday, May 27, 2016

Jauh perjalanan, banyak pemandangan, luas pandangan.....

  

Jauh perjalanan, Banyak pemandangan , Luas pandangan.
Itulah yang selalu diperkatakan oleh suamiku kepada kami sekeluarga.

Perjalanan yang jauh bermula dari kediaman kami di Shah Alam menuju kendestinasi pertama iaitu Kota Bahru. Perjalanan sejauh 400km mengambil masa selama 6jam selamat ditempuhi.

Kami bermalam di rumah sahabat karibku Cikgu Akhtar Zaiti dan suaminya Cikgu Wan Ikram. Seperti lazimnya, kedua siami isteri ini memang suka menjamu tetamu dengan hasil air tangan sendiri. Pelbagai juadah dihidangkan untuk kami. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka sekeluarga. 



Pada awal keesokan paginya, selepas bersarapan di sebuah gerai yang dipanggil Nasi Berlauk Katil (kerana si penjual duduk bersimpuh di atas sebuah katil besi yang usang dan di sekelilingnya adalah bahan jualannya....sangat unik!)








Perjalanan dari Kota Bahru ke Rantau Panjang mengambil masa selama 48 minit sahaja. Sebelum kami melepasi sempadan Malaysia -Thai di Rantau Panjang, ada sedikit gangguan bunyi pada kenderaan kami. ini menggusarkan. percayalah wahai sahabat semua bahawa doa Musaffir itu dimakbulkan. Kami didorongkan ke sebuah bengkel dan dalam masa kurang dari sejam, segala ya telah dibaiki. Rupanya ada skru yang perlu diketatkan ikatannya. Alhamdulillah.




Kami meneruskan perjalanan ke 'check point' pertama. Urusan pertama selesai dengan licin sekali tanpa sebarang kesulitan. Yang perlu dipastikan ialah Passport Antarabangsa, Geran Kereta dan tuanpunya kenderaan (tetapi jika tuanpunya kenderaan tidak ada bersama, kita perlu sertakan surat kebenaran darinya) .  Kemudian jangan lupa beli insuran perjalanan kita.  Jika lengkap segalanya, maka tiada halangan lagi. Empat pengembara tua meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya.





     


     







     




  



     


     






Haji Adam membawa kami ke merata tempat dan ceruk. Kami memasuki pekan-pekan kecil seperti Sungai Kolok dan Tatbai. Kedua nama pekan ini memang aku tahu tapi inilah kali pertama ke sana. Bukanlah besar sangat pekannya. sama saja seperti deretan kedai di Rantau Panjang sahaja. 

Sepanjang perjalanan menuju ke Narathiwat, setiap beberapa kilometer pasti ada 'road block'. Beberapa orang askar lengkap dengan selaras senapang memberhentikan dan memeriksa setiap kenderaan . Berkumat-kamitlah kami berempat membaca doa masing masing.  Di sepanjang perjalanan itu tidak kurang dari sepuluh 'road block' yang kami tempuhi. Yang pasti, semua road block adalah berhampiran dengan masjid-masjid yang kelihatan jelas dari tepi jalanraya. Sungguhpun begitu keadaannya, sedetik pun kami tidak ada rasa cemas atau  terancam malah kami rasa selamat.




Di bahagian selatan  Siam memang diketahui ramai penduduknya terdiri dari orang Islam. Memang jelas kelihatan banyak masjid kecil dan besar serta madrasah dibina di situ. Di sana sini kelihatan wanita wanita yang bertudung dan kaum lelakinya berserban atau berkupiah. Terasa seronok dihati melihat keadaan seperti itu kerana jarang sekali dapat melihat ramai anak anak muda kita berkupiah dalam jumlah yang ramai. Terasa pulak diri ini masih di negara sendiri sehinggalah mereka mula berkata-kata. hahahhaha

Kami singgah untuk solat Zohor dan Asar di sebuah masjid. Sungguh unik masjid ini. Masjid Wadi al Hussein yang sudah berusia 390tahun dan ia masih utuh. Keseluruhan bahagian masjid ini diperbuat daripada kayu dan rumah yang diduduki oleh Imam masjid tersebut juga seusia masjid ini.  Sungguh cantik binaan ini.
Terhenti sejenak mengamati pemandangan disekeliling. Agaknya, bagaimanakah rupanya keadaan kehidupan mereka di zaman itu. Bagaimanakah Islam disebarkan dan dipertahankan hingga ke hari ini.  MasyaAllah..... 

Sebelum kami berangkat keluar dari masjid, terdapat satu kumpulan besar pengunjung datang melewati masjid tersebut. Rupanya orang Malaysia dari Gombak, Selangor. Maka sessi bersembang Melayu pun bermula..... seronok rasa di hati dapat bertemu dengan orang kita.  


 


Perut mula rasa lapar. Kami ke D'Aman Resort yang dimiliki oleh orang Islam. Tengahari itu kami dihidangkan dengan pelbagai juadah Siam yang sedap-sedap. Kerabu dihidangkan dalam kelapa dan ayam gorengnya sangat lazat....rangup di luarnya dan 'juicy' isinya. Istimewanya  Resort ini dibina di tepi laut. Hari itu terdapat ramai pengunjung tempatan. Rupanya mereka sedang bercuti sekolah..... masa nilah terkenangkan cucu kami......rinduuuuu.



   


Selepas menikmati hidangan makan tengahari, kami menyusuri jalan pantai dan berhenti sebentar di Pantai Narathiwat.  Terdapat banyak aktiviti sihat yang dijalankan di sana. Peniaga tidak melepas peluang menjual pelbagai barangan tetapi mereka tidak mengejar dan memaksa kita membeli . Bila kita singgah dikedainya, barulah mereka bertanya hajat kita. sangat relaks di sini.


Perjalanan diteruskan ke Songkhla. Jarak pemanduan kami  keseluruhannya dari Sungai Kolok atau Golok ke Songkhla adalah sejauh 275km mengambil masa   selama 4 jam 23 minit. itu tidak termasuk masa kami makan dan solat. Perkhidmatan Google Map dan Waze amat membantu. Setibanya kami di Songkhla, tugas pertama kami ialah mencari bilik hotel. Badan terasa letih kerana perjalanan yang jauh. Malam itu kami bermalam di Samila Resort. Agak mahal tetapi badan perlu direhatkan. Oleh kerana perut masih kenyang, Kami makan makanan ringan sahaja. Malam itu kami tidur nyenyak.




Selamat malam.... 






























Sunday, May 22, 2016

SAWADEEKAAP......Kisah Pengembara SiTua 2016

          




           Permusafiranku kali ini merupakan sebuah pengembaraan. Pengembaraan ini penuh dengan tidak ketentuan. segalanya telah difikirkan tetapi walau sebanyak mana dan sehebat mana persediaan, kekurangan pasti ada. Itu lumrah. Begitulah  ibaratnya kehidupan kita di dunia ini untuk menuju ke destinasi terakhir kita penuh dengan pelbagai persiapan dan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Apakah mencukupi bekalan kita untuk ke sana nanti? 



           Sahabat karibku Che Norliah dan suaminya Adam sudah berkali menjelajah Siam hingga ke Phnom Phen. Hanya mereka berdua sahaja. Apabila mereka bercadang untuk ke Siam lagi dan terus ke Utara Siam, kami dijemput untuk turut serta. Pelbagai soalan bermain di kepala.




1... Mampukah badan tua ini untuk bertahan perjalanan jauh di negara asing, jauh dari keluarga, taulan dan kehidupan biasa?


2... Bolehke kami saling bekerjasama dan bertolak ansur....

3... Selamatke kami nanti dengan pelbagai ancaman, bom dan tembak disana sini.....



          Macam macam soalan yang kami tanya dan bincang dan akhirnya, kami bertawakal. Kami berdoa dan berserah.  Allah Maha Mengetahui. Kami ingin melihatdan merasa kan kebesaranNya... Insyaallah Selamat.  




         Dalam Islam, adat untuk bermusafir beramai , kita kena lantik ketua dan semua keputusan hanya ketua saja yang memutuskan. Kami melantik Adam sebagai KETUA. Beres.




         Kami bertiga punya tugasan masing-masing. Suamiku Ibrahim menjadi juru tunjuk jalan atau 'navigator' dengan bantuan Google Map dan Waze. Sungguh tepat tetapi ada masa kena guna akal sendiri juga. 




         Aku tukang jaga duit atau 'banker'. Perbelanjaan terbahagi kepada empat bahagian iaitu MINYAK, MAKAN MINUM, PENGINAPAN dan MESERBA. Perbelanjaan MESERBA termasuklah kudap-kudapan, pasar, tabung masjid, tips buah tangan dan sebagainya. Semua perbelanjaan kita bahagi sama banyak. Setiap orang keluarkan RM2,000.00 sahaja dan kita tukar semua pungutan Ringgit Malaysia ke Thai Baht. 




         Che Norlia bertugas sebagai tukang masak. Pelbagai jenis makanan dibawanya. Kudap-kudapan dan air minuman panas sentiasa tersedia dalam kereta. Jika terdapat kesulitan mendapatkan makanan halal, beliau akan masak untuk kami.




         Adam sebagai Ketua juga bertindak sebagai Pemandu Utama dan aku co-pilotnya. Untuk seorang yang sudah berusia 67tahun, Adam adalah seorang lelaki yang sangat sihat dan kuat. Beliau mampu memandu selama 7 jam berterusan. Sesekali belau akan berhenti untuk segarkan diri dan cerahkan mata.... merokoklah jawabnya....




        Walaupun kami punya tugas khas  dan tanggungjawab masing- masing, kami saling membantu. Semua tugas dilakukan bersama. 




Yang paling utama ialah ikut arahan ketua!!


Pengembara SiTua 2016

Sunday, July 27, 2014

Baltics........ Helsinki, Finland.

We arrived at Helsinki port on time eventhough the ship had to sail in a very foggy weather. The visibility was not good at all. The ship had to blow its horn every now and then to make sure other vessels knew of our presence. Scary indeed.  That was a true experience for us.




Upon arriving at the port, we felt so relief... yes... we are safe. Alhamdulillah. Everyone of us hop off the ship almost the same time. As we looked around, we did not see anybody waiting for us. We looked around but still nobody there! So since there were some souvenier shops, almost all of us went in.  Shopping time!!!! Then someone came. George was the name. He was holding my name and after introducing ourselves, George asked me..."Why are you still in here. We are supposed to meet out there?" Oooooohhooohhh.....I must have forgotten about our meeting venue. It was in the email. That reminded me to be alert next time. Sorry George!






As we we drove through the city centre, we passed through the Central Station which is the heart of Helsinki. Then we drove down to Mannerheim Street which is the main boulevard of the city. Then we made a small stop in front of the Parliament House for an early shopping at the Hard Rock Cafe and the Market Square.






Continuing on, we stopped by the Olympic Stadium used for the 1952 Olympic Games. I think Shah Alam Stadium is much bigger!




After the brief short stop at the stadium, we proceeded to the Seurasaari Open-Air-Museum which was located on a beautiful green island located just a few kilometers away from the heart of Helsinki. The island is a tranquil oasis in the midst of the city and at the museum the traditional Finnish way of life is displayed in the cottages, farmsteads and manors of the past four centuries that have been relocated from all around Finland. All the different provinces of Finland are represented in the well preserved old buildings and they gave an overall view of Finnish countryside life from the 18th to the 20th century.







Our next stop was the Sibelius Park. It was raining throughout the day. So most of our friends did not want to get wet. We made  just a short stop for a unique photo opportunity of the monument of 527 steel pipes honoring the great Finnish composer Jean Sibelius. George told us that when the wind blows hard and at a certain direction, the steel pipes will produce beautiful sound!



We did not forget to visit and pray in Helsinki Mosque. The bus stopped too far away from the mosque. And it still rained. Ony a handful of us went down. Comparatively to the other ports of calls, the guides really did their homework in locating the mosque .... unfortunately, this guide did not! No doubt he is nice but a promise is a promise right! Anyway, after about few blocks of walking in the rain, at last we arrived at the mosque. The Imam, Ramil, waited for us to perform Dhuhur together. He was shocked to see only a few of us came because he expected 40 jamaah. Alhamdulillah, we managed to perform our solah with him . Such a very nice man. He has been to our country for Musabaqah Al Quran and managed to speak a word or two in Bahasa Melayu. He would love to visit Malaysia again and again! I am so proud to be a Malaysian!


  

  



It was still drizzling when we arrived back to the port. After thanking the guide and the driver, we rushed back to the ship. As usual the crew will be waiting for us there with hot chocolate, hot towels and big smiles on their faces. All aboard!!!!!