Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009!!!

Guru adalah satu profeyen yang sangat murni. Setiap dari kita pernah melalu alam persekolahan bermula dari Tadika, Sekolah Rendah, Menengah, Kolej sehinggalah ke Universiti . Di setiap peringkat yang kita lalui, kita dididik oleh guru dan pensyarah tapi mereka adalah sama semua...GURU. Sampai mati pun, mereka tetap disebut-sebut nama bermula dengan gelaran keramat mereka..GURU.

Terkenang semasa aku masih mengajar selama belasan tahun. Bekas anak-anak murid ku boleh aku katakan majoriti berjaya dalam hidup mereka. Sebahagian dari mereka kini memegang jawatan penting dalam jabatan masing-masing. Malah ada yang telah membuka syarikat sendiri, restaurant sendiri dan sebagainya. Aku boleh jalan with my head high sekarang ini. Sekurang-kurangnya, aku tahu aku telah berjaya mendidik mereka menjadi manusia. Alhamdulillah.

Dalam karier sebagai guru, tiada wang yang dijanjikan. At the end of the day, what a teacher earn is only the feeling of satisfaction when they managed to make their pupil understand the lesson of the day. Jangan samakan mereka dengan guru yang mengajar tuition. Sama tapi tak serupa.

Aku tahu bertapa susahnya menjadi guru. Tanggungjawab yang dipikul bukan calang-calang. Kita berhadapan dengan nyawa dan ada perasaan. Masalah sangat banyak tapi yang penting anak murid mesti dapat tumpuan sepenuhnya.

Bila tiba waktu peperiksaan, guru kena prepare the questionaires. Those days without the aid of computer, we had to use the typewriter. Menaip macam ayam patuk jagung, tapi soalan mesti siap on time. Masa ni, kalau guru baik dengan pekerja am sekolah, pekerjaan jadi mudah atas bantuan mereka! Kemudian kena pergi ke mesin pengelek kertas. Just imagine the ink...ooooo so messy! Then papers had to be clipped and counted to the amount of classes. After the exam, kena tanda jawapan pulak! This I hate most....because pekerja am tak dapat tolong. Sendiri mau bikin babe!!! I never complained. In fact I love being a teacher. Till today, my ex students still look up on me as their teacher and some even said that I'm like their mother. Very touching!!

Aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua sahabat-sahabat ku yang masih lagi mengajar atau yang sudah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Sekolah, Pegawai Pendidikan dan yang sudah berhenti mengajar seperti aku, di mana jua mereka berada, aku berdoa agar kalian akan terus mengajar dengan seikhlasnya demi anak-anak kita yang bakal menjadi pemimpin di masa depan. Tinggikanlah kesabaranmu kerana tinggal beberapa tahun sahaja lagi unutk pencen.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2009!!!!

No comments:

Post a Comment