Orang kata, cubit peha kanan, peha kiri terasa juga walaupun tidak sesakit yang dicubit. Namun, itulah hakikat kita berkawan. Apabila kawan kita ditimpa musibah, diuji Allah dengan pelbagai masalah yang berlainan tahap kesusahannya, aku juga turut merasa dan mengongsi perasaan mereka. Like I said, what I felt is not as bad as what they faced.
Namun, apabila masalah yang kita hadapi, kita dapat berkongsi bersama sahabat(tak perlu ramai), walaupun tidak dapat menyelesaikan perkara yang mengusut masaikan kepala kita, sekurang-kurangnya you feel lighter. Gas yang terkurung dalam satu bekas, akan meletup kalau tidak dilepaskan. Begitulah analoginya.
Namun, not all friends can lend their ears and give you honest comments right from the heart. To me, we have to understand the situation, get the right picture, analyse all the facts in able to make the right interpretation and to give the right explanation. A good friend do not take side. To me, even if you are wrong, I have to say so. There is no room for denial. A good listener must be a person who will not broadcast a friend's problem to others. Mesti amanah pada sahabat kerana berdosalah kita mengaibkan orang lain dengan menceritakan kesilapan atau kekurangan mereka. Jangan sekali-kali walaupun yang diceritakan adalah perkara kecil sahaja. Kecil atau besar, di mata Allah, dosa tetap dosa. Beristigfarlah!!
Aku berdoa semoga sahabat-sahabatku yang sedang mengalami kegusaran hati, sakit perasaan, gangguan kesihatan anak dan sebagainya, bersabarlah dengan ujian Allah ini. Sebenarnya Allah akan memberi hikmah atas segala ujian yang dilalui. Teruskanlah berusaha, berdoa dan menangislah kau pada Allah. Mintalah kepadaNya kerana Dialah sahaja yang dapat memberi ketenangan hati, jiwa dan perasaan....bukan sahabatmu yang bernama aku. Aku hanya sekadar mengongsi perasaanmu sahaja dan membantumu sedayaku. Yang baik itu datang dari Allah jua......
Kepadamu wahai sahabat-sahabatku, bertenanglah dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat dirimu sekeluarga. Jangan cepat give up, aku pasti Allah akan memberi jalan keluar yang terbaik untukmu.
No comments:
Post a Comment