Bila doktor kata CRP amat tinggi. Ertinya ada gangguan bacteria dalam badan kita. C-Reactive Protein atau CRP amat penting untuk kita ketahui. Jom kita kenali dia. Biar aku terangkan dalam bahasa kampunglah!
Dalam keadaan bada kita yang normal, Allah jadikan CRP ni ada dalam 6 ekor saja untuk menjaga tubuh kita dari serangan bakteria asing. Bila kita demam, secara automatik, jumlah CRP ini akan terus berganda-ganda jumlahnya. Itu tandanya badan kita sedang diserang dan CRP cuba mempertahan.
Bagaimana doktor tahu CRP kita bertambah? Mestilah melalui ujian darah. Sebab itulah semasa kita di hospital, doktor sentiasa mengambil sampel darah kita... bukan suka-suka tau tapi antara yang nak diperiksanya ialah CRP kita. Jadi janganlah marah kalau setiap Subuh adabyang mengambil darah kita. Mereka nak membantu kita. Hulurkan ajelah tangan tu.
Dalam kes aku, semasa mula-mula masuk hospital, CRP aku berjumlah 140. Walaupun setelah ubat diberi, CRP terus meningkat hingga ke 370! Ketika itu, antibiotik yang diberi tidak mampu melawan bakteria yang menyerang sehinggalah doktor dapat mengenalpasti nama bakteria yang menyerang, disusuli pula oleh nama-nama jenis antibiotik yang boleh melawannya, barulah CRP aku menurun hingga ke 7.
Sebelum antibiotik yang betul ditemui, aku asyik demam saja dan yang paling tingginialah 40 darjah hingga ke peringkat meracau! Ingat ya, bila badan kita demam, ertinya organ dalaman kita ada yang tidak sihat. Kemungkinan bernanah di mana-mana. Dalam kes aku, selepas jalani proses ultra sound didapati hati aku sedikit membengkak. Kemudian X-Ray dan diikuti dengan CTScan. Dan melalui CT Scan inilah baru disahkan bahawa parut COVIDku di paru-paru diserang backteria dan diselaputi kahak. Bila XRay, paru-paru yang sihat berwarna gelap tetapi bila ia berwarna putih, ertinya dah diselaputi kahak.
Maka bermulalah ubat cairkan kahak, ubat untuk hati yang membengkak dan antibiotik yang sudah dikenalpasti kemujarabannya untuk paru-paruku.
Sebab itulah, nasihat aku kepada semua yang ditahan dihospital, bila setiap Subuh darah kita disedut, jangan senang-senang berfikiran serong. Bila deman kita tak kebah-kebah, jangan nak marah-marah. Darah kita masih sedang diuji untuk mengenalpasti bakteria yang masuk dan menyerang badan kita supaya doktor dapat memberi antibiotik yang betul. Walaupun demam dah kebah, masih diambil darah kita, jangan bising... itu doktor nak pastikan CRP kita kembali normal. Kalau semasa ambil darah mereka terpaksa membuat berkali-kali, sabarlah. Bukan dia suka-suka nak buat begitu. Dan bukan semua irang mahir mencari urat yang betul. Ada urat yang jenis kari-lari (running vein). Kalau boleh dia nak buat sekali saja. Macam masalah aku ialah urat aku terlalu halus dan susah dijumpai. Selalu tersorok dan tak mahu timbul. Aku tadah ajelah. redho aje!
Demikianlah sedikit ilmu yang aku dapat sampaikan dengan menggunakan bahasa kampung supaya senang difahami.
Yang penting orang yang merawat dan menjaga kita kena sabar tetapi kita yang sakit jauh lebih kena sabar kerana kita memerlukan mereka. Berterima kasihlah kepada para doktor, jururawat dan pekerja hospital... sesungguhnya jasa mereka tak dapat kita balas. Meteka juga manusia biasa. Ada masa mereka sedih atau risau dan sebagainya, seperti kita juga. Mungkin ada masalah hutang, keluarga, anak sakit, bergaduh dan sebagaijya. . Semua orang ada masalah. Maka kita kena belajarlah bersabar.