Semasa menulis ini, aku masih berada di Kota Madinah al Munawarah. Bagi yang pernah ke sini pasti dpat membayang bertapa seronoknya ketika berada di sini. Sebenarnya,di sini tidak sama seperti tempat kita. Namun arus kemodenannya aku boleh katakan kita at par. Yang membezakan cara mereka dengan kita di tanah air ialah cara hidup kita. Hidup mereka berpandukan al Quran dan Hadis sepenuhnya. Yang haram adalah haram. Hukumnya tiada berbelah bagi. No compromise dalam melaksanakan hukum Allah. Aurat wajib ditutup dan disorokkan dari mata yang haram melihatnya. Itu satu aku puji. Kami yang dari Malaysia boleh kehulu dan kehilir dengan mengenakan telekung tanpa rasa pelk langsung. Cuba bayangkan ada yg berpakaian beitu di tengah bandar di negara kita. Pasti jadi bahan gossip walhalnya menutup aurat tu tuntutan agama kita. Tapi tak perlulah bertelekung tengah bandar, pakailah tudung. pasti lebih manis. Pulak sekarang ini ada pelbagai jenis tudung yang pelbagai fesyen. Yang pastina untuk tutup aurat.
Kami diberitahu bagaimana orang kafir nak menyesatkan kita. Mereka cuba sedaya upaya menyesatkan org Mekah dan Madinah. Segala bahan media sperti handphone khasnya dijual dengan harga yang sangat murah dengan harapan agar apabila penduduk dibumi Tanah Haram sudah sesat, maka senanglah menyesatkan yang lain2 negara Islam. Dulu aku marah dan fed up bila kami kaum wanita diperiksa dgn begitu teliti sekali sebelum memasuki masjid. But now I understand why..semua kerana aurat wanita yang perlu dipelihara sewajarnya. katakanlah kita sibuk mengambil gambar dgn handphone canggih kita, tiba2 ada muslimah yang sedang membuka tudungnya maka auratnya akan tersebar luas. Ini yang hendak dielakkan oleh pemerintah. sekarang aku faham....
Tadi aku ditegur oleh seorang jemaah kerana tidak memakai penutup lenganku walaupun aku berselubung dengan telekung. Aku terima tegurnnya dengan seribu kesyukuran kerana dia mencintaiku sebagai kaum wanita yang wajib menutup auratnya. Aku ucapkan terima kasih padanya dan berjanji pd diriku dihadapannya kerana Allah untuk memakai penutup lengan selepas ini. Sebaik-baik manusia ialah menerima teguran dengan hati yang tulus ikhlas ....insyaallah. Begitulah keberkatan hidup di Tanah Haram. Semoga Allah memandang kita dengan penuh kasih sayang.
No comments:
Post a Comment