Musim cuti sekolah sudah dipenghujungnya. Esok, mulalah anak-anak sibuk bangun pagi untuk ke sekolah. Honeymoon time is over for them. Walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi , wabak influenza H1N1 dan jerebu, ibu bapa masih tetap membawa anak-anak mereka bercuti walaupun dalam negeri sahaja. Ada yang ke Pantai Timur, Ke Genting Highlands, Cameron Highland dan sebagainya. Ada yang mengambil kesempatan menghadirkan diri ke majlis-majlis perkahwinan anak-anak saudara atau anak-anak teman.
Sebenarnya, majlis perkahwinan adalah waktu yang terbaik untuk mengeratkan tali silaturrahim antara teman dan saudara. Majlis ini juga adalah tempat dimana kita akan berpeluang berjumpa kembali dengan saudara mara kita yang telah lama terpisah. Ada yang tidak berjumpa berpuluh tahun lamanya! Bunyi macam tak logik tetapi itulah kenyataan. Walaupun kita berasal dari kampung yang sama semasa kecil, tetapi bila sudah dewasa kita punya hidup sendiri dan tinggal jauh dari kampung kelahiran. Balik sesekali contohnya pada hari lebaran tetapi tidak serentak. Jadi di mana kita boleh menjejak kasih.....jawapannya ialah di majlis perkahwinan, pasti semua orang dapat hadir!
Bagi sahabat lama yang sama bersekolah rendah, menengah, kolej, universiti, teman sekerja dan sebagainya, pasti semua ternanti-nanti untuk bertemu di majlis tersebut. Oleh itu, majlis perkahwinan adalah majlis reunion untuk sahabat lama dan saudara mara.
Oleh itu, ingin aku mengongsi pengalamanku semasa mengahwinkan anak perempuanku dua tahun lalu. Bila teman dan saudara kita bertemu, masing-masing hendak berbual tentang kisah lama bersama. Banyaklah cerita-cerita lama keluar mengikut persepsi dan dari sudut ingatan dan pandangan masing-masing.
Setiap orang akan mula bersembang, sampuk menyampuk dan ada masanya ketawa berdekah-dekah. Masa tu protokol di tolak ketepi. Siapa pun kita, pangkat apa sekali pun, semuanya dilupakan seketika. Kita serupa! Semua nak bercerita dan menyampaikan berita dahulu dan terkini. Pelbagai kisah samada yang seronok, lucu, serious dan sedih akan dikongsikan bersama. Oleh itu, muzik yang dimainkan secara live atau rakaman atau dengan penggunaan khidmat disc jockey perlulah menepati keadaan semasa. Tetamu hendak bersembang jadi muzik yang dimainkan mestilah hanya menjadi halwa telinga sahaja supaya tetamu tak terjerit-jerit bercakap.
Bila sudah bertemu kenalan lama, pasti banyak yang hendak diceritakan. Tentang diri, tentang kemajuan, anak cucu dan sebagainya. Seeloknyalah kita selaku tuan rumah menyediakan sudut minuman panas atau coffee corner dengan sedikit makanan ringan. Sediakan tempat untuk duduk di satu kawasan yang jauh sikit dari tetamu lain dan tinggalkan mereka to catch up the lost times together. Tetapi tuan rumah kenalah teruskan tugas menyambut tetamu dan mengucapkan terima kasih kepada yang hadir. Sesekali mencilok tak apalah..dimaafkan. Semua orang faham dan tidak berkecil hati. Mana boleh tahan tengok kawan-kawan bersembang dan kita ketinggalan! Kita pun ada cerita jugak..
Bagi Caterer pulak, haruslah kita sentiasa mengingatkan mereka supaya cepat membersihkan meja makan yang telah digunakan supaya tetamu yang seterusnya dapat duduk dan makan dengan selesa. Kita mestilah peka dengan keadaan ini kerana dalam keadaan sibuk melayan tetamu kita tend to overlook into this matter. Sebaik-baiknya, pihak Caterer membawa alas meja lebih supaya boleh diganti dengan yang sudah kotor akibat dari tumpahan air minuman dan kuah. Harus diingat bersama bahawa tetamu itu mungkin akan menghadiri satu lagi majlis perkahwinan dan pasti akan merasa kurang senang kalau bajunya terpalit kotoran dari meja makan tadi!
Jangan lupa ambil gambar bersama teman dan saudara yang hadir kerana kita tak tahu when is the next get together. Maklumlah, cuti sekolah yang akan datang jatuh pada bulan Ramadhan. Mana ada majlis perkahwinan masa itu. Nak tunggu akhir tahun lama sangat. Umur pun dah bertambah, penyakit banyak, manalah tau.....jadi gambar yang dirakamkan bakal menjadi kenangan abadi.
Bagi ibu bapa saudara dan sepupu sepapat yang datang dari jauh, mestilah dihargai. Banyak kenangan yang kita kongsi bersama semasa kecil dahulu. Pastikan tempat tidur dan rehat mereka mencukupi. Sekiranya ruangan rumah kita terhad, carilah bilik-bilik hotel atau apartment untuk mereka tetapi sebenarnya tidur lambak bersama semua adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Harus tak tidur sampai pagi sebab banyak sangat cerita yang nak dikongsi bersama. Telatah ibubapa dan anak-anak akan menjadi kenangan apabila bersurai nanti. Banyak cerita lama keluar. Yalah, tentang Pak Cik dan Mak Cik kita, keluarga si polan, perangai jiran, zaman mengaji, mandi sungai, curi buah rambutan dan sebagainya. Anak-anak pasti terlopong mendengar dan melihat telatah orang tua mereka!
Oleh itu, pengantin pada hari itu telah memberi sumbangaan pertama mereka kepada keluarga that is to bring old friends and long lost cousins together to meet and greet one another. Sebab itulah majlis perkahwinan adalah hari kebesaran untuk ibu bapa sebenarnya. Baru mulakan hidup sebagai suami isteri, kamu telah pun berjaya berbakti kepada kedua orang tua kamu. You should remember that! Ingatlah bahawa, majoriti jemputan adalah sahabat handai mereka yang sudah berpuluh tahun lamanya. Oleh kerana itu terimalah sahaja cadangan mereka untuk menjayakan majlis perkahwinan itu kerana semua perbelanjaan adalah dari kocek mereka dan mereka pasti buat yang terbaik untuk semua orang khasnya anak mereka yang menjadi pengantin hari itu. Kelancaran majlis samada baik atau tidak akan melambangkan kehebatan dan keupayaan ibubapa dan bukan pengantin.....
Bagi semua pengantin baru, selamat menempuh alam baru sebagai suami isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment