Thursday, July 30, 2009

Rehat tapi teringat...


Dah lama kami diberitahu. Along dan suami akan menunggang motorsikal berkuasa tinggi mereka ke Krabi, Thailand. Memberitahu bukan untuk meminta persetujuan kami sebagai ibubapa tapi as formality....like people always say, "I'm not asking you , I'm telling you!'
'
Kami akur dengan kehendak mereka kerana kami dulu pun muda dan pernah melalui situasi sebegini. Asal rancangan mereka ialah mereka sekeluarga bertolak ke Alor Star bersama tapi menaiki kenderaan berasingan iaitu A'sim tunggang motorsikalnya dan Along memandu Hilux bersama A'mmar beriringan dengan 6 buah motorsikal yang lain. Risau juga memikirkannya kerana jika A'mmar menangis nanti, siapa yang boleh melayan dia? Kami diamkan sahaja kerana biarlah mereka membuat rancangan dan keputusan sendiri....itu adalah langkah kearah kedewasaan.

Tiga hari sebelum bertolak ke Alor Setar, Along menyatakan bahawa dia dan A'mmar akan menaiki kapal terbang pulak. Deep inside our heart we agreed and suggested that she take Firefly. Harganya labih murah dan bertolak dari Terminal 3 Subang Airport! Selesai masalah susah hati kami serta mudah kerja kami. Tak payah terburu-buru ke KLIA atau LCCT yang jauh tu..Tapi demi anak dan cucu, apa saja......

Petang semalam, kami menghantar anak dan cucu kami ke Subang Airport. Beratnya hati nak lepaskan si kecil tu. Maklumlah, hari-hari dari pagi hingga petang dan kadang-kadang sampai lewat malam, A'mmar akan bersama kami. Yang paling merinduinya ialah Atoknyalah sebab setiap hari mandi bersama dalam bath tub.

Cucu itu adalah penwar segala penyakit hati dan perasaan. Mana taknya, bila hati sedang marah, pandang wajah cucu yang tersenyum dengan lidahnya yang tersentil, hati langsung cair! Hilang marah dan susah hati dibuatnya. Hai cucu, bertapa kami merinduimu.

Tapi kami pasrah. Elok juga si A'mmar tu balik Alor Setar. Dapatlah Tok Wan dan Mama Tok serta saudara mara dia berpeluang menjaga A'mmar yang memang terkenal sebagai seorang bayi yang sangat peramah dan mudah di jaga oleh sesiapa pun....Alhamdulillah. A'mmar is lucky to have so many people who love and adore him very much. Aku berdoa agar A'mmar akan terus membesar dengan penuh keceriaan dan penuh dengan kasih sayang serta berdisiplin. May he grow up to be a happy, healthy and successful man dalam hal-hal duniawi dan akhirat.... Insyaallah.

Ketika ini, Along dan A'sim pasti sudah sampai ke destinasi. Semoga mereka selamat dan berbahagia bersama. It will be another honeymoon for them. Jangan balik nanti A'mmar bakal dapat adiklah pulak....hahahahha...Whatever, itu adalah milik mereka.

Walaupun Oma dan Atok dapat berehat semasa A'mmar balik kampung ni tapi kami tetap teringatkan dia. Looking forward for Sunday night to hold A'mmar back in our arms.....miss you so little one!!

Monday, July 27, 2009

Hebatnya teknologi kini....

Boeing 747-400Image via Wikipedia

Dulu, seingatku, sekiranya seseorang anak itu diterima melanjutkan pelajarannya di menara gading, sekampung akan heboh kerana itu satu pencapaian yang hebat dan membanggakan. Sekiranya anak itu ke luar negara, sekampung akan menghantarnya ke lapangan terbang! Sekiranya anak itu ke Universiti AlAzhar di Mesir...wah darjat keluarganya akan diangkat begitu tinggi sekali di mata masayarakat kerana anak itu apabila pulang nanti akan menjadi seorang Imam, Tok Kadhi, Jurunikah, Guru Agama dan sebagainya......pokok pangkalnya jadi orang pentinglah dalam bidang agama...Alhamdulillah!

Semasa berjauhan dari keluarga,perasaan rindu tak dapat dibendung lagi. Berkajang-kajanglah surat akan diutuskan dan akan mengambil masa sehingga sebulan untuk sampai ke tangan penerima! Percaya atau tidak itu adalah hakikatnya. Berbaldi-baldilah airmata menitis mengenangkan anak yang jauh dari mata. Entah makan ke, sihat ke, cukup duitke dan sebagainya yang akan bermain dibenak hati ibu bapa. Itu adalah lumrah. Oleh kerana terlalu rindu, panggilan telefon digunakan. Dulu, tidak semua rumah ada telefon. Apa patut dibuat ialah menelefon Balai Polis kampung atau rumah Tok Penghulu atau rumah orang kaya di kampung itu yang menjadi mangsa! Ada macam-macam gelagat menggunakan telefon. Ada yang memegang gagang telefon terbalik iaitu bahagaian receivernya di bawah...hahhahhaha. Ini cerita benar bukan rekaan tau. Anak-anak muda mungkin sukar untuk absorb cerita seperti ini tetapi dulu begitulah keadaannya.

Kini, segalanya berubah.Teknologi berubah setiap saat. Segalanya dipermudahkan dan dipercepatkan. Kini bila akau merindui anak bujangku di Melbourne, aku bukak internet dan pergi ke SKYPE dan dapat tengok anak kesayanganku live in his messy room. hahahhaha. Betul. Ada pernah sekali, Azman kena demam campak, aku terus ke lapang terbang dan terbang dan dalam masa 8 jam sudah berada di Melbourne! Pilih saja airline mana yang kita nak naik...yang pastinya kena sampai destinasi dengan kadar segera. Hebat sungguh teknologi. Dulu kapal terbang tak banyak pilihan dan terhad pulak perjalanannya maupun destinasinya! Kapal terbang dulu tak sehebat sekarang....banyak bezanya! Di masa akan datang pasti hebat lagi.

Komputer? Rugilah bagi mereka yang tak tahu menggunakkan komputer. Kerjaku setiap hari bermula dengan komputer dahulu untuk membaca berita terkini dan mempelajari perkara-perkara baru. Aku hairan kerana ada guru-guru lama yang seangkatanku dahulu, berhenti kerja kerna tidak mahu mlah takut menggunakan komputer!

Instructables DIY laptop standImage by Guillermo Esteves via Flickr

Seingatku, aku mula berjinak dengan komputer apabila kedua anak-anakku masih disekolah rendah lagi. Ketika itu, IT adalah satu perkara yang sangat baru and asing. Aku bertekad mempelajarinya kerana takut ditipu anak tentang perkara-perkara baru dari internet! Hampir berdozen kali komputer rosak aku kerjakan tetapi berkat kesabaran akhirnya pandai jugak. Jangan kiralah berapa banyak komputer yang jahanam aku kerjakan sampai tak boleh guna lagi! hahahhahah.....kesian suamiku!
Kini, aku pandai menggunakan komputer dan tak malulah dengan kawan-kawan mahupun anak-anak dengan kemampuanku. Banyak gunanya pandai IT ni. Boleh berhubung terus dengan yang dekat dan jauh, boleh reka kad jemputan, surf internet dengan pelbagai ilmu terkini yang boleh kita dapat darinya dan sebagainya. Melihatkan kegigihan dan minatku, suamiku telah menghadiahkan aku sebuah laptop sempena birthday tahun 2009.....Alamak bestnya!

For those yang masih takut komputer, just remember, IT WON'T BITE nor BARK AT YOU!
Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, July 21, 2009

Kalah pun tak apa!

Dua hari lepas, sempena Jelajah Asia, pasukan bola sepak tanah air berentap dengan satu pasukan kelab bolasepak glamour yang terkenal diseluruh dunia iaitu Manchester United. Berpusu-pusulah peminat bolasepak khasnya fan club kedua pasukan ke sana. Penuh sesak Stadium Nasional Bukit Jalil dibuatnya. Jalanraya menjadi sesak dan berbondong-bondonglah penonton datang ke stadium tersebut seawal waktu pagi untuk mendapatkaan tiket dan merebut tempat duduk yang dikira paling strategiklah! Mereka bukan datang dari kawasan berdekatan malah dari seluruh Malaya! Yalah, siapalah nak lepas peluang keemasan nak bersua muka dengan pemain bolasepak idola mereka dari pasukan negara kita seperti Amri, Shakir, Tiru dan dari MU pula seperti Owen, Anderson, Rooney dan lain-lain lagi. Inilah masanya.

Penonton yang hadir boleh dikatakan seramai 80,000 orang! Penuh setiap tempat duduk dan setiap lapisan tingkatnya. Masing-masing datang dengan berpakaian pasukan pilihan mereka. Yang seronoknya, majority (90%) penonton adalah orang Malaysia! Tapi itulah kenyataannya. Ada yang mengenakan headgear seperti tanduk merah lambang Red Devil untuk MU dan ada yang mengikiat kepala seperti dastar bertuliskan MALAYSIA.....Wah! meriah sekali suasana.

Pasukan negar bermain bersungguh-sungguh menentang MU yang ternyata jauh lebih hebat dari segi tubuh badan mereka. Bandingkan mereka seolah-olah orang dewasa melawan budah sekolah! Tetapi jangan dipandang hina pasukan negara. Kesungguhan mereka bermain ternyata membuahkan hasil dengan tembusnya 2 gol dalam gawang lawan. Walaupuin pasukan kita kalah 3-2 tapi kita berpuashati dengan performance mereka. They never give up. They fight until the end. Semangat ini yang dah lama hilang dan berjaya dikembalikan lately. ...syabas.

Malam ni, pasukan negara berpeluang bertemu MU sekali lagi. Rezeki yang datang akibat dari kekecohan yang berlaku di Indonesia menyebabkan kita berpeluang menyaksikan perlawan kedua dengan MU. Bukan senang nak dapat peluang seperti ini. Kali ini aku berpeluang menyaksikan perlawanan secara live di Stadium Bukit Jalil. Bukan setakat aku suami isteri, anak, menantu, besan dan cucu pun pergi sekali!!! Walaupun kalah 2-0, kami tetap berpuas hati dengan kesungguhan yang tunjukkan oleh pasukan negara. Lain perasaan rupanya bila berada di stadium! Bergema bunyi sorakan penonton dan pelbagai reaksi penonton yang dapat kita lihat di sana! Seronok tapi panasnya usahlah ditanya..... Berpeluh badan dibuatnya tapi tetap seronok dan berpuas hati.

Di sini, ingin aku nyatakan bahawa walaupun kita kalah tapi MU tidak menang dengan cara mudah. Pemain negara menunjukkan kesungguhan melawan dan mempertahan hinggalah pemain sehebat Rooney gagal menyumbat bola ke gawang gol kita! Terror tak! Tahniah kepada pasukan negara dan keep up the good work. Jurulatih mereka telah berjaya menukar atitude mwereka kearah lebih positive terhadap permaianan bolasepak. I hope the team will grow stronger mentally and physically.

Sunday, July 19, 2009

After 3 weeks......


He came back into my arms last three weeks. It was the happiest moments of my life having him around me. Looking at him melts my heart. I've been missing him alot eventhough he came home very often when ever he's on holidays. Without him, life is so much different., so quiet and boring.

Before he came back, my family and I made plans to spend as much time with him as we could. We first planned to drive up to Krabi, Thailand and because of that my husband bought us a new MPV Starex by Hyundai. It was the best decision we made in purchasing it. It's very easy to drive, powerful even when climbing highlands, spacious and road holding is tip top! The best of all is it fits all of us. All the 4 generations in one MPV! Due to certain circumstances, we did not drive to Krabi but we went elsewhere...

We drove up to Fraser's Hill in Selangor, Kuala Lipis in Pahang and Pulau Banding in Perak. We even went for a picnic at Sungai Gading in Ulu Bernam where our kampung is. We had the most wonderful time together. Visiting the places that most of us had never been before is a real experience . But most of all is having everyone in one transport is the best thing we've ever done. We joked around, teased one another, listened to Ayah's words of wisdom and while the driver (who is me) drove, the others watched VCD on the screen or enjoying the beautiful views outside as we go along.....this is good because everyone was wide awake and none of the slept! Good for me....hahhaha. I hope to make more plans to go on trips together on his next holidays. All we want to do is to be with him as much as we can.

Tonight, my son Azman will be flying back to Melbourne to start his class next week. No matter how old he is, how tall he has grown, in my eyes he's still my bubbly little boy whom we all love very much. To me he's always that little boy and I'm glad that he never change. He will always listen to me eventhough there are decision that I made that he doesn't agree. He is such a good boy and I hope and pray that he will be a good leader, a good husband , a wonderful father and will always be my little boy. I know that I will be missing him alot but my dua and prayers surrounds him. He will be a succesful man someday and hope he'll make the best choice nd the correct decision for his future.

Whatever, I know my son love me with all his heart, May he be a good and strong Muslim...Insyaallah. May Allah bless him with all the goodness forever. May he stay cheerful, healthy and happy always. Insyaallah.

To my son Ahmad Azman, know where you are going, be nice to people, stay focus and never neglect your responsibilities as a Muslim. Be kind and always remember that 8 hours away from Melbourne are your love ones, your family who wil always love and care for you forever....make us proud!!

Sunday, July 12, 2009



Tika bersamamu
saat yang paling indah buatku
Di sini
kita bergembira bersama
Tidak ternilai masa itu
Makan minum usah dikira
Seronok melihat gelagatmu
Senak perut mengetawakan kelucuanmu
Meremang bulu romaku mendengar luahan hatimu
Bangganya aku dengan akal fikiranmu
Hilaian ketawamu muzik dihatiku
Aku ingin terus begini
dalam pelukan renunganmu
dalam genggaman kerianganmu
dalam belaian kasih sayangmu
Semoga perasaan ini
janganlah cepat berlalu
Semoga perjalanan ini
menjadi kenangan semua
Wahai suami tercintaku
Wahai anak-anakku
Wahai seisi keluargaku
Bersyukur aku memilikimu










Thursday, July 9, 2009

We had him by Maya Angelou.....

Michael Jackson R.I.P Memorial Service Queen Latifah Reads 'We Had Him' poem by Maya Angelou Staples Center , 7 July 2009. Read it and feel it!


We Had Him

by Maya Angelou

Beloveds,

now we know that we know nothing,

Now that our bright and shining star can slip away from our fingertips like a puff of summer wind.

Without notice, our dear love can escape our doting embrace.

Sing our songs among the stars and walk our dances across the face of the moon.

In the instant that Michael is gone, we know nothing.

No clocks can tell time.

No oceans can rush our tides with the abrupt absence of our treasure.

Though we are many, each of us is achingly alone, piercingly alone.

Only when we confess our confusion can we remember that he was a gift to us and we did have him.

He came to us from the creator, trailing creativity in abundance.

Despite the anguish, his life was sheathed in mother love,

family love, and survived and did more than that.

He thrived with passion and compassion, humor and style.

We had him whether we know who he was or did not know, he was ours and we were his.

We had him, beautiful, delighting our eyes.

His hat, aslant over his brow, and took a pose on his toes for all of us.

And we laughed and stomped our feet for him.

We were enchanted with his passion because he held nothing.

He gave us all he had been given.

Today in Tokyo, beneath the Eiffel Tower, in Ghana's Black Star Square.

In Johannesburg and Pittsburgh, in Birmingham, Alabama, and Birmingham, England

We are missing Michael.

But we do know we had him, and we are the world.

...............................................................................................................................



Reblog this post [with Zemanta]