Image via Wikipedia
Semasa berjauhan dari keluarga,perasaan rindu tak dapat dibendung lagi. Berkajang-kajanglah surat akan diutuskan dan akan mengambil masa sehingga sebulan untuk sampai ke tangan penerima! Percaya atau tidak itu adalah hakikatnya. Berbaldi-baldilah airmata menitis mengenangkan anak yang jauh dari mata. Entah makan ke, sihat ke, cukup duitke dan sebagainya yang akan bermain dibenak hati ibu bapa. Itu adalah lumrah. Oleh kerana terlalu rindu, panggilan telefon digunakan. Dulu, tidak semua rumah ada telefon. Apa patut dibuat ialah menelefon Balai Polis kampung atau rumah Tok Penghulu atau rumah orang kaya di kampung itu yang menjadi mangsa! Ada macam-macam gelagat menggunakan telefon. Ada yang memegang gagang telefon terbalik iaitu bahagaian receivernya di bawah...hahhahhaha. Ini cerita benar bukan rekaan tau. Anak-anak muda mungkin sukar untuk absorb cerita seperti ini tetapi dulu begitulah keadaannya.
Kini, segalanya berubah.Teknologi berubah setiap saat. Segalanya dipermudahkan dan dipercepatkan. Kini bila akau merindui anak bujangku di Melbourne, aku bukak internet dan pergi ke SKYPE dan dapat tengok anak kesayanganku live in his messy room. hahahhaha. Betul. Ada pernah sekali, Azman kena demam campak, aku terus ke lapang terbang dan terbang dan dalam masa 8 jam sudah berada di Melbourne! Pilih saja airline mana yang kita nak naik...yang pastinya kena sampai destinasi dengan kadar segera. Hebat sungguh teknologi. Dulu kapal terbang tak banyak pilihan dan terhad pulak perjalanannya maupun destinasinya! Kapal terbang dulu tak sehebat sekarang....banyak bezanya! Di masa akan datang pasti hebat lagi.
Komputer? Rugilah bagi mereka yang tak tahu menggunakkan komputer. Kerjaku setiap hari bermula dengan komputer dahulu untuk membaca berita terkini dan mempelajari perkara-perkara baru. Aku hairan kerana ada guru-guru lama yang seangkatanku dahulu, berhenti kerja kerna tidak mahu mlah takut menggunakan komputer!
Image by Guillermo Esteves via Flickr
Kini, aku pandai menggunakan komputer dan tak malulah dengan kawan-kawan mahupun anak-anak dengan kemampuanku. Banyak gunanya pandai IT ni. Boleh berhubung terus dengan yang dekat dan jauh, boleh reka kad jemputan, surf internet dengan pelbagai ilmu terkini yang boleh kita dapat darinya dan sebagainya. Melihatkan kegigihan dan minatku, suamiku telah menghadiahkan aku sebuah laptop sempena birthday tahun 2009.....Alamak bestnya!
For those yang masih takut komputer, just remember, IT WON'T BITE nor BARK AT YOU!
Betul tu,Datin..Banyakkk faedahnya bila kita tahu menggunakan IT nie.. contohnya sekarang nie.. bila dah masuk OUM nie, kena buat OLP pulak..nak tanya soalan atau nak jawab soalan dari lecturer,semuanya pakai online..alhamdulillah ..sekarang nie,dari buta IT dah rasa celiklah sikit...
ReplyDeleteGood for you Kak Teh. Keep up the good work. Saya selalu jealous dengan tekad dan usaha Kak Teh untuk majukan diri. Sepanjang yang saya ingat you never give up....Semoga berjaya dan cemerlang hendaknya.
ReplyDelete