Monday, August 24, 2009

Ibu dan kakak

Menyambut Ramadhan adalah sesuatu yang aku selalau nanti-nantikan. Sejak mengetahui lebih dalam tentang kerberkatan bulan yang mulia ini, bertambah-tambah meluap semangatku.

Bulan ini, Allah akan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu. Pintu-pintu neraka di tutup dan pintu-pintu syurga terbuka luas. Memanglah tak dapat kita nak bayangkan tapi bolehlah kita cuba rasakan dalam hati kita. Banyakkan amalan seperti bersedekah, berwirid,membaca Al Quran, menghadiri majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Solat Tarawikh jangan dipendekkan atau ditinggalkan langsung. Allah menjanjikan pahala yang yang tak terhingga sepanjang bulan ini kerana semuanya kita lakukan untukNYA.

Setiap awal Ramadhan, kami sekeluarga pasti akan pulang untuk berbuka bersama ibu mertuaku di kampung. Ibu mertuaku sudah lanjut umurnya...87 tahun tetapi kesihatannya tip top. Dia tidak punya apa-apa penyakit dan semua urusan kebersihan diri masih mampu dia lakukan sendiri. Alhamdulillah. Cuma pergerakannya agak perlahan dan pendengarannya sangat kurang.

Ibu mertuaku tinggal bersama anak sulongnya Hajjah Shamsiah. Tanpa kakak maka susahlah semua orang. Tugas kakak dari pagi sampai malam adalah memastikan ibu dalam keadaan selesa. Makan minum serta pakaian Mak always on time... Kami semua terhutang budi dengan kakak. Pengorbanannya tidak terbalas oleh kami.

Semoga Allah memanjangkan umur kakak, memurahkan rezekinya dan mengurniakannya rezeki yang melimpah ruah dan yang paling utama ialah supaya kakak dikurniakan kesabaran yang tinggi. Al maklumlah bila menjaga orang tua, kesabaran selalu tercabar. Kami semua sangat memahami jiwa kakak kerana kami semua sangat mengasihinya. Kakak adalah satu dalam sejuta!

No comments:

Post a Comment