Friday, October 2, 2009

Malam Gemilang Aidil Fitri..hehheheh

Anakku Ahmad Azman

Daging masak Semur

Sepatutnya malam ni kami ke kotaraya Melbourne. Azman berhajat untuk menghadiri Malam Gemilang bersama sahabat-sahabat Melayunya yang dianjurkan oleh UMNO Melbourne. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat aku nyatakan disini, Azman tarik diri. Kesian pulak aku tengok.
Azman, Farah, Lailee dan Danniel

Oleh kerana itu, aku mengambil inisiatif sebagai ibu yang memahami isi hati anaknya unuk masak makan tradisional dan memanggil rakan-rakan serumah serta teman-teman rapatnya
untuk makan malam bersama. Aku masak Rendang Ayam, Daging Semur, Lontong, Nasi Himpit, Kuah Kacang dan tidak ketinggalan biskut kesukaan Azman iaitu Chocolate Chips.
Natasha

Aku tidak keseorangan di dapur malah rakan-rakan serumah Azman datang membantu. Tepat jam 7.30 malam, kami semua menghadap makanan dan budak-budak tu makan dengan lahapnya. Lepas makan aku siap bungkuskan sedikit seorang bagi yang tidak tinggal di situ. Yang paling membanggakan aku ialah apabila Azman, Danniel dan Natasha menukar pakaian tradisonal Melayu. Farah tak dapat tukar baju tradisional kerana dia tinggal di luar kampus. Comel betul budak-budak itu. Sehingga kini, di saat ini, mereka masih lagi bersembang dan tiba masa untuk aku rehat. Hatiku tersentuh apabila anakku berulang kali berterima kasih kepadaku. Pandai sungguh dia menjaga hatiku. Alhamdulillah.
Danniel

2 comments:

  1. pasti lepas diorg makan diorg call parents diorg...so cute diorg berbaju melayu..

    ReplyDelete
  2. memang betul pun. Lepas makan terus telefon Maknya. The mother kirim salam and thanked me. That's the least I could do for them. Alhamdulillah.

    ReplyDelete