Tuesday, October 6, 2009

Perginya untuk selamanya......Al Fatihah!!

Pak Mat Zin, atau panggilan mesra di kalangan anak-anak buahnya ialah Bapak adalah merupakan seorang insan yang bertubuh kecil, berwajah comel dan peramah. Dari raut wajahnya, dapat aku bayangkan bertapa kacaknya orang tua ini semasa mudanya. Berbanding dengan ipar duainya yang lain, Bapak adalah yang paling bergaya. BApak adalah adik ipar bongsu bagi ibu mertuaku. Dia adalah satu-satunya bapa saudara yang tinggal.

Semasa Hari Raya pertama, Bapak hadir bersama anak cucu cicitnya ke rumah ibu mertuaku. Itu sudah menjadi kebiasaan kerana ibu mertuaku merupakan warga tertua keluarga tersebut. Bapak kelihatan sangat ceria walaupun tidak banyak bicaranya. Kemudian sehari sebelum aku bertolak ke Melbourne, Bapak datang ke rumahku bersama anak-anaknya (sepupu-sepapat suamiku) Ani sekluarga dan Izam serta ibu mereka Mak Ketek Rapeah. Aku tersentuh hati dengan kedatangan Bapak bersama rombongan keluarga tersebut memandangkan keadaan kesihatannya yang kelihatannya uzur. Seronok kami bersembang anak-beranak dan bergurau senda tetapi keadaan Bapak yang uzur itu menyebabkan dia hanya mendengar sahaja. Sebelum pulang aku bersalaman dengan Bapak dan dia memohon maaf dariku serta memintaku berdoa agar dia kembali sihat. Alahai Bapak....

Pagi semalam, setibanya aku kembali ke rumah dari KLIA, kak iparku menelefon dengan sebuah berita sedih. Bapak meninggal dunia. Sedih aku dengan pemergiannya tetapi aku redho. Bapak meninggal dalam pelukan anak perempuannya Ani dan suaminya Wan. Ketika itu, kedua suami isteri sedang memandikan arwah dan dalam masa yang sama, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir....Allahu Akhbar. Senangnya Bapak pergi. Pergi yang tidak akan kembali lagi.

Kami bergegas pulang tetapi aku tidak berpeluang untuk menziarahi jenazahnya kerana cucuku ada bersamaku ketika itu. Aku hanya menantu dalam keluarga ini, jadi seeloknya suamiku membawa kakak iparku Shamsiah ke lokasi. Tinggallah aku di rumah bersama cucu dan ibu mertuaku yang juga tidak dapat pergi kerana keadaan tubuhnya yang sudah uzur. Namun aku berdoa agar rohnya dicucuri rahmat Allah dan semoga rohnya dikumpulkan di dalam kalangan mereka yang beriman. Insyallah.

Takziah kepada keluarga arwah Pak Mat Zin. Jagalah kedua ibumu dengan penuh kasih sayang kerana pemergian Bapak adalah untuk selamanya. Lupakanlah dan maafkanlah segala kesilapannya serta bertaubatlah jika kalian pernah menderhakainya. Banyakkanlah kalian berbuat baik, bersedekah, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya agar arwah mendapt tempias sama pahalanya. Insyaallah.

3 comments:

  1. Hari tu pun nampak ketara Bapak dalam keuzuran.
    Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas rohnya..Amin.

    ReplyDelete
  2. Kami berdua baru balik dari kenduri arwah di Ketuyong. Kami bawak Mak dan Uwo bersama. Semua berjalan lancar. kalau ada
    kelapangan, pergilah ke sana Sabtu ni untuk majlis yang sama. KAmi tak dpt hadir sbb banyak majlis perkahwinan dan open houses....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah mak teh...tak tau langsung pun pasal ni. Nasib baik terbace mak teh nye blog. Tak siape bagi tau pun..Lagi pun waktu tu kat kolej.Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas rohnya..Amin.

    ReplyDelete