Hari ini genaplah sudah 57 tahun umurmu. Bagiku, sejak kita berjumpa kali pertama 30 tahun yang lalu, kita masih lagi orang yang sama. Kau memberi aku sepenuh kasih sayang yang bagiku tiada bandingannya. Kau sangat-sangat memahami hati dan perasaanku . Aku bersyukur kerana menjadi milikmu.
Sempena Hari Lahirmu hari ini, aku hanya mampu mendoakan kepada Allah Subhanahu Wataala agar kau dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dikurniakan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki serta bahagia selamanya.
Bagi aku serta anak-anak, menantu dan cucu, sangat berbangga dan bersyukur dikurniakan engkau selaku ketua keluarga. Terima kasih kerana sabar dengan kerenah kami, terima kasih atas segala kemewahan yang kau sediakan, terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang tidak pernah bosan kau berikan kepada kami dan terima kasih keana memberi kami sepenuh kasih sayang yang tak terhingga.
Semoga doa kami dimakbulkan Allah buatmu wahai keksihku....AMIN.....
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57 TAHUN WAHAI KEKASIHKU.......
Alhamdulillah,dah 57 tahun ye Datuk... Semoga Datuk sentiasa di dalam pemeliharaan ALLAH,sihat sejahtera dan berbahagia bersama-sama kuarga yang tercinta. Datin bagi hadiah gapo ye...Oyaklah ke kawe ni...
ReplyDeleteALLAH selamatkan Datuk...
ALLAH selamatkan Datuk...
ALLAH selamatkan Datuk Ibrahim...
ALLAH selamatkan Datuk...
Untuk Datin plak...
Datin bui hadiah gapo ko Datuk eh??
Happy Birthday,Datuk. Semoga sentiasa di dalam rahmat ALLAH dan berbahagia slalu di samping keluarga tercinta. Untuk Laili,sila ambik award dari kakteh di blog kakteh ye. U deserved it Dear.http://hasrafamily.blogspot.com/
ReplyDelete