Kefahamanku tentang jihad dahulu sangatlah cetek. Bagiku berjihad hanya bagi mereka yangberperang menegakkan agama Islam. Luas dari itu maksudnya. Segala apa usaha yang kita lakukan untuk agama kita samada dalam bentuk fizikal atau mental sekali pun, itu adalah jihad.
Pada 5 dan 6 Jun baru-baru ini, setelah berbulan-bulan merancang, Nur Sahabat akhirnya dapat juga membawa 111 anak-anak dari Maahad Tahfiz Wal Qiraat , Jeram mengikuti satu program Motivasi di Pantai Remis, Selangor. 57 anak perempuan dan 54 lelaki. 8 orang guru turut serta dalam kem motovasi ini yang kami namakan "I want to be a successful Hafiz and Hafiza". Tarikh itu sengaja dipilih kerana ia adalah permulaan cuti persekolahan.
Tan Sri Abdul Aziz bin Yusof, Pengerusi SPRM telah bermurah hati meluangkan masa merasmikan program ini. Antara isi ucapan beliau ialah untuk melihat potensi diri masing-masing dan sentiasa bersikap positif serta bekerja keras untuk mencapai cita-cita. Anak-anak juga diberi peringatan bahawa setakat menjadi Hafi z sahaja tidak akan mencukupi untuk mengharungi hidup di masa depan kerana dunia kini kian mencabar. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri.
Permainan dalaman dan luaran di jalankan sepenuhnya oleh Hikers Climbers. Permainan-permainan yang disediakan sagat mencabar minda dan anak-anak diminta bekerja dalam kumpulan. Setiap kumpulan punya ketua masing-masing. Anak-anak lelaki dan perempuan diasingkan dalam semua aktiviti suoaya tidak melanggar tatasusila mereka sebagai pelajar Tahfiz. Namun, sebagai remaja normal, mereka sangat teruja dengan permainan-permainan tersebut. Tahniah Hikers Climbers yang diketuai oleh Abang Apit dan terima kasih atas sumbangan tenaga kalian menjayakan program ini.
Anak lelaki di tempatkan di dorm dan anak perempuan di unit apartment. Sepanjang dua hari satu malam di sana, anak-anak diberi 7 kali makan. Wow...dan lauk pauk yang disediakan sangat sedap khasnya Sambal Belacannya yang meletup tuuu. Terima kasih kepada Datin Shima dan Datuk Hanif sebagai tuanpunya pusat latihan Warisan Sembilang dan Efa pekerja mereka kerana berjaya membuat kami semua rasa selesa dan kenyang!
Anak-anak angkatku Syed Naquib dan Haidar Ihsan turut menyumbang tenaga mereka dengan menceritakan pengalaman mereka sebagai pelajar tahfiz di South Africa sejak berumur 13 tahun dan ketika itu sudah pun berjaya menghafaz 22 Juzuk! MasyaAllah! Kini Naquib bekerja dengan abangnya dan baru saja berumahtangga dan Haidar meneruskan pelajarannya di UIA. Oleh kerana mereka kurang fasih dalam Bahasa Melayu maka suamiku menterjemahkan isi penyampaian mereka malam itu. Antara yang dinasihatkan mereka ialah untuk terus menghafaz dan tanam dalam diri mereka untuk menjadi Hafiz dan Hafiza yang berjaya. Untuk itu, anak-anak tahfiz diingatkan supaya fasih dalam bahasa Inggeris juga.
Harapan Nur Sahabat agar program ini dapat menyedarkan anak-anak tahfiz bahawa dunia sebagai seorang Hafiz dan Hafiza tidak sesempit yang kita fikirkan. Tidak semestinya apabila habis belajar nanti, mereka hanya boleh jadi Iman, Kadhi, Pensyarah, Guru dan sebagainya sahaja malah menjadi seorang Akauntan, Peguam, Ahli Perniagaan, Ahli Sains, Ahli Ekonomi dan sebagainya. Kita hanya berusaha untuk membantu anak-anak ini memajukan diri. Daripada memberi mereka wang dan pakaian yang lazim diberikan kepada mereka, kami berikan mereka permainan untuk menjana minda mereka menjadi orang yang lebih posiitif. Ibarat kata Confucious...Kalau kita berikan Ikan, dia akan kenyang sahaja tetapi jika kita memberi dia joran, makan dia akan menangkap ikan selamanya....
No comments:
Post a Comment