Baru-baru aku menghadiri satu majlis ilmu dan antar pengisiannya ialah 5 perkara ghaib yang manusia tidak akan tahu kecuali Allah iaitu....
1....Hari Qiamat
2....Hari Hujan
3....Kandungan seorang ibu
4....Rezeki yang masuk dan keluar
5....Tempat kematian kita
Cuba baca Surah Luqman Ayat 34....maksudnya dalam bahasa Inggeris...
Surely Allah is He with Whom is the knowledge of the hour. and He sends down the rain and He knows what is in the wombs; and no one knows what he shall earn on the morrow; and no one knows in what land he shall die; surely Allah is knowing, Aware.
Semalam cuaca sangat panas. Sepanjang hari aku tersenyum dan tersengih mengenangkan kain baju yang dicuci awal pagi di jemuran pasti akan kering garing. Mula aku membayangkan bertapa wanginya kain baju tu dan bertapa cantiknya hasil lipannya nanti...mmmmmmm.
Dalam kesibukan menyediakan juadah berbuka puasa, sesekali mataku tersilau dek cahaya matahari, bajuku dibasahi peluh.....panas betul. Maklumlah wet kitchen aku di luar rumah, berataplah tapi tidak berdinding. Open airlah katakan. But I really like it! Sambil memasak, biasalah tumpuan diberi sepenuhnya pada aktiviti terkini sehinggalah selesai tugasku. Kemudian ku pun kunci pintu dapur dan bergegas ke kamarku di tingkat atas untuk membersihkan diri dan bersedia untuk berbuka bersama keluarga dan tetamu.
Selesai berjemaah Maghrib bersama suami, aku berkemas pula untuk ke masjid. Ada pulak sahabat yang nak ikut serta, jadi kami perlu keluar rumah lebih awal. Azman anakku ke masjid lain. Tak kisahlah asalkan dia nak solat Tarawwikh. Alhamdulillah.
Setelah hampir selesai solat Tarawwikh, baru aku teringat tentang kain baju di belakang rumah. Hilang sekejap konsentrasiku! Aku lupa nak angkat kain baju yang dah kering garing tadi. Lepas salam aje aku piun bergegas keluar dari masjid...hujanlah pulak!!! Terlopong mulutku...Aku katakan kepada suamiku yang hari ini perniagaanku rugi! Suamiku kata, Allah nak beri pahala lebih tu....sejuk sikit rasa hati tapi ,mulutku asyik membilang-bilang tentang kerugian itu hingga suamiku menegur. dengan lembut. Terdiam aku!
Aku akur dengan percaturan Allah ini. Aku pasti ada sebab disebaliknya. Teringatlah pulak cerita pendekar Bujang Lapuk.....dialognya berbunyi,"Ani.....angkat jemuran...hari nak hujan...." Hehehehehhe.
Apa pun, kain baju tu perlu dicuci semula.....padan muka aku!
No comments:
Post a Comment