Sunday, November 7, 2010

Rabat, Fes dan Ifrane


Kali pertama melawat ke Morocco memang sangat menyeronokkan dan teruja . Ditambah pula pergi dengan kawan-kawan. Setiap pengalaman menjadi ingatan samada yang melucukan atau sebaliknya.
Kami mula mengenali DOS di Guangzhou China. Beliau seorang yang humble dan down to earth. Dengan kedudukannya sebagi seorang pegawai kerajaan yang hidupnya penuh dengan protokol, pastilah kehadiran kami sebagai teman karibnya akan membawanya ke kehidupan sebagai orang biasa...ketawa, makan, bersembang dan bergurau bersama-sama. Selepas itu, beliau dipindahkan ke Conackry, Guiney. Dua tahun beliau berkhidmat di sana dan kami tidak digalakkannya ke sana dengan pelbagai alasan. Mungkin kerana keadaan kehidupan di sana yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian. Tetapi kami lega, kerana semasa di sana, beliau membawa bersama anak angkat beliau untuk menemaninya.Alhamdulillah. Ada juga orang yang menjaga dia.
Selsai perkhidmatannya di Guiney, DOS diarahkan berpindah ke Rabat, Morocco. Satu destinasi yang menjadi idaman kami tetapi setelah hampir empat tahun, baharulah kami dapat melawatnya. Maklumlah setiap orang dari kami mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga masing masing.
Kini, kami sudah pun berada di sini memenuhi jemputan sahabat lama kami. Merata dibawanya kami berjalan. Hari pertama pada 4/11/2010, setelah berada di dalam pesawat selama 14jam dan 35r minit serta 4 jam transit di Dubai, kami berlima hanya mahukan tidur. Namun itu tidak dibenarkan oleh DOS. Di bawanya kami keluar ke Marina tempat kapal-kapal layar berlabuh. Ketika itu waktu malam dan cuaca sangat sejuk. Walaupun perut terasa lapar tetapi jelas bantal menjadi pilihan!!hahhahahha....
Kesokan harinya 5/11/2010, DOS ke pejabat. Hari itu hari Jumaat. Kami ke sebuah pusat membeli belah berdekatan. Mega Mall. Sangkaan kami pastilah besar, rupanmya Kompleks PKNS Shah Alam adalah 2 kali ganda lebih besardan lebih meriah! namun, walaupun kecil, mereka punya koleksi kedai-kedai yang berjenama seperti Etam, Geox, Zara, Tods dan sebagainya dan kebanyakan kedai=kedai pakaian sedang sibuk menjual pakaian musim sejuk erana dalam masa seminggu dua, itulah musim yang akan mereka tempuhi. Semasa di sini, walaupun matahari memancar terang, sejuknya kami rasa sampai ke tulang!!
Selepas solat Jumaat, Kemudian kami di bawa ke Makam King Hassan di Masjid Hassan. Disitulah disemadikan King Hassan, bapanya dan bapa saudaranya. Sementara menunggu DOS dan supirnya solat Asar, kami sibuk merakamkam keindahan tempat tersebut dengan bergambar sakan.

DOS membawa kami ke pusat kraftangan Morocco. Banyak item yang menarik hati tetapi bila memikirkan perjalanan yang jauh, kami lupakan saja. Hasil kraf dari tembikar sangat cantik dan menyebabkan aku hampir lupa diri...tapi beli jugalah satu dua sebagai kenangan dari sini.

Selesai Asar, DOS membawa kami ke sebuah bazaar di Rue des Consuls untuk acara membeli belah. Meriah. Pelbagai benda yang dijual di sana, Permaidani adalah yang paling banyak dijual. Hasil kerjatangan mereka sangat halus dan teliti. Urusniaga adalah dalam Dirham dan USD sahaja. Kad kredit tidak digunakan kerana kedai kedainya bersifat tradisional. Maka bermulalah acara membeli belah kami...

No comments:

Post a Comment