Kisah bermula di negeri jiran
Pandak Mayah dan Alang Endah
Punya hati yang dikecilkan
Punya perasaan sedih dan marah
Berhari-hari mengayuh sampan
Membawa hati yang duka lara
Soalan demi soalan dilemparkan
Bilakah kan beroleh cahayamata?
Berjalan menuju ke Tasik Dayang Bunting
Mendengar kisah tentang puteri
Kayangan bukan lagi penting
Tinggal di dunia menjadi suri
Seorang bayi dilahirkan puteri
Sayang sekali umurnya singkat
dasar tasik kuburan bayi
sedih Sang Puteri bila teringat
Air tasik diminumnya sudah
beserta doa yang sangat ikhlas
Hamil juga si Alang Endah
bersyukurlah mereka tidak terbalas
anak perempuan dilahirkan
Dinamakan pula si Mahsuri
tangisan anak tidak tertahankan
Mahsuri ditukar nama Siti
kecantikan Mahsuri tiada bandingan
gelarannya pula kak Puteri
Gemarnya memakai baju hitam
membuatkan Mahsuri tampak berseri
Bunga Melor kesukaannya
Petah bercerita bakatnya
Tangkas bersilat kehebatannya
Kuat beragama pegangannya
Suasana bising menjadi sunyi
Melihat kelibat sang Puteri
tersusun indah langkah Mahsuri
menjadi igauan semua lelaki
Wan Darus seorang pendekar negeri
anak muda yang gagah perkasa
bila mendengar cerita sang Puteri
Inginlah dia untuk menyapa
Bila berjumpa sang Puteri
Kelunya lidah hendak berkata
Wan Darus menyatakan hasrat hati
Di bawa terus berjumpa bapa
Bersyukurnya rasa ibu dan bapa
kali ini Mahsuri bersetuju
Sudah ramai yang inginkan dia
Namun Mahsuri tidak mahu
Kedua mereka di satukan
berpindahlah Mahsuri ke kampung jiran
sedihnya hati tidak tertahankan
berpisah dengan kampung halaman
Mahsuri kini berbadan dua
Gembiranya mereka tidak terhingga
Ketika saat hampir tiba
Kedah diserang musuh pula
Wan Darus menjadi ketua tentera
mempertahankan negeri dari ditawan
Tinggallah nyawa berdukalara
Mujurlah ibubapa menjadi teman
Saat melahirkan sudah pun tiba
Bayi lelaki selamat dilahirkan
Anak lapar disusukan
anak menangis didodoikan
Mahora isteri Wan Yahya
Dengan Wan Darus adalah kekanda
Sebelum Mahsuri, Mahoralah yg digila
Wan Yahya berhasrat memadukan mereka
Pernah mendengar tak pernah lihat
Sudah tertanam dendam kesumat
Mahsuri akan menerima akibat
Mahora menanti peluang yg dapat
Derambang seorang penglipur lara
Merantau jauh ke Pulau Langkawi
Suka bersyair dan bercerita
Terkenal dia di seluruh negeri
Mahsuri dituduh melakukan dosa
Ditangkap Putra di rumahnya
Mahsuri di hukum tanpa periksa
dengan Derambang bermain cinta
Berhari hari Mahsuri diikat
Panas hujan tidak dihiraukan
Hukuman sula sudah dijatuhkan
Namun apa senjatapun tidak mematikan
Pandak Mayah berusaha mengumpul harta
dibantu oleh orang kampung
Nyawa Mahsuri hendak ditukarkan
namun tidak dilayan langsung
Bersujudlah bapa pohon dilepaskan
Anak kesayangannya dari hukuman
bersujud dia minta dibelaskan
tak sanggup Mahsuri menyaksikan
Mahsuri mengambil keputusan diri
diberitahu Putra akan keris pusaka
pelbagai pesanan sudah diberi
terhunuslah keris ditengah dada
Darah putih memancut keluar
Namun bumi tidak menerima
Setiap titik naik ke udara
menunjukkan Mahsuri suci orangnya
sebelum meninggal menyumpahlah Mahsuri
tujuh keturunan susahlah negeri
sedihnya hati tidak terperi
kisah Jantung Hati Langkawi
No comments:
Post a Comment