Semasa itu, tidak ramai yang menyimpan di Tabung Haji hinggakan untuik menggalakkan orang ramai memmbuka akaun, Lembaga Tabung Haji menyediakan pelbagai jenis hadiah seperti payung, tabung dan sebagainya untuk penyimpan. Masih aku ingat lagi, satu hari kami menerima panggilan telefon dari pejabat Lembaga Tabung Haji menjemput kami menunaikan fardhu Haji! Ternganga kami! manakan tidaknya...aku baru berusia 28tahun...masih mentah dari segalanya! Perasaan takut, bangga, gembira dan sedih bercampur baur......aku ni banyak buat dosa, duit pun tak ada sangat, ilmu masih terlalu cetek...mengaji pun merangkak rangkak......what should I do?......... pergi juga memenuhi jemputan Illahi and since then we never look back....semoga Allalh terus menjemput kami.
Labaikallah Humalabaik.......Labaikalla Syarikalakalbaik...
Tahun ini, Allah menjemput kami sekali lagi dan anak bujang kami turut serta.......sebak kami semua. Tergamam. Memikirkan orang lain sampai menangis dan merayu hendak pergi, tiba tiba nama kami tersenarai. Subhanallah. Kelu lidah untuk berkata.....Manakan tidak....ALlah menjemput kami lagi.Masyaallah. Syukran Allah.....
Ya Allah....kami datang ke sini atas jemputanmu. Sebagai tetamu, kami berhak dilayan dengan baik. Permudahkanlah segala urusan kami ..... Ya Allah!
Dua hari sebelum Hari Lebaran, kami menerima panggilan telefon dari Lembaga Tabung Haji. Aku, suami dan anak lelakiku dipilih antara 28 ribu jemaah Haji Malaysia yang terpilih. PAsti sudah! Seminggu selepas Raya, segala proses harus dibereskan. Alhamdulillah, disepanjang proses persediaan pekerjaan haji, kami dipertemukan dengan orang yang baik baik belaka. Rezeki yang Allah beri memudahkan urusan kami. Alhamdulillah.
Selalunya, orang yang hendak mengerjakan Haji akan mengadakan Majlis Ksyukuran tetapi tidak kami. Salah seorang jiran kami yang kebetulan baru berpindah kembali ke rumahnya yang baru dibaiki. terima kasih wahai sahabat. Allah sahaja yang akan membalas budi baikmu dan juga jiran tetangga serta sahabat handa dan teman spengajian. Semoga kalian dipanggil menjadi tetamu Allah juga. Insyaallah.
Saat menjejakkan kaki di bumi bertuah Madinatul al Munawarah dan seterusnya ke Al Haram di Mekah, terasa syahdu dalam hati dan terasa bertapa kerdil dan hinanya diri ini di hadapan Allah.. Tiba-tiba aku menjadi sebak, Subhanallah.......tak dapat aku menahan airmataku. Aku bersyukur kepadaNya.......benar-benar bersyukur.
bersama anak bujang kami. |
bersama suamiku. |
No comments:
Post a Comment