Hari ni kami dibawa melawat luar kota Mekah iaitu ke Hudaibiyah. Sekali pandang seolah olah tidak ada apa-apa tetapi sejarahnya yang membuat tempat ini tidak putus-putus dilawati .
Hudaibiyah is in tanah halal. Kita bermiqat di situ for niat Umrah or Haji. Hudaibiyah mempunyai sejarah sendiri. Bila Rasulallah diperintah Allah mengerjakan Umrah, baginda bergerak bersama orang-orang Islam dari MAdinah dah bermiqat di Hudaibiyah. Oleh kerana Saidina Othman adalah orang kelahiran Mekah dan mempunyai saudara mara yang ramai di sana, beliau dihantar Rasulallah untuk meminta jasa baik kaum Quraisyh dalam Mekah membenarkan rombongan Rasulallah melakukan Tawaf. Kaum Quraisyh hanya membenarkanSaidina Othman sahaja tapi tidak membenarkan Rasulallah.Saidina Othman mengatakan yang jika jemaah tidak bersama, maka dia juga tidak akan melakukan tawaf tersebut. Kemudian mereka menahan Saidina Othman di kota Mekah dan membuat propaganda mengatakan yang orang Quraisyh sudah membunuh Othman dengan harapan rombongan Rasulallah mengamuk dan menyerang Mekah. Tetapi itu tidak berlaku. Orang Islam tetap tenang sehingga Saidina Othman pulang ke Hudaibiyah. Beliau memberitahu RAsulallah bahawa mereka tidak dibenarkan Umrah pada tahun tersebut,
Bagaimana? Sedangkan rombongan sudah pun berniat ihram! Maka Allah menurunkan wahyu yang mengatakan bahawa, untuk membatalkan ihram itu dan supaya bebas dari 13 larangannya ialah dengan menyembelih seekor kambing, bertahalul dan bersalin pakaian.
Setelah dibaca ayat tersebut, tidak seperti biasa, sahabat2 Rasulallah tidak membuat apa-apa. Baginda merasa sangat sedih lalu pergi berjumpa salah seorang isterinya Ummu Salamah. Ummu Salamah bertanya mengapa Rasulallah kelihatan sangat murung dan baginda mengatakan yang tidak ada seorang pun yang patuh dengan perintah Allah setelah mendengar ayat itu dibaca.
Ummu Salamah kata, bukannya sahabat tidak patuh tetapi mereka tidak faham. Oleh itu Ummu Salamah mencadangkan agar Rasulallah memulakan dahulu. Jelas sekali, apabila melihat perlakuan Rasulallah, dengan secara otomatik semua sahabat dan ahli rombongan membuat perkara yang sama. Umrah tahun itu batal dan mereka datang pada tahun berikutnya.
Lihatlah wahai teman sekelian, walaupun Rasulallah , seorang Nabi yang menerima wahyu dari Allah, masih menerima pendapat isterinya. Apa lagi kita. Bagitahu kat suami cerita ni ehhhhh!
Masjid Hudaibiyah tidaklah besar sangat. NAk kata kecil pun tidak jugak. Ada masalah sikit untuk muslimat apabila ruang solat muslimat sant keci. sekali masuk boleh menampung tidak lebih dari 30 orang sahaja tetapi yang datangnya sehingga 10 buah bas. Cuba bayangkan bertapa sesaknya kami. Keadaan tandasnya agak menyedihkan dan tempat berwudhuk pun sangat sempit. Pintu untuk masuk ke semua ruang tersebut hanyalah satu sahaja utk muslimat. Bayangkanlah bertapa gamatnya. Kesihan melihatkan orang kita apabila dihimpit dan di tolak oleh jemaah berbangsa lain yang bertubuh jauh lebih sasa. Tapi apa pun, kami sudah selamat.
Aku pasti di masa akan datang, pihak berkuasa Mekah akan menaiktaraf Masjid Hudaibiyah sebagaimana mereka menaik taraf Masjid Jaaranah. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment