Thursday, October 4, 2012

Menjadi tetamu Allah....siri 2

            Setiba kami di kota Madinah, beg baju kami tidak sampai ke bilik sedangkan orang lain sudah berpakaian bersih. Peringatan, jangan cepat naik angin. Istigfar. Bersabar dan berserah. Kami terus ke Masjid Nabawi dengan pakaian yang sudah lebih 24 jam di badan. Berkat kesabaran, akhirnya dapat juga beg kami. Alhamdulillah.
                                            

            Di Madinatul Munawarah, kami di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah. Antaranya ialah Masjid Qubaa iaitu masjid pertma yang di bina oleh Rasulallah dalam sejarah Islam dengan bertiangkan batang Kurma dan beratapkan pelepah-pelepah Kurma. Setiap hari Sabtu, Rasulallah akan berjalan atau menaiki untanya menuju ke masjid Qubaa untuk solat di sana. Berwudhuk dari hotel dan mengerjakan solat sunat dua rakaat di masjid ini dijanjikan satu pahala Umrah!  Kini, sebuah masjid yang tersergam indah dibina di tapak asalnya.

            Kemudian rombongan di bawa ke Jabal Uhud dimana terjadinya Perang Uhud. Hebatnya ialah Bukit Uhud yang sepanjang 7km, selebar 4km dan setinggi 1km adalah salah satu daripada yang berasal dari bumi yang akan berada di Syurga nanti. Subhanallah! Semua 70 orang Syuhada Uhud di kebumikan ditempat mereka tumbang. Tapi janji Allah itu benar. Terjadi satu banjir besar di situ dan kesemua jasad Syuhada yang kelihatan seolah-olah masih baru telah timbul dan kesemuanya di kebumikan dalam satu kawasan perkuburan khas di Uhud.

                         
            Selepas itu kami di bawa ke kawasan Masjid Tujuh iaitu tempat di mana terjadinya  Perang Handak(parit) . Ketika itu Panglima Perang Salman al Farisi mencadangkan pada Rasulallah agar di bina parit besar mengelilingi Madinah supaya tidak dapat dimasuki oleh tentera kafir Quraisyh. Besarnya parit itu tidak dapat melepasi lompatan seekor kuda dan dalamnya parit itu menyebabkan sesiapa yang jatuh tidak dapat memanjat keluar walaupun seekor kuda! Akhirnya Allah menurunkan ribut pasir yang menyebabkan tentera musuh berundur. Subhanallah.
Salah sebuah dari Masjid Tujuh yang tinggal di tapak Perang Handak.
Kami juga melintasi sebuah masjid yang dibina oleh Rasulallah untuk mendirikan Solat Jumaat pertama dalam sejarah Islam. Masjid Jomah.
Masjid Jomah.




No comments:

Post a Comment