Wednesday, October 31, 2012

Penilaian ......

                                           

        Semasa mula mendapat maklumat yang kami terpilih untuk mengerjakan Haji, kami bercadang untuk memohon antara tarikh-tarikh yang  akhir. Kononnya kalau pergi lewat, maka banyaklah ruang kosong di Al Haram untuk kami menikmati suasana lega. Tetapi atas nasihat ZAHAFIZ Travel, kami bertolak awal dan kami adalah kumpulan pertama dari agensi tersebut untuk bertolak bersama-sama Ustaz Samsuddin Sidek dan Ustazah Masirah. Itu saja sudah satu petanda yang baik kerana kedua mereka arif tentang pekerjaan Umrah/Haji dan permasalahannya. Syukur Alhamdulillah.

       Pekerjaan Haji sebenarnya memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Termasuk musim ini, ini sudah beberapa kali aku dan suami mengerjakan Haji. Dalam beberapa kali itu, Haji inilah kami dapat benar-benar merasakan nikmatnya sepenuh hati. Sepanjang kami di sini, imformasi tentang hal-hal terkini dan kisah-kisah sejarah di beri begitu rupa sehingga kita dapat menghayati setiap perbuatan kita samada dalam ziarah atau beribadah. Untuk menyampaikan maklumat atau bercerita, kita memerlukan sesorang yang arif untuk melakukannya. Oleh kerana berlatarbelakangkan seorang pendidik, perkara ini sangat mudah bagi Ustaz Samsuddin melakukkannya. Pemyampaiannya begitu mudah, kelakar tetapi dihujung jalan, kita belajar. Itulah kehebatan pendidik. Tabik hormat pada semua pendidik!

       Semasa di Madinah, selepas makan malam, semua jemaah dikumpulkan di dewan makan utnuk taklimat tentang program esok hari. ini sangat penting supaya kita dapat menghayati tentang kisah sejarah tenmpat-tampat yang dilawati. Antaranya ialah MAsjid Quba'.....setiap Sabtu Rasulallah akan ke Masjid tersebut, Masjid Qiblaitin....wahyu diturunkan pada rakaat kedua solat Zohor untuk menghadap ke kota Mekah, Masjid Jumaat....solat Jumaat pertama didirikan disini, Jabal Uhud...Tapak Peperangan Uhud yang mana terletaknya makam para Syuhada. Oleh kerana sejarahnya sudah kita ketahui, dapat kita bayangkan bagaimana susahnya Rasuallah dan sahabat-sahabatnya berjuang bermati-matian untuk menegakkan syiar agama Islam.

        Begitu juga semasa di Makatul Mukarramah. Di sini perjumpaan lebih kerap lagi iaitu waktu pagi dan waktu malam. Dua dalam satu....ceramah dan taklimat. Lebih kerap kerana kursus Haji yang lebih teliti disampaikan oleh Ustaz dibantu oleh Ustaz Sallehuddin Nasir. DAlam kepnatan kami berjalan ulang alik ke AlHaram yang sejauh 15 minit perjalanan langsung tidak terasa kerana semangat yang di tiupkan oleh kedua Ustaz tersebut. Setiap sudut kota ini penuh dengan sejarah. Di sinilah Rasulallah saw dilahirkan, mengembala kambing, dipertemukan jodoh dan menjadikan tempat ini sebagai pusat pengembangan agama Islam. Setiap kali kita menapak dibumi bertuah ini, kita mengharapkan agar dapat memijak ditempat sama baginda Nabi berada. Masyaallah.

       Tiba waktu mengerjakan Haji, dengan imformasi yang diberi dan petugas-petugas yang cekap, segala urusan berjalan lancar. Sebagai manusia, dimana jua, walaubagaimana cekap, walaupun sudah merancang dengan baik, TETAPI ini adalah wilayah kekuasaan Allah. Sebab itu, kita selalu diingatkan, apa juga yang kita terima itulah sebenarnya rezeki kita. Jangan dengki kalau orang lain dapat lebih dan jangan bangga kalau kita dapat lebih. Mestilah sentiasa bersyukur. Dibibir jangan sekali lekang sebutan  Subhanallah! Alhamdulillah! Astagfirullah! Inalillah! dan sebagainya mengikut keadaan. Itu lebih baik dari mengata-ngata dibelakang! Ingatlah yang kita sentiasa diperhatikan. Ujian Allah untuk dapat Mabrur atau Mardud bukan semasa pekerjaan Haji sahaja, malah selepas pekerjaan Haji kita diuji juga. Tak perlu teruk sangat...setakat tunggu bas yang lewat sampai cukup untuk menilai Haji kita. Fikir-fikirlah dan nilailah sendiri.

      Yang paling hebat iailah, selepas selesai Nafar Awal atau Nafar Thani, Tahalul Awal atau Tahlul Thani kami dikumpulkan skali lagi untuk menilai pekerjaan Haji kami sendiri. Dengan panduan  Ustaz, kami sendiri dapat menilai samada pekerjaan kami lengkap atau tidak dan sebarang pemasaalahan ada diberi jalan penyelesaiannya samada dengan mengulangi pekerjaan tawaf atau saie yang rosak, membayar  fidyah , dam dan sebagainya. Jemaah tidak dibiarkan dengan tanggapan yang pekerjaan Haji kami sempurna. Muhasabah Haji ini sangat penting.  Ucapan terima kasih kepada PIHTAS (Pembimbing Ihwal Haji Tanah Suci) iaitu Ustaz-Ustaz kami yang bekerja keras untuk memastikan kesempurnaan.

      Bagi kami tiga beranak, kesempatan bersama sebilik dan kemana-mana jua, kami gunakan sepenuhnya untuk menilai erti kasih sayang kami anak beranak. Tidak terkecuali, kami turut diuji dengan beberapa perkara tapi Allah Maha Kaya, memberi kami yang terbaik. Semoga Allah menggantikan yang hilang dari kami dengan yang terbaik dariNya. Insyaallah. mula kami dipertemukan dengan orang yang baik-baik belaka. Syukur Alhamdulillah.  Sepanjang kami di sini, Allah kurniakan kami dengan kesihatan yang sangat baik, para jemaah yang sangat baik, makanan yang sedap, layanan yang baik dan rezeki yang murah. Masyaallah. Tiada lain selain dari bersyukur ke hadrat Illahi. 


                                    Syukran Ya Allah.....Alhamdulillah....Wa Syukrillah!

No comments:

Post a Comment