Wednesday, October 24, 2012

Umat di mana-mana....

          Aku dan keluarga menjadi tetamu Allah pada musim Haji musim ini. Kami amat bersyukur dengan peluang yang Allah berikan ini. Bukan kami sahaja, malah ada orang lain yang kami kenali seperti jiran lama kami Dr Zaid dn isterinya Noni, teman lama Mansur dan Kasmawati, jiran RSSB Dato Seri Ahmad Kabit dan Datin Seri Halimah, Nagyb dan isterinya Illa dan tidak dilupakan guru talaqi kami Ustaz Muhammad Farhan Wijaya turut diundang Allah. Alhamdulillah. Namun, terkenang juga sahabat-sahabat yang tidak dapat bersama seperti Kak Zaleha, Aktar Zaiti dan suaminya Ikram, Chegu Kamal dan juga Ali Mohamed. Bersabarlah. Telah kulambai nama kalian di tanah suci. Semoga Allah menjemput kalian di musiam depan. Insyaallah.

          Bertapa bersyukurnya kami apabila kami dapat tempat penginapan yang selesa, petugas-petugas ZAHAFIZ Travel yang perihatin dan peka. Tidak dilupakan makanannya yang sedap dan mewah. Kalau tak bersyukur juga dan masih mahu bising , membebel dan tidak puas hati, bagiku itu adalah satu kerugian yang amat besar. Seharusnya kita kena ingat, apa juga yg disajikan di tanah suci adalah kerana kehendak Illahi.

           Tanah haram adalah dalam wilayah kerajaan Allah! Itu kita mesti ingat. Di sini, walau bagaimana sekalipun perancangan kita, walau sebanyak manapun kos bayaran kita, walau setinggi manapun pangkat kita ...... kita di bawah kekuasaanNya. Allah menentukan segalanya. Allah berhak membuat apa sahaja yang dikehendakinya. Allah menjadikan jemaah Haji seperti budak-budak. Apa taknya, di suruh berpakaian yang sama, disuruh mengutip batu dan disuruh baling sambil mengira. tidur pula di khemah dan makanan disediakan. Siapapun kita di tanah air, kita adalah kanak-kanak di mata Allah. Allah berhak menurunkan pelbagai ujian untuk umatnya dan Allah Maha Mengetahui. Ingatlah, Allah amat mengasihi kita dan berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosa kita. Yakinlah!












         Namun berlainan pula dengan jemaah-jemaah dari negara-negara lain. Oleh kerana tempat penginapan mereka jauh atau tidak ada langsung, maka sekitar kawasan AlHaram menjadi medan untuk mereka berkhemah . Lihatlah gambar gambar di bawah dan kongsilah rasa keyukuran kami sebagai jemaah Malayasia di sini.







No comments:

Post a Comment