Tuesday, July 23, 2013

Syahdu.... Ramadhan 1434H/ 2013


Semalam, banyak yang berlaku... tapi yang baik-baik belaka.  Aku bersyukur sangat setelah tiga tahun bersama Ustazah Nurulain, akhirnya aku dan teman-teman  bekhatam Al Quran hari ini. Syukur Alhamdulillah. 

Kami semua ni bukan tak boleh mengaji, tetapi dek umur yang dah banyak, lidah pun dah mula keras, nafas pun pendek...jadi bacaan panjang-pendek, sebutan mahraj nya selalulah tak tepat. Nasib baik ada yang sanggup mengajar kami.  Yang pentingnya ialah ada kemahuan untuk belajar. Ketepikan rasa malu dan rendah diri. Ilmu ini WAJIB kita pelajari. Itulah pembakar semangat kami sebenarnya.


Walau apapun, selesai Khatam ni, kami akan teruskan lagi perjuangan kami dengan mengulangi bacaan dari Surah Al Baqarah. Semoga kami semua diberi kekuatan untuk terus belajar selamanya. InsyaAlah!


@ Sheikh Saad Naomani
Seperti malam-malam biasa di bulan Ramadhan, aku, suami dan anak cucu akan ke Masjid Negeri Selangor untuk solat Terawwih. Bacaan ayat-ayat suci oleh Imam-imam Masjid Negeri sangat mengasyikkan. Masing-masing dengan gaya bacaan yang berlainan. Kesemuanya mempunyai kelunakan suara yang berbeza. Imam Mustaffa , Imam Firdaus, Imam Sheikh Karim dan imam-imam muda seperti Imam Abu Zar, Imam Syukri dan Imam Tarmizi punya gaya tersendiri. Tidak lupa kepada Imam Muhammad Farhan yang kini memegang status imam jemputan kerana sudah bertugas sepenuhnya di Masjid yang baru. Dua malam beliau mengimamkan solat Terrawih di Masjid Negeri.


   Imam Mustaffa
Imam Sheikh Karim
Setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini disediakan jadual Imam yang bertugas. Tetapi malam semalam, kami semua dikejutkan dengan kehadiran seorang Imam jemputan. Bila mula sahaja solat Isyak, sayu hati ini mendengar suaranya yang lemak merdu , mendayu-dayu  seolah-olah kami sedang berada di Tanah Suci. Subhanallah. Suaranya seperti Imam Masjidil Haram! 



Selesai solat Isyak , beliau terus dengan SolatTerrawih. Selalunya selesai 10 rakaat, akan berlaku penggantian imam tetapi semlam beliau seorang sahaja yang  mengimamkan sepanjang 23 rakaat. Doa Qunutnya panjang dan air mata bercucuran seolah-olah kami memahaminya. 

Selesai Solat Witir, mataku terpandang ke kelilingku dan ramai kaum Hawa  yang menangis kerana tidak tahan rasa sebak mendengar alunan suara tu. Sungguh syahdu. Terus timbul rasa rindu dendam pada Tanah Suci. Bilalah akan ke sana lagi......  Imam tersebut adalah seorang qari  yang terkenal di dunia. Beliau berbangsa Pakistan dan boleh meniru gaya bacaan imam-imam hebat seperti Imam Sudaisyh, Imam Surim dan qari-qari terkenal di seluruh dunia. Nama beliau ialah Sheikh Saad Naomani. 


Sebelum pulang, aku bertemu dengan teman sepengajianku Iqin dan berbisik dengannya bahawa kehadiran Imam jemputan dengan alunan suara dan bacaan seperti Imam di Masjidil Haram, adalah hadiah dari Allah Subhanahu Wataala untuk kita yang akan berkhatam Al Quran. Syukur Alhamdulillah! Kini kami mengejar khatam seterusnya...bila? Pasti lebih cepat dari yang pertama... InsyaAllah.


                             Hamidah                                                        Fida


                                                             Ustazah Nurulain


                                Haida                                            Iqin 
                                  Zanariah                                                                    Errah


     Lailee


No comments:

Post a Comment