Kisah Manusia
oleh JM Aziz
aku berkolek di dada laut
dengan jala
jala gemala
ku tebarkan sepenuh tenaga
memburu hidup
memburu hidup
aku bersajak di tangga pondok
dengan pena
mata si pena
ku khabarkan kisah manusia
di pintu maut
di pintu maut
aku berkolek dan aku bersajak
dari pantai timur ke kuala selut
mencari penawar
turunlah angin selatan
soronglah kolekku ke Seberang Takir
Lagu puisi ini aku tujukan khas buat semua sahabat-sahabatku yang sama belajar di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Seberang Takir. Selaku super duper senior maktab tersebut, kami 189 orang guru pelatih merupakan anak sulong maktab tersebut. Kami adalah big brothers and big sisters of MPKT!
Pemandangan biasa di Seberang Takir |
Dunia hiburan kami ketika itu sangatlah terhad .... hanyalah sebuah peti televisyen dan alam sekitar kami. Selain dari mereka hiburan sendiri dengan mengadakan pelbagai aktiviti sihat, sesekali kami dikunjungi tetamu menghiburkan kami. Salah satu yang paling aku ingat ialah sekumpulan penggemar syair dan sajak dengan berbekalkan sebuah gitar telah menghiburkan kami dengan pelbagai lagu khasnya lagu-lagu dari penyajak terkenal iaitu JM Aziz. Beliau merupakan anak tempatan Seberang Takir.... tempat yang sangat berhampiran dengan maktab kami.
Sajak Kisah Manusia yang telah dilagukan amat mengasyikkan. Kali pertama mendengarnya kami semua terpegun dan menjelang selesai persembahan, sebahagian dari kami boleh menyanyikan lagu itu sendiri. Itulah kehebatan lagu puisi.... setiap bait memberi maksud tersendiri. Tak salah kalau nak katakan kami ni jiwang-jiwang....sememangnya! Tidak dapat dinafikan. Manakan tidaknya, dikiri maktab adalah bukit yang berhutan dan terdapat sebuah kampung kecil yang terdiri dari beberapa buah rumah. Di kanan maktab pula pantai yang sangat cantik. dengan lautan yang terbentang luas. Jika seseorang tidak tahu menghayati alam semula jadi, maka dia akan mati kutu...... tetapi ingatlah bahawa tempat sebeginilah, kehidupan penduduk sebeginilah yang telah melahirkan seorang penyajak terkenal..... JM Aziz!
Duduk di pantai pasti akan dapat pelbagai ilham. |
Kehidupan kami di maktab di tahun pertama amat menyukarkan khasnya bagi sahabat-sahabat kami yang biasa dengan keadaan kesibukan kota di mana segala apa yang diperlukan hanya beberapa langkah dari rumah, pengangkutan awam yang sangat mudah dan banyak pilihan. Pokok pangkalnya, kalau ada wang semuanya senang. Tetapi lain dengan keadaan kami di sana. Semuanya susah. Duit poket tak seberapa ada dan kedai-kedai yang ada tidak menjual barang keperluan yang mencukupi. Semuanya ada di bandar. Untuk ke bandar Kuala Terengganu, kami terpaksa menaiki bas atau teksi ke Seberang Takir untuk menaiki bot tambang pula. Tambang bot masa itu, kalau tak silaplah .... 30 sen sahaja. Bot akan menurunkan kami berhampiran Pasar Payang. dan untuk bergerak di bandar, kami berjalan kaki sahaja. Kami hanya dibenarkan keluar seminggu sekali sahaja.... maka berebut-rebutlah kami keluar untuk menghilangkan rasa bosan sambil ingin mencari sedikit rasa kebebasan dan keseronokan. Ada yang mengambil peluang makan-makan, membeli barang keperluan seperti makanan, alatulis dan menonton wayang gambar. Ketika itu, di bandar Kuala Terengganu cuma ada 2 buah panggung wayang iaitu Rex dan Cathay..... hahahhahhha. Boleh menitik air mata mengingatkan zaman itu.
Dlu 30 sen, kini dah seringgit. |
Walau bagaimana keadaan sekali pun kehidupan kami sebagai pelatih selama 3 tahun di Batu Rakit, itulah tempat yang telah mendewasakan kami. Kami berkongsi perasaan gembira dan sedih bersama. Ke mana sahaja, kami tetap bersama. Hubungan kami khasnya guru pelatih sessi 1981-1983 atau nama kami TURTLES sangat akrab. Kami seperti adik-beradik dengan tidak mengira bangsa. Kami sayang dan menghormati antara satu sama lain..... sehinggalah kini dan selamanya. InsyaAllah.
Pertemua semula selepas berpuluh tahun berpisah. |
Kepada TURTLES, kenangilah kehidupan kita bersama selama 3 tahun di MPKT. Ingatlah bertapa seronoknya kita melakukan pelbagai aktiviti perkhemahan, persembahan pentas, sukan dan termasuklah perkara-perkara bodoh yang kita lakukan seperti cari ikan dalam parit, curi-curi keluar dari pagar maktab untuk beli makanan asasi kita iaitu MAGGI dan jangan lupa makan kuci di tepi dewan sehinggakan penuh kulit kuci dalam parit dan pemakanan kuci diharamkan oleh pengetua! hahhahhahhahha.....
Mangsa tekanan di zaman silam....hahhahahha |
Bila aku ingatkan segalanya, air mata tak tertahankan walaupun tersenyum sendirian . Mengenangkan semua sahabat-sahabat lama yang tidak berapa lama lagi akan pencen sekiranya tidak sambung bertugas hingga berumur 60tahun. Bagi yang masih mengajar dan masih sihat, ingatlah tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Kita bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa kita. Jasa guru dikenang selamanya. Sedekahkan lah sepotong doa buat sahabat-sahabat kita yang sakit dan yang telah pergi mendahului kita. Jika ada pernah terkecil hati, ampunilah dosa dan kesalahan mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan semoga hidup kita yang masih bernafas ini diberkati Allah.
Dikiri ialah bilik-bilik kuliah dan di kiri adalah nama-nama pengetua Maktab.
Kepada semua TURTLES, jagalah diri dan keluarga kalian baik-baik dan salinglah menghubungi antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya menelefon bertanya khabar dan menjemput bila mengahwinkan anak kalian. Bagiku, TURTLES adalah adik-beradikku....... selamanya.
Dewan serbaguna kita |
pssst....
Berita terkini, Abang Long Zainal Abidin dan isterinya Rosmah akan menunaikan fardhu Haji musim ini dan InsyaAllah akan bertolak pada 22hb September 2013. Sesiapa yang ada kesempatan atau tinggal berhampiran bandar Muar, pergilah berjumpa Abang Long. Sama-samalah kita berdoa agar perjalanan mereka dirahmati, amal ibadah mereka diterima dan semoga sihat .
Akhir sekali, semoga Abang Long dan isteri mendapat Haji yang mabrur. Lambai-lambailah kami semasa di sana agar kami ke sana jua....
No comments:
Post a Comment