Minggu lepas, dua orang anak angkat perempuan kami telah selamat dinikahi jejaka pilihan masing-masing. Sebagai ibu bapa angkat, kami cuba sedaya upaya memainkan peranan yang sepatutnya. Allah menguji kesabaran kami dengan hari pernikahan dan hari persandingan diadakan pada hari yang sama! Kemanakah harus kami pergi dan dulukan. Kedua-duanya kami sayang. Alhamdulillah pernikahan ZZ berlangsung pada waktu siang selepas solat Jumaat dan pernikahan SS pula berlangsung pada waktu malam selepas solat Isyak. Lega.
Pada kedua-dua majlis tersebut, suamiku berperanan sebagai pengerusi majlis pernikahan. segala skrip ucapan disediakan agar perjalanan majlis lancar. Bermula dengan mengalu-alukan kedatangan pihak lelaki sehinggalah selesai majlis. Dan aku pula selaku wakil kepada tuan rumah dengan mengendalikan perjalanan majlis licin dan teratur.
Teman karib SNI dan SS |
Seperti biasa, selesai diijabkabulkan, diikuti dengan solat sunat syukur berjemaah kedua mempelai dan penyerahan mas kawin kepada isteri dijalankan. Tetapi majlis tidak selesai disitu sahaja. Kami inginkan kelainan untuk majlis ini. Kami mahu supaya majlis pernikahan ini memberi lebih erti kepada kedua mempelai dan kepada semua hadirin yang hadir. Kami meminta agar bapa kandung kepada pengantin perempuan memberi pesanan kepada menantunya tentang perasaan dan harapannya dan harapan ibunya agar anak perempuan mereka di jaga dengan baik dan sempurna dengan penuh kasih sayang dan saling hurmati-menghurmati. Ketika ini, kedua ibu bapa dan hadiri menitiskan air mata. Syahdu mendengarnya... apa lagi apabila diucapkan dengan penuh perasaan dari lubuk hati seorang bapa.
Pasangan bahagia Kushaa dan Ss bersama G15. |
Sebenarnya, Majlis Pernikahan adalah majlis yang paling penting dalam perkahwinan. Kebanyakan orang gagal melihat akan kepentingannya. Sayang sekali! Sebab itulah, Jurunikah mestilah berperanan apabila menyampaikan khutbah nikah. Khutbah nikah yang disampaikan dengan jelas, terang dan nyata den
gan ton suara yang sesuai akan memberi impak yang baik untuk semua yang hadir.... menusuk ke hati! Harapan kita agar yang hadir itu, sekiranya sudah berkahwin, akan memperbaiki kesilapanan mereka, bagi yang belum berkahwin, agar terbuka pintu hatinya untuk berumahtangga dan bagi yang baru dinikahkan agar memberi mereka bersemangat dan bertekad menjaga hubungan mereka suami-isteri hingga ke Jannah. Insyaallah.
Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada kedua pasangan pengantin dan keluarga mereka. Semoga kalian berbahagia selamanya dan cepat-cepatlah menimang cahaya mata kerana kehadiran seorang cucu akan sentiasa memberi keceriaan kepada sesebuah keluarga...Insyaallah.
No comments:
Post a Comment