Arwah Shima |
Arwah Norlila Samad |
Arwah Mohd Ali Manaf
|
Bergambar bersama di tapak permulaan persahabatan kami di MPKT. |
kiri sekali....Arwah SriZana |
Semoga kami bersama hingga ke Jannah! |
Kedua Mak dan Abahku serta kedua ibubapa mertuaku sudah tiada. Pergi buat selamanya. Segala apa milik mereka ditinggalkan buat anak cucu. Harta yang bertimbun dan wang yang berjuta, tidak akan boleh di bawa bila kita sudah tiada. Semuanya akan tinggal untuk mereka yang masih hidup. Seeloknya, wakafkan sedikit harta kita sebagai saham akhirat buat kita sendiri. Sehingga kiamat kita akan dapat merasa bonus dan dividennya! Seorang teman mengatakan.....Berhentilah mencari wang setelah berumur 50 tahun dan mulalah berbelanja untuk diri kamu sendiri. Aku percaya akan kebenarannya. Wang ringgit, selagi kita cari selagi kita dapat dan selagi itu tidak pernah mencukupi...... Pergilah mencari ilmu akhirat untuk bekalan diri. Banyakkan membaca alQuran walaupun sebaris sehari. Carilah guru untuk mengajar mengaji seramai yang boleh. Banyakkan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu kerana di situlah kebahagiaan. Buanglah perasaan malu kalau tidak pandai mengaji. Bermulalah dari Iqra! Segalanya bermula dari bawah......
No comments:
Post a Comment