Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya , mengkuang layu,
Dagang Pak Malau, dagang bertempat
Dagang saya menumpang lalu.
Puyuh berlari meninggalkan sarang
Mencari makan tidak ketemu
Hamba ini seorang pedagang
Dagang untuk mencari ilmu
Apakah ertinya ini? Ertinya, orang kita sudah mula bermusafir sejak zaman dahulu lagi. Semasa kita memegang jawatan, ada ketika kita ditugaskan ke luar daerah, ke luar negeri dan ke luar negara. Maka bermusafirlah kita. Kini setelah bergelar YB (Yang Bersara), kita masih menjadi musafir apabila kita pergi bercuti, menziarah dan sebagainya. Janji, mesti melebihi 85 kilometer atau 2 marhalah!
Ternyata, ramai sudah tahu tentang ahlak bermusafir tapi ada kalanya pendapat kita bercanggah. Maklumlah pengetahuan dan latar belakang yang berbeza dan ada masanya kita memandai-mandai. Ini sangat bahaya dan merugikan.
The Balticans mengambil inisiatif memohon agar diadakan satu program berhubung kait dengan bermusafir. Alhamdulillah pada 20hb Mei 2014 bertempat di Bilik Seminar Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Pengurus yang juga Imam Besarnya Ustaz Muhammad Farhan bin Wijaya, telah meruangkan masa menyampaikan ilmu Ahlak Bermusafir kepada Balticans dan keluarga yang hadir.
Terima kasih Ustaz.
Islam galakkan kita berjalan,
Pastikan niat dan juga tujuan,
Banyak kemudahan buat kalian,
Rujuklah AlQuran sebagai panduan.
Selesaikan hutang dan amanat sebelum berangkat,
Tinggalkan keperluan, belanja dan wasiat,
Doa kenderaan mestilah ingat,
Sepanjang perjalanan mendapat rahmat.
Sebutlah Subhanallah....,
Sebutlah Masyaallah.....,
Sebutlah Alhamdulillah...,
Bila terpandang kebesaran Allah.
Berbuat baiklah bersama ahli kumpulan,
Bekalan lebih dikongsi bersama,
Peliharalah adab dan pertuturan,
Itu dituntut oleh agama.
Wajib bertakbir pertama menghadap kiblat,
Kemudian bolehlah solat duduk,
Jama' takdim amat digalak,
Pastikan diri sentiasa berwudhuk.
Tiada alasan meninggalkan solat,
Jama' Qasar Takdim dan Takhir dianugerah Illahi,,
Insan bermusafir insan yang hebat,
Doa pemusafir pasti dimakbuli.
Makanlah apa yang tidak dikhuatiri,
Jangan makan jika tak pasti,
Ikutlah saja apa kata hati,
Bacalah Bismillah , ikut Sunnah Nabi.
SELAMAT MELIHAT KEBESARAN ALLAH !
No comments:
Post a Comment