Thursday, December 6, 2018

Satu perjalanan

       Tidak ada sebarang perancangan. Yang ada cumalah satu ingatan dan keinginan. Secara kebetulan, sememangnya sudah ditakdir Illahi... kita bermusafir bersama.

       Minggu itu adalah minggu yang agak sibuk buatku. Pelbagai hal datang dan pergi tetapi segalanya dapat diselesaikan sebaik mungkin mengikut kemampuan dan mengikut perancangan.

Nisah dan Nasa

       Setelah selesai segala tugasanku, maka aku dan suami ke KLSentral mencari tiket ETS ke Padang Besar. Jantung berdegup. Masih adakah peluang untuk bersama kedua teman kami bermusafir? Alhamdulillah, tiket dapat! Walaupun tidak duduk bersebelahan, kami tetap bersyukur. Setiba dirumah terus mencari bilik hotel dan Alhamdulillah dapat menginap di hotel yang sama dengan kedua sahabat kami.



       Hari yg dinanti pun tiba. Perasaan kami seperti anak muda yang bahagia. Setiba di KLSentral, kami bertemu Hanisah dan Nasa. Tepat jam 11.30 malam, ETS  mula bergerak. Kami di Coach C dan mereka di Coach A. Sepanjang perjalanan kami tidur sehinggalah sampai di setesen terakhir iaitu Padang Besar.  Turun dan solat Subuh . Kenudian kami bersarapannpagi dengan dua bungkus Nasi Lemak seorang. Perghhhh.... terbaikkkk.

       Jam 8.00 pagi kami mula bergerak menuruni tangga untuk membeli tiket keretapi ke Hatyai Thailand. Harganya RM6.00 sahaja. Perjalanannya mengambil masa selama 45 minit. Keretapi disel yang tidak berhawa dingin dan tingkapnya seperti tingkap bas sekolah zaman dahulu. Ini keretapi kampung!!! 


       Tiba di Hatyai, kami berjalan kaki sejauh 500 m untuk ke penginapan kami iaitu Hotel Grand Plaza. Sebuah hotel lama tetapi selesa. Kedudukan yang baik menyebabkan ia mampu bersaing dengan hotel-hotel lain di persekitarannya. 

Turun saja dari pintu hotel, terdapat pelbagai jenis makanan yang di jual. Makanan halal di merata tempat.  Pilihan makanan pelbagai. Semuanya masakan mereka. Hanya kena pandai cari logo Halal! InSyaAllah tak akan mati kelaparan. Boleh dikatakan kebayakan pengunjung adalah dari Malaysia. Kiri, kanan , depan, belakang... semuanya rakyat negara kita. Kami saling bertegur sapa dan bertanya khabar berita.

Udang galah....murah!!


       Benarlah kata ramai orang, Hatyai ialah syurga makanan. Sememangnya tetapi bagi yang menyukai jenis masakan Siam. Bagiku masakan Siam memang kegemaran. Memang sedap. Tom Yam sudah kemestian.....memang sedap.  Namun tumpuan kami bukan satu jenis masakan saja.... pelbagai!

        Waktu pagi bersarapan di Restoren Salma. Nasi Lemak Udangnya memang dikenali. Pergi saja ke sana seawal yang boleh kerana tempat duduk terhad dan kalau lewat makanannya cepat habis. Restoren ini terletak berdekatan dengan hotel. 

Nasi Lemak Udanf Goreng


Jika ingin masakan Kelantan, pergilah ke Restoren Kelantan di belakang Lee Graden Plaza Hotel. Jalan kaki  saja dari hotel. Bolehlah makan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Lemak dan Nasi Dagang!

Nasi Kerabu
  

Nasi Lema

       Jauh sedikit ialah Chabura Dim Sum. Buka seawal 6 pagi dan tutup jam 2 petang.  Makan Dim Sum dan masakan Siam. Sedapppp.



Dim Sum


     Waktu malam bolehlah cuba makan di Seafood Steamboat. Restorennya jenis terbuka. Pilihan makanan adalah pelbagai. Semuanya kita masak sendiri. Ikan dan makanan lautnya segar bugar. Begitu juga dengan sayur-sayurannya. Untuk ke tempat ini perlu tempah Tuk Tuk pergi dan balik. Jangan bayar dulu. dah sampai semula ke hotel baru bayar.

 

        Tidak dilupai, di sekeliling kawasan sekitar hotel ialah pusat penjualan makanan panas-panas. semuanya ada. Yang halal mudah kita dapat. 
 
       Selatan Siam ramai orang Islam. Makanan halal terdapat di merata tempat. Bagi kaki makan, disini banyak makanan boleh cuba. 

Tiba masa untuk pulang.

       Setelah  hari berada di Hatyai, kami terpaksa mengheret kaki naik keretapi balik Malaysia. Sesedap manapun, seenak manapu, sesuka manapun  negeri orang, tanah air Malaysiaku jugak yang aku junjung dan rindui selalu. Tetapi akan datang lagi.  Pasti ramai teman-temanku teruja untuk turut serta sebab kebanyakannya dah bersara. Jom pergi Hatyai. 


Petai.......
Tak sah kalau tak makan Pulut Mangga.


Pasar Terapung 

Kenderaan rasmi kami...Tuk Tuk


No comments:

Post a Comment