Sunday, December 30, 2018

Sejarah berulang



Permulaan kekayaan. Kaki gajah Long Jaafar disaluti Bijih Timah.
Kekayaan Long Jaafar disambung oleh anaknya Ngah Ibrahim
.



Jika kita lupa
Lalai dan alpa
Kehilangan itu pasti
Kekecewaan selamanya dirasai

Mendulang bijih.
Tuan yang hilang haluan
Bangga dengan ketuanan
Khayal dengan kemewahan
Mengundang kekalahan
Hamba yang kuat bekerja
Membanting tulang tak kira masa
Lupa erti kepenatan
Lupa minum dan makan
Memikirkan masa hadapan
Bukan untuk dirinya
Tapi untuk anak bangsanya
Kini menjadi tuanpunya
Kota Ngah Ibrahim kini dijadikan Muzium Matang yang
mengisahkan semalamnya.
Tiada yang kekal selamanya
Tonggak yang dibangga-bangga
Harta yang sedikit dikikis rata
Kuasa hilang sekelip mata
Cucu cicit tak dapat merasa
Hilang segalanya
Kini tuan menjadi penjaja
Itulah bahana
Lupa, lalai dan alpa....
Sejarah berulang
Namun tidak diambil iktibar
Seabad lalu Larut maju
Dikuasai penuh oleh bangsaku
Pekerja asing dijemput membantu
Di antara mereka  tidak bersekutu
Akhirnya... 
Ghee Hin dan Hai San bertinju
Tiga kali Perang Larut berlaku
Kongsi-kongsi gelap menjadi kuncu

   

Inggeris dirujuk untuk membantu
Bantuan selalu mahukan sesuatu
Sultan dan Menteri diperhakimkan
Keduanya dijatuhkan hukuman
Dipenjara di pulau yang jauh
Matinya pun di Kota Singa



Kerana kelemahan
Kerana perjanjian
Akhirnya
Tergadai segalanya
Tinggallah bangsaku bertelegu
Di satu sudut duduk mendagu
Memikirkan kesilapan yang lalu
Bagai luncai dengan labu









No comments:

Post a Comment